Thursday 27 June 2019

Bertiga.

Assalamualaikum.

Sedang  Aqeeb Raaqin lentok tidur aku yang kebosanan sambil melayan youtube menikmati halwa telinga lagu best best boleh gak type type cerpen kt sini.

Selesai siap kejut abang kembar tu( aqil aryan) segala hal terus antar ke sekolah. Mr Aidil Norhadi keluar rumah tepat jam 8pagi. Bermula enggine aku mengerah tenaga kemas rumah atas kebawah tepi kiri kanan, belakang dan depan. Jam 9 pagi adik kembar(ayash, aqeeb) mula membuka mata dan datang pada aku minta peluk. Tiap pagi kami anak beranak mmg hug and kiss.

Siapkan adik kembar mandi makan dan aku ke dapur memulakan operasi menjadi chef keluarga yang berjaya. Den pelik la sejak bekerja dirumah sendri, menjadi bos, menjadi sekala tukang dirumah sendri ni, masak cincai muncai sekali pun anak ank tetap cakap mami masak sedap hahahaa, Kadang kala ramuan dalam masakan mami tidak la serba lengap huhuhu.

Letih tak letih nk melayan karenah adik kembar yang ada kalanya membuatkan aku sakit kepala kejap bergaduh kejap baik, kejap manja kejap sayang aduila. Aku pernah sesekali aku tidak mempedulikan jika ada yang datang mengadu dan kedengaran tangisan. Masing masing sedang membesar pada aku biarkan mereka jadikan satu moment indah bila dewasa. Jagan bercakar sampai teruk sekali sudah. seriously aku jemu menjadi referee yang tanpa memegang kad. Bak kata kak ina, hanya sekasut  dapat faham situasi kami yang anak lelaki ramai dan semuanya lasak lasak blaka. Apa pun jua aku syukur sangat anak aku tidak pandai meminta apa apa selain perut lapar meminta makanan itu je, mainan?? jauh sekali.

Aktiviti belah pagi kami hanyalah santai santai sahaja. Adik kembar memangnya bermain bersama, aku dengan kerja rutin sehingga la waktu mengutip abang kembar pula, tika tu segala tugasan dapur sudah licin aku selesaikan.

Sampainya Aryan dahulu dirumah disebabkan Aryan pulang lebih awal (tahap1) dari abang Aqil, maka aku mengarahkan Aryan makan mandi solat, dan menyusul Abang Aqil pula. Adik kembar memang tak de reti letih keluar masuk kereta, mengekor aku kemana jurr . Siap abang kembar lalu aku mengantar ke sekolah agama pula, sekali lagi kami bertiga dirumah. Aku sambung lagi mengemas rumah setelah ditinggalkan abang kembar yang  tidak sempat menyapu mop lantai tertumpah nasi dan air.

Tika ini mata aku dah layu layu kalo dapat lelap walau 15minit  aku dah seronok sangat, kalo tidak memang bertahan mata nak nak aqeeb tidak tidur waktu itu. Aku risau jika Aqeeb tidak tidur bila mana Aryash yang mata jenis tidak tidur siang langsung, time ini sesuai aku training dia spelling dua suku kata haha maklumla budak tak masuk tadika. So tak ada istilah tidur siang la kan!

Hari ni jamuan hari raya sekolah Kafa, balik awal aku tunggu abang kembar kat luar pagar kelihatan warna warni segak bergaya berbaju hari raya hahahaa.. okla out dulu, kedua geg kembar tak boleh aku lelama didepan lappy ni ada yang tunjuk kuasa. bye bye.

adik kembar.


aqeeb


kami yang bertiga.



No comments:

Post a Comment

Tutup Lagu