Thursday, 14 November 2019

Aku yang bersyukur.

Aku cukup sensitif bila ada yang soal aku bila hendak tambah baby perempuan, bila nak beranak ank perempuan, bila nak ngandung ank perempuan bila, aqeeb nak ada adik perempuan umur muda lagi bole dah tu tambah yang perempuan pulaaaaa blaa blaa blaa.

Masya-Allah. Aku urut dada. Darah aku naik turun turun naik pening nak jawab soalan tu. Seolah aku seorang yang boleh memilih jantina anak masa janin lagi, seolah olah kat rumah aku ni ada satu butang untuk memilih hendak anak lelaki atau perempuan. 

Mei aku habak bagi kau faham. Segala urusan semua Allah yang uruskan korang tak payah susah-susah hendak memberi idea atau menanya soalan yang korang tak perlu tahu. Cukup sahajala korang lihat aku bahagia. Tengok aku diam macam tak ada apa korang pun boleh fikir kot benda is simple.

Mungkin korang nampak aku ni happy tak punya anak perempuan tak ada kemahuan agaknyala kot. Perlu ke hendak cerita dalam kain pada semua? perlu ke korang tau semua kisah aku walau aku tidak cerita? Aku ni bukan mudah hendak cerita pada orang perihal aku. Tak caya tengak FB aku tak de perihal yang pelik, semua aku share pasal yang manfaat je. Buat apa sembang mambang merapu kat situ macam budak kecik pulak. Come on korang, it's it  2020 tak ada istilah peduli perihal kuantiti girl or boy keluarga orang.

Syukur sudah ada anak yang hadir dalam perut aku. Allah hadirkn 4lelaki untuk aku, Untuk rapat dengan aku. Anak lelaki kan semua baik dengan mak. Ank perempuan dengan bapak begitu la pandangan aku selalunya la..

Kalo korang rasa aku ni ada kuasa Vito boleh memilih sudah lama aku guna kuasa itu bahkan aku tolong pula pasangan yang tak dikurniakan zuriat haaa hebat kan huhuhu..

Hidup ni perlu brsyukur walau apa pun Allah bagi. Semua perempuan ke, semua lelaki ke dan yang paling brsyukur Allah bagi merasa menjadi ibu haaa gitttu.. Tak perlu kot menyanya soalan yang boleh buat aku pecah kepala hehehe..

Dan bila aku terjawap selamber katak 'esk beli kt pasar', tggu la anak kau pula' Haa kan dah sentap. Eh eh marah kita pula.. Kita senyum je hehehe.

Tahun depan- 2020 harap tak ada lagi la soalan cam ni. Tak sanggup mak nak cari jawapan positif last last spontan keluar negetif pula hihihi.

Okla out dulu. Jumpa lagi esk dalam edisi terbaru. See ya.









Read More...

Tuesday, 12 November 2019

November bufday party.

12.11.12 - 12.11.19 (8tahun)
Selamat ulang tahun kelahiran Muhammad Aryan Daries. Semoga dilimpahi rezeki seperti air mengalir, dilancarkan segala urusan, impianmu tercapai, jdi anak yang soleh ingt jasa kedua org tua mu. Amiin


24.11.09 - 24.11.19(10Tahun)
Dan tidak lupa pada zuriat yang sulung
Selamat ulang tahun kelahiran Muhammad Aqil Ryan. Semoga abg aqil diberikan kesihatan yang baik, cemerlang gemilang dilimpahi rezeki, menjadi abang yang baik ank yang baik serta berjaya dalam hidup Insyaallah aminn.
Aqil melayan adik adik. 


Cake kegemaran kami. 

Macam kakak sangat adoih hahaa. 



Aku yang branak 4lelaki.

Simple tpi bermakna. 


Maka hadiahnya ialah

Suprise!!!!!!!. 
251119 kita update balik dorg dok pantang  moga dipermudahkan semuanya Insyaallah. 

Terima kasih matok, famly kedua dua pihak kiri dan kanan, kawan Kawan mami. Geng bola Rita Rudaini atas ucapan dan doa semua. Moga dimakbulkn Allah s. W. T. 




