Showing posts with label Keluarga. Show all posts
Showing posts with label Keluarga. Show all posts

Wednesday, 12 September 2018

Terapi jiwa.

Assalamualaikum.
Berhabuk sudah blog ni. sibuk manjang nk uruskan hal-hal rumah yang tiada rehatnya. Rehat hanya tidur malam bwk ke pagi, nk rest lama tika dua nan kecik ni dibuai mimpi kalau rezeki pada. Kalo tidak hanya tongkat mata pakai cencukil gigi sahaja. Pasrah!

Sesaja mengalamun hujan pada petang ni sejuk yaamat! Nk dicari bantal selimut tidak sama sekali, jergah ank-anak tidur ohh badan rasa mau joint sama.

Tapi mikirkan masih lagi belum melipat baju bajan aku tongkatkan mata lagi.. So bila bolehnya tidur siang, Pesrah! Haha

Mei rapat-rapat aku nak kasi mata terbojol kepada si penggemar jenama Tuppeeware diluar sana hahaha! My collection tak la meriah seperti anda semua, sbbnya byk dh diletgo dan sedekah pada org y aku rapat, akan tepi saki bakinya masih meriah. Tergedik-gediknya ia dalam lemari khas.



Se'adanya' Syukur.

Amacam dah hilang ngantuk? Ke mau aku menayang lagi? Eh cukupla sampai disini aku mls nk menggarang panjang-panjang. Mei la tengok aku, kot ada yang merindu kan kahkahkah..

My ootd 
dress by thepoplook
Jaman lani ootd bkn pandang camera so jgn jadi jakun.

Byebye!

Read More...

Tuesday, 10 January 2017

Terpuji Harta Kehidupan.


Hi Apa khabar semua.

Pejam celik pejam celik Aryash Daryan sudah satu tahun cepatnya besar nak!!. mami masih terkenang kamu dalam rahim, masih lagi terbayang wajah ketakutan kerisauan dan kepiluan dedi semasa mami berada dalam bilik pembedahan. Tak akan hilang ingatan mami seperti parut yang bertanda diperut ni.

Seawal 6bulan kamu sudah pandai mengengsot, memberontak sambil terkutik kutik kaki bila susu lambat disua, mengcapai makanan, tepuk amai amai dan paling mami suka tengok kamu pandai melambai lambai bila dedi dan abang keluar dari pintu pagar..impressed!!.

Waktu abang-abang kamu asyik berlari keliling ruang tamu kamu mengejar dengan walker berpeluhpeluh basah lencun baju. Bila abang-abang kamu bergaduh, kamu menyorok belakang langsir dan menangis terdengar jeritan suara garau mami keluar ketika meleraikan bergaduhan. Waktu gembira sehari mu adalah sewaktu mami suap makan dan pisang paling kamu suka.

7bulan. Kamu belajar benda baru pandai minta dukung, menangis bila kamu nampak kelibat mami mundar mandir disudut dapur, mami tak keharuan sayang. Mami tak berdaya mengdengar tangisan keramat seolah olah dicubit oleh abang.

Mami paling happy melihat kamu mimum air pakai straw, seingat mami abang AQil ajar hanya sekali. Asal saja kamu makan botol air kamu capai, 3sudu nasi satu sedutan air kamu sedut.

Hadir kamu dalam kelaurga kecil ini memberikan dedi lebih kasih sayang pada anak-anak. Hadir mu memberikan mami sesuatu berharga, melayan anak-anak dengan cara yang lemah lembut.

8bulan langkah pertama kamu, jatuh dan bangun semula. Terhantuk tersadong kamu tetap gigih berjalan. AbangAqil abangNgah teruja melihat yash masa tu, tidak cukup dgn itu lebih mengterujakan kami kamu pandai menolak kereta menan sambil mulut berbunyi bunyii vvrooooomm vvroomm.

Satu tahun. Kamu faham buka baju tarik baju dan tarik tangan mami ke tandas, buka pempers. kamu suka betul bila air paip keluar.

Terima Kasih Aryash hadir mu membuatkan mami penuhi kasih dan sayang pada herohero mami. Hadir mu membuatkan mami mempunyai kekuatan untuk berjuang demi anak-anak, hadir mu menyedarkan mami tentang sebuah nilai kehidupan antara kerjaya dan keluarga.