Sangat sibuk tika ini. Sabtu ahad byk program bersama kawan Kawan, Nnti ada masa kita update ya.. See ya jumpa lagi dada. 



Read More...

Tuesday, 5 November 2019

Kenangan.

Assalamualaikum.

Tahun ini sahaja 3kali kami sekeluarga berpeluang ke Genting Highlands, Pahang. Dari Rawang ke sini mengambil masa dalam 1jam30minit lalu jalan shortcut Batang Kali.

Bermula dari awal tahun, cuti berganti, public holiday, birthday suami kami ke sini. Jomla layan gambar letih nk type pakai phone ni.








Happy bufday my king. 
130719






Okla bye 
Entri tayang gambar. Maaf klo ada yang benci. Blog dinda, tak salah dinda tayang😁



Read More...

Monday, 9 September 2019

Mood deco.

Assalamualaikum.
Selamat bercuti.

Sebagai seorang mommy  kepada empat anak lelaki yang gagah perkasa, isteri kepada seorang anak Keturunan jawa yang hensom belaka perasaan terhadap tatarias rumah tetap menjadi kesukaan biarpun anak lelaki lasak semuanya bukan penghalang.

Jemu dengan pemandangan sama tiap hari hendak juga asah skil yang ada ni walau hendak siapkan kemain memerlukan kesabahan tahap paling atas. Aku bertukar selera kali ini dengan konsep caca merba minimalist dan low costing.

Pada aku untuk bertukar tukar tahun aja deh depan tukar kita lagi warna cat dan mengubah apa yang patut dan akan pakai recycle aja, ubah citarasa pada aku.

Berkoskan sangat minimum mungkin. Aku gigih weih kerja kan dua bilik serentak dan tidak mengambil masa yang agak lama. Pabila mood datang cepat aja siap Fuhhh!!!!

Lakeland yang suamiku pilih, Sea Breeze aku yang pilih cat dari KCC from Korea. 

semasa membikinan dijalankan, cat kene berlapis tiga atau empat lapisan biasa la kan  kata deco low costing. 

Dah siap. 

Tadaaa.. Aku suka yang lapang lapang, tak banyak barang minimalist. 

Simple asal kan berubah dimata aku. Satu bilik 2kids, yele ilos punya dua baby lagi hihihii... 

Tiada konsep ditengahkan just hanya bertukar selera. Warna cat dari KCC pain juga aku memilih yang paling murah, puas hati brand ni nampak berkualiti setanding dengan jenama yang lain. Rona blue breeze Menarik mata aku yang sebelum ini putih tidak berapa bersih dicontengkan oleh aqil ayan pada zaman dulu Hahaha.

Stiker Wall belah kiri tu dari ecoshop, sebanyak 20pcs digunakan ditampal pada dinding paras pinggang belah kiri semuanya, bagi menampakan lebih elegance modern Contemporary ala ala small English style. 

Carpet pn recycle, frame paint paling mahal sekat ini dari kaison Rm150 Dan aku tidak memilih langsir fabric untuk digantung pada tingkap bagi menampakkan  lebih kemas senang jaga dan paling penting untuk aspek pencahayaan bilik. Cadar lama tidak beli baru asal ada Janji kemas bebas bauan yang kurang menyenangkan. BTW aku adalah seorang suka bertukar cadar, tak sampai seminggu cadar mesti bertukar nak nak anak kecik berpempers takut berbau hancing tembusan. 

Berbalik pada bilik anak bujang aqil Ryan dan Aryan Daries pula. 
Langsir, sitker Wall. 

Untuk bilik anak pun sama tiada konsep ditengahkan cuma aku berganti mengolah kelainan untuk nampak kelainan sahaja.
 Cadar bilik aku buat ganti ganti bilik dorg kata costing minimalist bergilir gilir jelah hahahaa. 
Bilik ini aku tambah stikerwall belah tingkap, langsir dari kaison. Aku asah skill mengdeko wall belah kiri dengan bermain cat berdesign geomatri. 

Semasa proses dijalankan. 

Tadaaa special from mom's. Ni aku pakai cat dari KCC cat mahal sikit, gunanya satu je litrekan. 



Pada mulanya suamiku salah memilih colour cat, bila aku cat rasanya colour suram tak naik. Mint green pada aku memang suram tak menarik siapa buat tema baju raya ya so hati hati bermain dengan colour ni, kalau tak pandai blockan colour memang suram melainkan kene match dengan colour block lain baru naik.

So aku terfikir kene tukar teknik, dan 
colour. Gigih aku cari colour kat kedai cat, balik rumah sambung cat mengecat pula proses makan masa 8jam buat single single anak anak aku past kan suami uruskan. eh! Jangan tak tahu culas juga dorg ni kua masuk bilik siap main cat bila aku berhnti solat jap. Tidak makan satu hari weih nk siapkan, that why I said so spacial okey. 

Costing
Cat 1 litre RM25x2 limey rocks+mushroom wood
Cat 7litre RM45x2 seabreeze+lakeland
Langsir kaison Rm39.90x2
Stiker Wall 20x2.12
Stiker Wall(kaison) 9.90x3
Berus cat 2.12
Roller brushes Rm9.00
Frame kaison Rm150
 Totally RM436.22

Alhamdulillah suami dgn kawan Kawan memuji dengan hasil tangan aku, dan aku amat puas hati. Kaksue kawan taman aku siap minta tolong aku buatkan kat taska ya wahahaha.
So next kita deco ruang tamu secara minimalist Dan low costing juga ya.. Stay turns guys!

Jom jalan jalan kata conti hihii. 


Read More...

Thursday, 27 June 2019

Bertiga.

Assalamualaikum.

Sedang  Aqeeb Raaqin lentok tidur aku yang kebosanan sambil melayan youtube menikmati halwa telinga lagu best best boleh gak type type cerpen kt sini.

Selesai siap kejut abang kembar tu( aqil aryan) segala hal terus antar ke sekolah. Mr Aidil Norhadi keluar rumah tepat jam 8pagi. Bermula enggine aku mengerah tenaga kemas rumah atas kebawah tepi kiri kanan, belakang dan depan. Jam 9 pagi adik kembar(ayash, aqeeb) mula membuka mata dan datang pada aku minta peluk. Tiap pagi kami anak beranak mmg hug and kiss.

Siapkan adik kembar mandi makan dan aku ke dapur memulakan operasi menjadi chef keluarga yang berjaya. Den pelik la sejak bekerja dirumah sendri, menjadi bos, menjadi sekala tukang dirumah sendri ni, masak cincai muncai sekali pun anak ank tetap cakap mami masak sedap hahahaa, Kadang kala ramuan dalam masakan mami tidak la serba lengap huhuhu.

Letih tak letih nk melayan karenah adik kembar yang ada kalanya membuatkan aku sakit kepala kejap bergaduh kejap baik, kejap manja kejap sayang aduila. Aku pernah sesekali aku tidak mempedulikan jika ada yang datang mengadu dan kedengaran tangisan. Masing masing sedang membesar pada aku biarkan mereka jadikan satu moment indah bila dewasa. Jagan bercakar sampai teruk sekali sudah. seriously aku jemu menjadi referee yang tanpa memegang kad. Bak kata kak ina, hanya sekasut  dapat faham situasi kami yang anak lelaki ramai dan semuanya lasak lasak blaka. Apa pun jua aku syukur sangat anak aku tidak pandai meminta apa apa selain perut lapar meminta makanan itu je, mainan?? jauh sekali.

Aktiviti belah pagi kami hanyalah santai santai sahaja. Adik kembar memangnya bermain bersama, aku dengan kerja rutin sehingga la waktu mengutip abang kembar pula, tika tu segala tugasan dapur sudah licin aku selesaikan.

Sampainya Aryan dahulu dirumah disebabkan Aryan pulang lebih awal (tahap1) dari abang Aqil, maka aku mengarahkan Aryan makan mandi solat, dan menyusul Abang Aqil pula. Adik kembar memang tak de reti letih keluar masuk kereta, mengekor aku kemana jurr . Siap abang kembar lalu aku mengantar ke sekolah agama pula, sekali lagi kami bertiga dirumah. Aku sambung lagi mengemas rumah setelah ditinggalkan abang kembar yang  tidak sempat menyapu mop lantai tertumpah nasi dan air.