Selamat Hari Jadi Muhammad Aryash Daryan Satu Tahun( Terpuji harta kehidupan).

Mami doakan aryash jadi anak yang berguna, anak yang mengdengar kata, anak yang berjaya. InsyaAllah amin



Happpy Birthday My lil Boy.
08Januari2016-08Januari2017


nota jejari, update blog pakai oppo f1s aja terasa membulat aja mata kita.
Lalui hari yang indah saja, syukur. 

Read More...

Thursday, 29 December 2016

Berdikari entry #THROWBACK

Hai Disember, Pengakhiran tahun bagi 2016.
Salam pagian. 💜

Dalam En Aidil Norhadi sibuk memanjang keluar rumah 8pagi, baliknya bertemu paginya pula. Baliknya menghadiahkan aku seluar kesan lumpur untuk disental. Aku terdetik sampai bila harus aku menunggu pelawaan sidia yang begitu buzy untuk membawa kami  keluar dari rumah? Sampai bila harus aku memendam seribu perasaan bila 'menggajak' dan ditolak mentah sidia yang oncall 24/7 kerja mengcari rezeki untuk keluarga?.

Memandangkan Syarikat memperkecilkan bilangan pekerja,  dimana pekerja yang sudah lama berkhidmat dan bersara 2 atau 3 tahun lagi disaran untuk retired awal, menghadkan 'overtime' juga mengecilkan kumpulan. Mr AN mengambil peluang mengandakan wang dengan memulun OT sehabisan. Aku tidak kisah tapi bagaimana dengan anak-anak ? tidaklah aku mahu anak-anak mengjadi taruhan.

Aku memikirkan masa ini sesuainya harus berdikari tanpa dia, tika ini aku harus bangkit tanpa bantuan siapa-siapa. Aku tidak mahu status bergelar suri rumah tangga digelar 'katak bawah rumah', dan aku tidak mahu bila status ini juga aku kehilangan keyakinan diri, mundur dari dunia luar.

Maka For the first time, aku mengangkut anak-anak keluar rumah. Aeon Rawang dituju tidak jauh dari rumah. Pada yang lain ianya pekara biasa tapi pada aku ianya  sangat memerlukan fizikial dan mental yang gagah dan tidak mudah dikendalikan dikala herohero aku melasak susah dicontrol.

Aku siapkan anak anak dengan hati berbelah14 hehehehee. Hendak dan tak nak sama banyaknya bila melihat kernah anak- anak yang melasak bermain bergurau sebelum keluar rumah. Hendak padam saja niat tapiiiiii sudah berjanji redahkan sajalah.

Dalam perjalanan. Aku saiko siapsiap sampai Aeon behave hero-hero den hahahaha lega. Sempat juga aku shopping sandle, pensel warna dan selebihnya barang anak-anak.






Terima kasih deja, kerna buku coloring ini juga penyebab aku gigih keluar rumah membeli pensel warna.

Anak-anak den.


#THrowback picture birthday AQil 6Tahun.

Hadiah dari dedi.



Dan hari ni MrAN mengambil cuti untuk menghantar aku anak-anak ke kampung, Setelah aku menunggu day by day.



Salam sayang 💘❤.

Nota Jejari :  Entry baru nk publish setelah sekian lama menaip, Jumpa dientry yang akan datang..










Read More...

Thursday, 24 November 2016

Birthday AQil.

Salam bahagia dan salam khamis 24 November 2016, oh sudah khamis{paham-paham sajala esok Jumaat last before school holiday yeaayyyy}.

Pagi tadi, sebelum ke sekolah macam-macam cerita aku dengar dari dia, dari bercerita sampai dia merajuk sebab nk buka zip beg skola tak boleh. Aku sesaja nak bagi hangin timur laut dia baik, aku cakap, hari ni birthday abang hehehe, amboi dah besar anak mami dah la hensem berbaju PJK. Hangin kuskus tadi berubah ke hangin tenang hah! jangan sangka ya hangin tenang setenang tenangnya. Aku kerah pakai stokin kasi cepat. wahahaaaaaa.