Tika ini mata aku dah layu layu kalo dapat lelap walau 15minit  aku dah seronok sangat, kalo tidak memang bertahan mata nak nak aqeeb tidak tidur waktu itu. Aku risau jika Aqeeb tidak tidur bila mana Aryash yang mata jenis tidak tidur siang langsung, time ini sesuai aku training dia spelling dua suku kata haha maklumla budak tak masuk tadika. So tak ada istilah tidur siang la kan!

Hari ni jamuan hari raya sekolah Kafa, balik awal aku tunggu abang kembar kat luar pagar kelihatan warna warni segak bergaya berbaju hari raya hahahaa.. okla out dulu, kedua geg kembar tak boleh aku lelama didepan lappy ni ada yang tunjuk kuasa. bye bye.

adik kembar.


aqeeb


kami yang bertiga.



Read More...

Wednesday, 26 June 2019

Tiga Jwapan tentang diri anda.


Tiga pekara yang suka buat dirumah 
-memasak, kemas rumah
-layan anak
-dengar lagu kt lappy
selesai buat kerja rumah, dengar lagu layan anak routin i kt rumah. Selain antar kutip anak kat sekolah.

Tiga benda wajb ada dirumah
-beras
-sabun pencuci baju
-telur
Beras memang wajib ada, kadang kadang tok laki(pinjam bahasa) beli banyak beg buat stock. HAha kenapa sabun pencuci baju? aku rajin basuh baju kait kait dgn baju aku suka, Melipat ja kureng gemar. Selain ayam apalgi selain lauk lain yang tahan lama telur kt rumah i berpapan papan.

Tiga pekara yang wajib ada dalam peti ais
-sos tomato
-cili boh
-kicap
Semua diatas mmg harus ada tapi tak ada sampai buat stock.

Tiga barnagan harus ada dalam bilik tidur
-selimut
-aircond/ kipas
-bantal peluk besar hahaa
tak ada semua tu takkn tidur laki bini.

Tiga barangan yang disayangi
-handphone
-barangan make-up
-handbeg
putus napas jika semuadiatas dah tinggal serdak, handpfhone hilang or rosak kemurungan 40 hari!

Tiga wishlist sebelum umur 40tahun
-ingin kerjakan umrah
-memiliki kereta idaman mini cooper, range rover or vellfire inshaAllah
-kurus
InshaALLAH semoga berjalan dengan lancar. Amiin.

Tiga impian telah dicapai
-memiliki 4org cahayamata sebelum 35tahun alhamduillah.
-menjadi suri rumah yang gembira bahagia tanpa memikiran ursan kerja dan politik kerja
-memiliki rumah idaman.
Alhamdulillah.

Tiga pekara yang membuat dibenci
-penipu kelentong, cerita berbelit
-ciplak dengan tak malunya tanpa rasa bersalah
-hipokrit, plastik.

ini betul buat aku tak senang duduk. Aku rela jauhkan diri dari orang sebegitu. Seperti kawan aku cakapkan- keinginan berkawan dengan orang lain, sepatutnya boleh kn kita bersosial untuk berkongsi manfaat akan tetapi boleh membinaskan kita jika pekara diatas berkepuk didalam diri kita. Jangan jadikan kita seperti kera sumbang untuk mendapat perhatian dari org lain. Jadi diri sendri serta belajar untuk berubah, bukan belajar menyalahkan orang lain. Dizaman serba canggih begini dari jauh orang boleh nampak pelbagai bagai sikap inikan pula hati orang. Bukan karena ingin meniru kehidupan org atau ciplak utuk kepentingan diri sendri. Jngan ingat orang simpan kita sebagai kawan org ingin berkawan sampai bila bila, walhal org sedang membuat memek muka yang tidak suka.

Tiga tentang kamu yang orang lain tak tahu.
-berbuat baik, daku berbalas baik 
-sifat terbuka
-slamber, berterus terang. Bukan macam macam rekaan alasan dibuat buat, just  be your self 

Ya siapa yang kenal rapat akan tahu aku bagaimana macam mana. Bila mana mereka membuat baik bukan untuk kepentingan diri, aku berbuat baik. Macam dikata orang bagi bunga, kau berbalas bunga, orang baling bunga dengan pasu pasu, kau baling batu dengan bata sekali hahaa. Sifat aku mmg suka terus terang niat aku untuk mereka berubah dan cuba membantu bukan ingin menjatuhkan jauh sudut hati aku untuk mencari kesalahan org lain. Pada aku adalah tanggjawab aku untuk melihat semua kawan aku berubah memiliki ramai kawan yang baik dan kehidupan gembira matang serta keliling orang yanng saling menasihati. Pada aku, aku menasihati orang lain jika benda itu aku rasakan tidak betul dan orang lain boleh menasihati aku dengan cara masing masing untuk aku lebih baik. Bukan fefefeling semua betul, manakan diri kita boleh nampak akan kesalahan kita, dengan nasihat menasihatilah boleh membantu. Jangan fikir satu nasihat orang tu untuk jatuhkan kita atau 'BASH' ambik sebagai positif untuk diri sendri. Jangan menilai orang lain yang jahat bermasalh fikir kolot , ambil nasihat rakan yang lain sebagai panduan untuk kita terus disenangi orang lain. 

Tiga sudut rumah yang kamu suka
-dapur
-bilik tidur
-depan tv
Tentula dapur anak aku suka makan. bilik tidur hanya waktu malam sahaja. Manakala waktu siang kalau dapat mencuri masa hanyalah depan tivi sahaja-- uurmm faham faham sendri aja.

Tiga barang yang suka dalam rumah.
-radio
-traidmails
-tv
mmg tiadak dinafikan semua diatas boleh hilangkan stress
  
Tiga anggota badan yang paling suka
-tentu bibir
-kuku, har hari i polish tau hahaa
-jari
syukur sahaja apa yang Allah ciptakan. Allah bagi bibir yang seksi yang menggoda, orang lain berhabisakn wang ringgit cucuk bibir aku real origanal. Alhamdulillah.

Tiga barangan letrik kamu sayang.
-mesen basuh 16kilo aku tu, ehh aku bli sendiri tau hihihiii
-my blander dihadiahkan oleh laki
-my noxxa beli sendiri
Majoriti semua baramg letrik aku yang beli, aku sayang hahahaha.

Tiga nombor yang disukai
-Number satu
-Number empat, akukn anak yang keempt
-Number enam. 
Tentula numbor satu satu kan first.

Tiga benda kamu ingin beli jika memiliki wang satu juta
-rumah kat camron highland
-semestinya kereta yang aku hendak tu
-tanah penambahan yang sedia ada.
fuhh tu blm cukup lagi knpa erk ada tiga jawapan jer hahaaa

Tiga negara jika diberi peluang melancong
-Australia
-korea
-jepun
tak ketahun bila boleh sampai ada rezeki one day InshaALLAH.

Tiga warna kegemaran
-Kuning
-Hijau
-merah sememangnya warna terang
Aku kan transparant haha.

Tiga golongan kamu rasa annoying
- tidak mengaku kesalahan diri dan mencari kesalahan org lain
-menunjuk nunjuk berlebihan nak nak kisah hat suami/isteri
-sifat diamnya yang tidak mencerminkan keperibadian diamnya.

Pada aku. Menunjuk sifat buruk diri aku sendiri dan sikap berterus terang itu membuatkan orang lain senang dengan aku, aku ikhlas berkawan bukan aku ikhlas 'bersaing', berkawan dengan annoying maka kita pun annoying kita berkawan dengan orang yang baik, baik jgk akan kita, berkawan dengan org yang menipu maka kita menipu dan tertipu juga lah kita. Bab menipu paling takut dan risau bahkan aku memandang serius bab penipu, mana taknya  ada zuriat yang dibesarkan apa kau tak risau bila satu hari anak kau menipu disebabkan sifat kau tunjukan?? yela mana tak tumpah kuah jika tak ke nasi. fikirkanlah.