Selamat Hari Jadi Muhammad AQil Ryan Bin Aidil Norhadi.
Semoga anak solong mami ni kurangkan angin timur laut ye,
Moga jdi kebanggan dedi, mami dan adik-adik,
dan berjaya dunia dan akhirat. Amin

24 November 2009.


Jom beli kek dedi dah gaji hehehee...Ada tanda dapat hadiah lagi ni, Baikla mami nak cakap terus terangle 'dedi, mami nakkkkkk itu,.. nakkk ituu, nakkk handphone baru. bluuweekk!!!

Masak apa awak-awak hari ni?? saya coti masak, mood nk balik kampung sudah datang, percutian yang ditunggu tiap hujung tahun.

Salam Kasih dan Sayang, Bila lagi tah boleh hupdate blog ni, sampai kampung wifi takdo kat sana line phone pun macam berkasih sayang juga. Jangan ada yang rindu ceeewahhh.. hehehee Jumpa lagi..

Salam Berkasih dan Sayang, saya sayang kamu kamu kamu kamu dan kamu semua..
Selamat bercuti, Enjoy your school Holiday ye!! 
Read More...

Wednesday, 23 November 2016

Ragam Aryash.

Assalamualaikum.

Pada malam tika sedang beradu alaala puteri indra dari kayangan, yang tidak ketahui jam berapa. Datang seorang budak landing dicelah ketiak bertemankan penghawa dingin, kipas dengan kelajuan tiga dan cuaca sejuk hujan lebat luar tingkap. Aku tersedar lalu menepuk bontot 'pookpookpokk' terasa pelik semacam bila tangan menyentuh kulit bukan pengalas dari pempers. eh!eh! mana seluar
 dan pempers budak ini??? mengucap panjang aku, gegas aku capai pempers dan pakaiankan dengan pantas kot la memancut sesuatu yang boleh aku overnight dalam tandas nanti. Adoouuihh Ayash sampai sekarang aku tak ley pikirin mcm mana awak bukak seluar tanggalkan pempers malam-malam buta.
Mimpi mau bersunat barangkali.


Petang, yang panas terik,mata minta bantal. Aku mendodoikan budak berumur 10bulan 15hari dengan keadaan mamai dan terlelap sesama. Kedengaran sayup-sayup dihujung gendang telinga. Aryan terpekik dengan nada terkejut 'ohhh man', oh man', mami yash main sos dalam peti ais. Aku yang pening lalat melompat bangun jalan mcm separuh sedar menyiasat keadaan sebenar.. 0hMyohMy English!!!! nahhh hambekkkkkk!!!!!!!! satu peti ais di 'hijeck' oleh budak ini. Hidung aku kembang berkempis berhembus nafas kut hidung, berdesing telinga nak saja aku beku dia dalam peti tu hahahaa. Aku sergah, dapat isyarat mata kelip-kelip berapa kali, oloooloo comel ok. Sudahnya dia men tepuk amai-amai dengan kesan sirap, sos cili, tomato dan gula dilantai. FFfffuhhhhhhhhhh fffffgggttt.........



Ramai yang sangka kesan darah kahkahkah..Memang kesan sirap susah hilang ke? sampai ke rini tak hilangnya nak-nak disekitar kuku.

kesan sirap selepas dimandi, dibedak,
Melakat dikulit.

Jom main tepuk amai-amai, sepahkan rumah.


Minggu terakhir sebelum cuti sekolah. 'korang nak stay kat kampung berapa lama??
2 bulan jawab aku dari soalan diatas- diaju oleh siDia, hehehee muka tenyum tenyum.

Lalui hari-hari yang indah sahaja, tak suka??? tak mengapa tak paksa.
Terima Kasih kerna membaca.

Masak apa kita rini?, intai peti ais sat dadaaa...



Read More...

Sunday, 20 November 2016

Hari Kelahiran AryanAQil

Assalamualaikum.. hello semua.
Lama tak bersiaran rindu juga, lattop merah aku kipnet oleh MrAn.

Pagi hari kejadian 12Nov.2016.
B' panggilan seorang mak pada anak teruna keduanya.... 'hari ni birthday b'-senyum simpul..

Mr AN 'siapsiap lah kita, sarapan kt kuar pagi ni". Mungkin ada agenda lain cari kek barangkali.