Layan Gambar rayala mood raya ada lgi ni, banyaknya undangan mggu ini. 





Kasi gambar paling teruk, tapi tak pe msti yang berkenan dendiam jugak kan maklumla i kan idola kihkihkih. pssttt!! baik ngaku nk tiru, cepatt ngaku!! hahaaha

Terima kasih membaca. Tak suka tak apa aku mcm biasa jadi diri aku sendiri jur, blog aku suka hati aku, yang sakit hati mintak ampun maaf. Bye bye.

nota kaki- soalan dalam group wastup, sila rajin masuk blog aku ye kangkawan. Nanti i update story open house selama sebulan hadap la korang sampai habis kerja kahkahkah.

Read More...

Thursday, 20 June 2019

Eid Mubarak 1440H.

Assalamualaikum.


First of All, Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin dari Aifiey's Famly.

Tahun ni kemeriahan berlainan misi aku jejak rumah ke rumah tampa bertapa dirumah ma aku Tanah Merah.(saban tahun menunggu tetamu dating) Alhamdulillah dipermudahkan semua saudara mara sepupu papat dapat aku menayang muka yang lawa ke pintu masuk, tidak seperti kebiasaan tahun.

Tema Biru letrik biru terang menderang pilihn laki den sebab tahun ni dia kasi can kat anak bini berbaju raya baru sedangkan dia hanya memakai baju tahun sudah eh! dia lg advance tau ambik cikjuki kat showroom adil la kan urmmmm. Syukur walau tidak seperti yang lain tapi cukup gembira merasai kemeriahan syawal kali ini.

Sudah bertema harusla bercerita pasal giliran hahaha, tahun ini #teamklantan tahun lepas #teamSelangor yang tema pinkRose tu hihihii. Mana pun sama jer weih aku sudah bisa berhijrah kahwin dengan org Selangor, Selangor jua kita bertapa. So dimana mana sama saje sudah tiada drama melayu pada pagi raya.

 Juadah dipagi raya harusla air tangan Bersama sama, mama,aku dan kakak long dimana kami memasak dengan cara yang tersendiri dan mengikiut tekak masing masing. Menu Utama nasi minyak mama masak, aku mengeluarkan tenaga memasak dgn style aku ayam masak merah kakak masak rendang ayam, Masing- masing keletihan dan selesai masak kami tidur hampir waktu subuh.

Meh, sis lanje gambar kot ada stalker yang nk tengok buat inspirasi ke kan hahahaa!

Eh! last year ni.. tengok kain samakan tiberr kau kahkah.

Selamat Hari raya, maaf zahir dan batin.

boboy kuasa 4

Aku sayang jantan kt dlm gambar tu hahaa!!


Sekali lagi, salam syawal Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan batin pada sesiapa yang mengenal diri yang kerdil ini yang tak punya apa, dengan hati setulus ikhlas Happy Eid Mubarak 1440H all. 0-0

Read More...

Monday, 4 March 2019

TakDe Apa Pun.

'siapa yang menasihatimu secara sembunyi-sembunyi maka ia benar benar menasihatimu. Siapa yang yang menasihatimu dikhalayak ramai, dia sebenarnya menghinamu'(Iman Syafi'i)

Assalamualaikum. Tetiba rasa hendak berkongsi cerita pula, tidak ada apa apa pun saja nak meluahkan.

 Tak ada pokok bergoyang, tiada angin ribut tetiba dia yang aku rasakan baik setenang air disungai terhentam kepala airnya. Entah macam mana angin tetiba ribut tetiba petir datang sambung menyambung. Pabila aku muat naik status Watsup bergambar bersama kawan-kawan aku yang lain ber'caption' yang tidak menuju kepada sesiapa pun. Aku tau dia sebak sebu mungkin dia teringin men'join'kan dirinya akan tetapi dia terasa hati bila aku yang ada disitu. Maaflah aku bukan tak mau ajak sebaliknya aku lebih kepada segan iyalah bukan rumah aku dan bukan dari idea aku. Aku hanya dapat hadir bila org menjemput tidak berani memandai mandai nak berhajak satu taman berkampung dirumah tuan rumah.