Melulu saja nasuk parking depan kedai lombong kitaorang laki bini panggil lombong, letaknya depan lombong yang salah satu kedai menyediakan sarapan pantai timur ofkosh la isssss nasi kerabu kihkihkih...

Lepas je santap anak raja dan permaisuri, Mr AN AidilNorhadi memandu ke arah pekan koboi,  pekan Rawang yang mana Aryan telah pon berzikir hendak kek cars boboi, tobot, agent ali,  segala katun dipetiknya macam-macam pula permintaan
Ok kita layankn aja. Sudahnya Mr An memberhentikan kereta hadapan kedai king kek. HeiPening juga melayan birthday boy nan satu tu, cerwet yang amat memilih kek. Faham sajala Rawang ni belum ada kek redaymade from bakery kecuali yang  fofular, hahahaaaa.

Macam tahun-tahun yang sudah. November birtday party akan disambut oleh dua orang anak teruna dalam keluarga Aifi tentunya.

AQil 24Nov, Aryan 12Nov dan sambutan buat sekali harung saja senang.

Happy Birthday.
AQil 7tahun, Aryan 5tahun. 

Ucapan: Tiada wang, tiada emas, tiada intan dan berlian hanya kalian berdua intan emas, berlian buat mami dan dedi.
Semoga abang AQil & B sihat cergas selalu, mengjadi anak yang mendengar kata, anak soleh, anak berjaya didunia dan akhiat, Amin. 

Seminggu sebelum sambutan hari kelahiran ada aku menanya,  Abang mahu hadiah apa. 'abang tak kesah mami, janji abang suka' terkedu aku mengdengar jawapan matang dari mu AQil. Terima kasih sebab abang selalu jagakan Aryash bila mami sibuk, dukong ayash kulu kilir  memujuk berhenti menangis, bantu mami buat kerja rumah. 
I'm proud of you.
Dan jawapan Aryan paling win, 'nak menan (semua kereta, katun segala macam yang dia suka disebutnya) hahahaa, HeiPening tau kekekee.

Untuk kita aja deh.


Happy la korang dedi belikan hadiah besar dari ToysRUs. 
Tak mengapa, mami tumpang gembira walhal handphone mami jahanam patah retak. 
 Tak pernah sekali anak-anak meminta mainan bila ternampak walau aryan apatah lagi abang AQil, ayat sedap selalu diguna pakai 'abang @adik tengok je'. -sambil pegang segala maianan, Sehingg satu tahap dedi meng'offer' ha pilih jela sorang satu. Jadi 
apasalahnya setahun sekali begini untuk gembirakan hati anak-anak. 

Main sesama. 






Sekian..


Read More...

Wednesday, 9 November 2016

Suka Dan Berduka.

Hi Assalamualaikum, Salam Bahagia selalu.


Berapa minit selepas kawan exsekerja aku post didinding IG, gambar menunjukan anaknya telah menerima tawaran ke PRA sekolah under Kerajaan. Lantas aku terus ke peti pos hati berdebar tatkala membuka satu sampul surat bernama Muhammad Aryan Daries Bin Aidil Norhadi. Meleleh air mata kegembiran setelah 4bulan aku tertanya-tanya dengan seribu persoalan bermain difikiran. Alhamdulillah rezeki bila Aryan terlipilih diantara 50orang pelajar 6tahun sesi 2017. Siapa tahu sudah namanya rezeki hanya berdoa sebagai senjata utama.

Pemilihan berdasarkan slip gaji membuatkan aku bertambah kurang berkeyakinan dan bertambah kurang berkeyakinan lagi pabila  PRA sekolah kawasan rumah aku ni ramai yang memohon peluangnya aku rasakan tipis dengan pengambilan pelajar hanya 50orang pelajar untuk 2class. Pada asalnya dari awal hati aku berbelah bagi bila tadika yang sekarang ini LittleCaliph menawarkan Aryan class PRA Tahfiz tahun hadapan berdasarkan Aryan salah satu pelajar yang boleh menghafal 15surah.

Zaman kegawatan ekonomi memang salah satu asbab untuk aku beralih arah PRA Sekolah under kerajaan dan salah satu alasan kukuh pengalaman AQil terdahulu. Ok meh aku cerita, dulu AQil sekolah Tadika yang sama LittleCaliph tadika Islamic memakan belanja yang agak mahal dan kini ternyata yuran lagi bertambah. System bacaan fonic yang membuatkan AQil agak keliru bila memasuki tahun satu, yang mana sekolah Kebangsaan kini menggunakan system mengeja mcm kita dulu tu, disitu dia dah lost sedangkan masa di LittleCaliph sudah lancar membaca. Semasa sesi pengenalan ibu bapa Tahun satu hari tu cikgu class AQil ada mengadu tentang pelajar yang membaca menggunakan system fonik mempunyai masalah bila memasuki tahun satu. Kini AQil dah boleh membaca lancar walau kadang-kadang dia agak keliru.

Aku membuat keputusan memilih PRA Sekolah under Kerajaan untuk Aryan mengikut saluran sekolah rendah nnti. Disana system pelajaran PRA sama macam tahun satu sekolah rendah walau pelajar berumur 5 dan 6 tahun. Dan Salah satu sebabnya juga bila Aryan sudah pun mula menunjukan tanda-tanda awal kebosanan dan tidak mahu ke Tadika LittleClipah, mana tidaknya sudah 3abad sejak aku bekerja sehingga kini dia masih lagi kekal sekolah disitu.


Separuh hari sahaja aku gembira tanda bersyukur. Separuh hari lagi aku dibelenggu rasa sedih. hampa dan rasa bingung tak terkata. Bila sedang asyik aku membalas whatApps dari geng girl ILP2003 yang heiPening, baru saja ingin membalas massage dari biras aku baru saja menekan kata-kata manis Allahmadulillah, InsyaAllah tak menyempat hendak tekan menghantar phone aku yang 70% kehancuran tu ditarik Aryash yang berada dibawah meja senyap- senyap. Aku sangka ianya tidakla membawak kepada kehancuran, tapiiiiiiiiii langsung tak boleh On. Sedih.

Aku cucuk charge tak berlampu, aku bukak bateri, aku bukak skru cek bahagian dalam dan pasang masih sama, tak berfungsi.. OhMyy aku sedih betulla sungguh. Dandan aku mengamuk tak tentu pasal tidak tentu arah, bila aQilAryan mengambil cuti sekolah sendiri(buku teks dah pulang, aktiviti bebas disekolah) class tak ada.Buat pakatan sepahkan rumah, tgk Youtube diTv ambik pagi sampai ke malam, dengan Aryash cerriberry berapa kali, aku letih sedih, aku bosan!! Sidia?? jangan cerita seminggu ini baliknya jam 4,5 pagi.


Hati sunyi tak terkata,
Bila sunyi ingat sidia,
Cari cari handphone tak ada,
Nak bising nak membebel disini gamaknya.
Apalah nasib sipengurus rumah tangga,
Menangis dan bersuka tiada tara.


Hari ini harap aku kuat sepertimana hari-hari sebelumnya. OKBYE!

Tak sabau nak hujung bulan ni, nak balik kampung duk celah ketiak mak..









Read More...

Monday, 26 September 2016

Raya Korban.

Assalamuaikum.


Rindu ako tak?? wahahahaa... i buzy sejak dua tiga minggu almaklum itu ini hendak diurus dengan kadar segara. Now dah boleh tarik nafas lega lega. Doakn aku sihat-sihat cergas dan kuat seperti selalu eh eh eh...

Eceli hendak ceritala pasal raya Aidiladha hari tu tak de memory pon kan kan kan.
3hari sebelum raya mylove said 'raya nant jom ke Waterword IctShahAlam", terbisik dalam hatiku aiiiyiikk did not go to langatkah??? terus aku acu soklan tu, pantas saja dia menjawab 'Tak balik kerja fullstop. Banyak lagi persoalan hendak ditalu talu but me hanya malas hendak membuka mulut sewaktu hanginnya moodnya tengah baik so me diam sahaja dan layan-layan-dan layankan wiwiwiwiii... Sebenarnya aku tidaklah kisah sangat dah pun lali beraya diperantauan dan aku gembira jika myArjuna happy, so me also happy to!! wahhhhh merapu.