Aku cuba untuk berbaik. Sebelum ini memang aku banyak sangat mengalah, orangnya buat aku kecik hati pun aku boleh sayHello sayhello bertegur menyapa. Tetapi kali ini aku betul betul jauh hati walaupun aku malu bila berlakunya yang diluar jangkaan aku. Mana tidaknya bila difikirkan balik seronok keww bila kita dibuat musuh oleh orang yang kita kenal???happpy??? dah senja berumur begini(aku kata aku  tidak tuju kepada siapa) hendak sentap sana dan sini ambil positif sajelah kan.

Aku bukannya mudah sentap sendiri bila orang lain petah berkatakata selagi aku rasakan ianya gurauan aku boleh terima walau aku kelat kelat menerima. Tetapi bila orangnya sudah melibatkan kehidupan aku, anak-anak aku, rupa paras yang Allah ciptakan dan tidakku lupa bila diungkit cerita yang tidak ada bukti membuatkan aku merasa terkilan. Okey, Tak mengapa....Allah sayang aku Allah uji aku, Orangnya membuka bekong diri sendiri dan orangnya telah pun menunjukkan siapa dirinya sebenarnya. MasyaAllaah hebatnya Allah. Aku bersyukur takala aku mengenal org itu tidak lama pun tetapi Allah telah pun uji aku supaya lebih memahami siapa orangnya sebenarnya.

Entri ini bukan untuk membuka aib org itu dan bukan hendak diungkit kisah yang terjadi atau sebaliknya cuma luahan pada aku rasakan cukup dalam bila ditakdirkan berjumpa dengan orang yang 'tetiba' aku ulang 'tetiba' buat baik dan berbaik dengan kau. Jadikan asbab dia tetiba terjah kerumah aku dan memberikan sehelai baju sekolah pada Aryan, dimana aku telah meminta petua dalam group Wstup taman untuk hilangkan watercolour dibaju sejak kes itu dia merapatkan dirinya. Aku tidak  meminta dan tidak pandai menolak pemberian padahal ada aja baju sekolah Aqil yang lama boleh ditransferkan pada Aryan. Aku ambil tanpa rasa sangsi dan aku berpositif tika itu mungkin dia hendak berkawan. Sejak itu juga dia kerap memberi dan dia merapatkan dirinya sedangkan aku bukan mudah untuk didekati. Pernah sekali aku sanggup membelikan nasi lemak bila dia terngin pagi-pagi buta lalu aku hantarkan dirumahnya pagi itu, walaupun aku terpaksa berpatah balik dari rumah (warung nasi lemak jauh sikit dari rumah, berhadapan balai bomba) walhal aku kekurangan wang disebabkan aku malas minta pada suami (bukan urusan laki aku, aku lebih kepada mengurus sendiri tanpa aku minta pertolongnya, kawan aku tidak gemar melibatkan suami nak nak bab balanja kawan) bayangkan aku mencari wang kecik terselit celah kereta dan bayangkan aku tinggalkan AyashAqeeb sedang tidur pada laki aku.
Aku terhuhutang budi sebenarnya mana ketidak kerap jugak orangnya hantarkan makanan untuk aku dan anak orangnya ingat akan anak-anak aku. Setakat dia memesan nasi lemak dan tolong hantarkan pada aku tidak la beban. YA! Sememangnya 'Peel' aku begini suka berbalas balas jika ada yang memberi, aku lebih suka balas ikhlas dan aku suka konsep sama-sama merasa. Tetapi kalau hati aku terdetik memberi tanpa aku rasa ingin menerima sebarang balasan pun, cuma orang lain  memberikannya dahulu harus aku rasa ingin membalas walhal dia tidak minta pun.