Malam raya aku mengajak MrAd ke tesco memborong barang dapur, kehulu kehilir haa ni paling tak gemar bila ke tesco yang besarnya yang luasnya mencari sehingga melenguhkan kaki akhirnya handak jadikan cerita aku tanya staff yang tengah menyusun 'kak kacang kat mana'? kekonon nk masak kuah kacang nasi himpit laaaa, Jawabnya pendek ja- kacang habis, Ohmyyy aku patut mencari seminggu sebelum,  ini tidak malam raya jam 10malam aku menggelupo mengcari arrghh! memang sahsah habislah. Tak pasal weeii kene bahan dengan MrAd laki sendiri wahahahaaa 'orang dah jadi kuah kacang sayang oiiii' awak baru nk beli kacang'?? ketawa laki aku terbahakbahak.. sendu betul tika tu hahahaaa.

Dalam perjalanan balik aku suruh MrAd membeli lemang dan rendang, jadile janji ada makanan edisi raya untuk meriahkan dan untuk menampakan sesuatu yang menarik pada pagi tersebut kehkehkeh..
Dua batang, satu batang dah kami pulun sebelum tidur terliuoq beno.

4pagi aku sudah pun berperang masak laksa berikutan aku benar teringin mujur MrAd satu kepala tak ketinggalan Myarjuna pun sudah terjemak sama. Mana tak tumpahnya kuah jika tidak dimangkuk kan. ehh?

Sehabis mengisi perut kami kemas baju bersiapsedia ke kolam dengan girang hihihii..
Berbekal laksa, air, kek aku punggah kerusi betuibetul menghadap kolam arjuna berendam.


Mata aku yang hampir lelap tadi  segar lihat set tupi aku megah tegak berdiri disitu, jangan marah.

Masuk keluar kolam, terjun naik lompat makan minum.
Dengan mak segali lencun dek terjun aksi kupukupu hahahaaa.Jangan korang sangka hari coti begini tempat ni sepi ye! walhal ramai saja pengunjung bepusupusu.


okla nk chill out dulu eh, Juna aku dah mengacau tarik habis segala wire, file picture dalam phone dah tebuang semua gambar zaman dia tak wujud lg dah habis finish, ini yang malas nk update blogkn tidurnya hanya 2mint, tidur ayam dengkur kurakura..sabarje den. nangis dalam jiwa huuu..

Lambatnya hari R.A.B.U oohhhyeeaahhh..
Read More...

Friday, 19 August 2016

Apakah salah dan dosa mereka?

Assalamualaikum

Berikut entry khas untuk kanak-kanak yang hilang dan dibunuh dengan kejam.



Kuala Lumpur: Mayat Noor Amila Edrus Norsham, 5, yang dilaporkan hilang di Jinjang Utara sejak lapan hari lalu (11 Ogos), dijumpai dalam keadaan menyayat hati dengan kepala terpisah dari badan dalam semak di Kampung Kemensah, Hulu Kelang, hari ini, antara beberapa kes kanak-kanak hilang sejak 1996.
Antara mereka yang lain ialah:
Ting Song Seng, 9. - Hilang ketika menunggu bas di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina), Taman Rasah, Klang, untuk pulang ke rumah pada 15 Januari 1996 dan dia masih gagal ditemui sehingga sekarang.
Nurin Jazlin Jazimin, 8. - Hilang pada 20 Ogos 2007 selepas keluar ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju. Mayatnya yang tidak berbaju dipercayai mangsa deraan seks, ditemui dalam beg yang ditinggalkan di tangga premis perniagaan tiga tingkat di Jalan PJS 1, Taman Petaling Utama, Petaling Jaya pada 17 September 2007. Mangsa dibunuh 24 jam sebelum mayatnya ditemui.
Sharlinie Mohd Nashar, 5. - Hilang pada 9 Januari 2008 ketika bermain bersama kakaknya di padang permainan yang terletak kira-kira 200 meter dari rumahnya di Jalan PJS2C/11N, Taman Medan, Petaling Jaya. Sharlinie masih gagal ditemui sehingga hari ini.
Muhamad Asmawi Jalaludin, 11. - Hilang pada 9 Mac 2008 ketika pulang dari taman permainan berdekatan berdekatan Flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi. Dia belum ditemui hingga kini.

Sumber Metro. Al-fatihah.
Khamis, 18 Ogos 2016 @ 11:10 PM

Nurul Nadirah Abdullah atau Dirang, 5. - Hilang pada 1 Mac 2012 dari rumahnya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam, Johor Baharu, ketika keluar ke kedai pada 10.30 pagi. Mayatnya ditemui pada 8 Mac, rentung dalam lubang di kawasan perumahan terbengkalai di Nusa Damai, Masai. Seorang buruh, Muidin Maidin, 26, didapati bersalah membunuh mangsa antara 1 Mac dan 2 Mac 2012 dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati.
Freddie Joseph, berusia setahun lapan bulan. - Diculik dari rumah ibunya di Bangsar pada 8 November 2013 dan dijumpai keesokan harinya bersendirian dalam keadaan lapar dan letih di Taman Tasik Titiwangsa oleh pemandu lori dan pemandu teksi kira-kira 12.55 tengah hari.
Mohd Shariqal Sidek, 3. - Hilang pada 21 November 2014 ketika bermain di kawasan kebun getah di Kampung Selagon, Beaufort, Sabah. Dia ditemui mati, dipercayai dibunuh berhampiran Sekolah Menengah St John, dua hari kemudian kira-kira tujuh kilometer dari lokasi dilaporkan hilang.
Read More...

Wednesday, 17 August 2016

Kerjaan Suri Rumah.

Assalamualaikum.



Apakhabar semua, Salam Bahagia.


Seronok bila difikirkan kerjaan suri rumah hanya tidur, makan, update status IG mahupun FB godek hanfon dari pagi sampai  ke malam, makanan didepan mata, rumah dikemaskan, anak-anak ada yang hantar ambilkan, tidur petang bawak ke magrib sehinggakan cebok untuk budak usia 7bulan ada yang settlekan memang beruntung bukan?.

Setiap hari jam 6.00pagi, aku sudah  mula bangkit  mandi siapkan sarapan dan bento aQIL ke sekolah. Bab kejutkan siapakan aQilAryan aku serahkan pada suami sejujurnya dia yang pakar.


Jam 7.30pagi selesai sarapan, suami mula melangkah keluar rumah bersama aQilAryan bersalaman kiss pipi kiri kanan, lambai melambai.


Rutin harian pertama menyapu, mop dan kemas hujung sana hujung sini atas dan bawah. Selesai segala mencuci menggemas part berceloteh dengan Ayash mandikan bagi makan dan sebelum dia mengamuk hendak tidur aku harus siapkan kerja rumah yang masih lagi berbaki.


Tepat 11pagi. Apron aku sarung. Masuk bahagian masak-masak ni aku sudah mula an improvement. Ecekeli sejak kawen tak berapa pakar selain makanan yang aku suka, cara masakan Jawa minang dan Selangor mempunyai cara yang berbeza berbanding cara masakan Kelantan. Bila sudah 4bulan pemegang jawatan suri aku belajar masak cara Jawa, Minang dan masakan Selangor ni dimana keturunan suami aku. Puas hati tersenyum bahagia bila penat lelah selama setengah hari melihat anak-anak dan suami makan bertambah serta memuji  hihihiii.
Amat jarang sekali aku membeli lauk siap masak dikedai, dapur aku tetap berasap walhal hanya telur dan nasi sahaja.


12tengah hari. aku sudah mula kemaskan diri bersiap-siap menggambil aQilAryan kt sekolah.
Jam 2.30petang selepas makan tengah hari hantar aQil sekolah agama.

Jam 3petang, solat mandi kemaskan dapur. Jika selesainya awal tidak juga daku tidur ada aja yang hendak ituini ketika sedang berehat. Aryash kurang tidur hendak besar main ja kerjanya, melayan karenah AryanAryash membuatkan mata aku tidak boleh hendak lelap. Bertuah benar kalo dapat lelap walau 5minit.



5petang. Aku bersiap-siap jemput aQil sekolah yang hanya sejangkal kera aja, dekat.
melepaskan anak-anak bermain diluar rumah selama 1jam tepat jam 7malam kerah aQilAryan mandi part ni suami aku yang mengambil alih sambil-sambil aku siapkan menu makan malam.