 Terima kasih bebanyak selama dia berbuat baik pada aku sekeluarga, aku berdoakan agar orgnnya lebih berfikiran berpositif gembira dengan kehidupan dia dan semoga Allah murahkan rezeki dia . Aku mintak halal apa yang dia beri pada aku selama ini. Segalanya apa yang berlaku aku meletakan semua kesalahan pada diri aku sendiri-.Positif sahajalah kan. Manusia semua melakukan banyak kesilapan cuma jangan hidup berlandaskan keegoan semata-mata tidak kehabisan kemana semua tu, lagi pun orang yang memaafkan bukan ertinya kalah akan tetapi menang tanpa berperang, perperang dengan pemikiran yang positf tangtang tu jiwa lbih tenang. Aku tidak anggap pun dia seperti seorang musuh, jika kalau dia berterusan 'cop' aku seorang musuh tidak mengapa, aku percaya satu hari nanti dia akan berubah dan menegur sapa walau dia terlihat bayang bayang aku sekalipun hahahaaa. Aku? Memilih untuk diam bukan bermakna aku ingin kemenangan bahkan bukan aku tidak menghormatinya selaku yang lebih tua tetapi diam aku bersebab. Sebab utama aku lebih kepada soal hati yang selama ini banyak aku tidak endahkan apa yang dilakukan dan diam aku lebih kepada redho apa yang Allah uji dan diam aku lebih kepada kematangan tanpa melayan kisah yang terjadi pada aku sungguh memeritkan. Jika orangnya menegur sapa dahulu mungkin aku bersapa panjang lebar tetapi tidak selebar dulu. Ianya amat perit jika didilalui dahulu, Aku serik, aku serik...

Kadang-kadang apa yang kita lakukan mesti ada orang yang tidak berpuasan hati  sentap, berkecil hati sedangkan kita tidakla berpikir sejauh dia. Kita membawa diri kita tanpa mempedulikan orang lain. Ada kalanya kita sedang gembira dan bahagia ada yang berduka melihat kehidupan kita sedangkan kita menumpang gembiraan orang lain. Ada kalanya kita berkongsi rezeki, berkongsi ilmu ada segelintir orang yang belum bersyukur dengan tidak tanduk kita. Pada aku apa yang kita buat hendaklah berpada-pada dan berhati-hati walaupun bukan mudah nak puaskan hati semua orang, dan aku  memilih diam jalani sahaja kehidupan tanpa kita rasa ada orang yang seperti ini. Apa yang aku lakukan bukan mengganggu hehidupan orang lain kalau ada yang terasa hati tu tak boleh nk kabo apa lah.

Sejak berlakunya perselisihan faham yang aku rasakan aku tidak bersalah pun dalam hal ini, aku makin berhati hati betui hendak update status (walau aku sudah dibloknya hahahaaa)-(muka senyum) tapiknnnnnnn..... kalo sentap sendiri tu maknya apa ye??sdangkan tidak ada satu huruf namanya ditonjolkan disitu bahkan di# hashgtag kannn.... Apa maksudnya???..Aku tak fahamlaaa tak faham siyesss tk faham hahahaa.. Tak mengapala Aku sudah redho kalau itu takdirnya aku terima seadanya walau hati ini perit.

Betul la org tua kata baik berpada-pada jahat jangn sekali, Sekali tepat terkena ni. Ai is redho.



Status dari aku yang sentapkan orang itu. Maaflah kesilapan yang ketidak ku jangka, aku tidak tuju kepada sesiapa dan bukan niat aku untuk menunjuk gambar berhappy tika ini. Kalau ada yang berkecil hati pujukla diri sendiri dan positiflah pemikiran anda. Sekurangnya dengan status ini aku bela belajar sesuatu yang lebih mematangkan aku. Ada yang berkecil hati lagi takkk takkkk takkkk takkk takkk hahahaaaa..

Terima Kasih pada kawan kawan aku yang diatas(gambar) dorang aja yang sokong aku, bagi aku semangat dan bagi pendapt sewaktu kejadian yang berlaku. Sungguh aku perlu sokongan tatkala aku sedang down sekejap. 


Walau  berumur sekali pun, pemikiran tidak semestinya selari dengan usia. 
Sekian.

dari kiri aku, kakEja, kakCt, Ctfatty, kakMurni love All.



Read More...
Tutup Lagu