Selesai makan jam 8.30malam aku atau suami akan off Tv sesi  melayan karenah anak-anak sambil mengajar AQilAryan menyiapakan home work. Tepat jam 10malam kami semua bergelap dan mengambil tempat masing-masing dan get ready untuk tidur.

sekian, rutian harian aku selaku suri.
House Manager At Aifihome.
Entry sudah lama ditaip aku belum sempat hendak publish..




Read More...

Wednesday, 10 August 2016

8August, 8Tahun. Kejutan!.

Selamat pagi semua.


Lapan tahun bersama sidia yang dicintai. Hanya dia tempat aku luah perasaan, keluh, sedih gembira cerita pasal anak dan dia juga kawan gaduh aku, hehehehe.


Petang hari kejadian. Macam biasa jalanjalan bawak AryanAryash dan menemani sidia menyelesaikan berapa hal kaitan kerja. Aku lagi suka. Selepas hantar Aqil sekolah agama terus ke Bangsar dan ke Selayang COD kopi.

Dalam kereta;
Dia-----Mami minyak kereta habis..
aku---terkujat jap, korek-korek bag jumpa not oren.. nah isi semua jelas aku nada pelik.

Mungkin agaknya sendu sendan aja malam ni.
Hitung tarikh masih awal bulan, sidia blm cucuk atau malas ke ATM barangkali atau wang saku sudah berada dipenghujung??. Tak mengapa janji dia dah wish aku pagi tadi, Kiranya dia masih ingat tarikh istimewa walaupun hanya satu ucapan bersama satu kucupan dipipi.


Lepak depan TV, aku hulur satu kotak yang berisi photobook dan kad buatan sendiri. Dibelek bersama-sama dengan anak-anak, urmmp cantik-cantik-cantik.Kedengaran.
 Betul aku memang tak pernah framekan gambar anak-anak didalam sebuah album, dalam sejarah anak-anak tengok muka sendiri sewaktu bayi. Jakun.Persoal 'ini siapa. ini siapa'. hihihihiiii..

Aku tempah online. Lawati sesawang www.photobook.com nanti korang boleh pilih design yang ikut kesukaan dan bujed masing-masing.


Cantik dan puashati harga berbaloii.


Malam hari kejadian ' Jom siap-siap'
Kemana pulak ni jawab aku, sudahla tadi minta tolong aku isikan minyak kereta.
'nak pergi mana, tak payahla. Aku memang tidak mengharapkan apa-apa hanya hendak dia bila aku perlukan- Itu saja.

'Jomla siap' semua baju anak-anak sidia pakaikan berwarna sedondon. Kali ni aku lgi pelik dan sedikit nerves apakah hendak dibuatnya kali ni.

Mami mami kita nk pergi mana?? soal Aryan berada dalam perjalanan.
Hari ni hari kawen mami dgn dedi jelas sidia
Kawen?? kenapa tak pakai baju kawen?? balas Aryan.
malam tak payah pakai baju kawen. Jawabpan sidia buat aku bahakbahak gelak huahahaha


Masih lagi tiada jawapan sehingga kereta menuju ke Anjung Kuang.OHH makan malam istimewa terdetik dalam hatii aku. hehehehe, Habis!! siapa mau makan aku masakan tengah hari tadi erkk.... noted!! 

Suka betui buat kejutan dibelenggu tanda tanya gini adei!! tapi aku tetap suka rasa baru aje naik pelamin semalam, ngehngehngehngeh.
Snap-snap. makan-makan bertemankan lampu liplapliplap, Mantik.
Penuh satu meja makanan sampai yang telah diOrder, siap tapaw.








Terima Kasih kerna memilih aku sebagai permaisuri hati mu,
Terima Kasih kerna sentiasa berusaha menjaga hati aku,
Terima kasih kerna kamu ada bersama aku,
Terima Kasih kerna kamu membahagiakan keluarga ini,
Terima Kasih kamu bekerja kuat untuk keselesaan keluarga kita.

13Tahun aku mengenali mu, harapan aku agar ko setia bersamaku sehingga hujng nyawa. 
InsyaAllah. Aminn.




US, iloveyou sidia.


8Ogos juga genap 7bulan Aryash Daryan anak manja mami. 8Januari2016-8Ogos2016.


Budak suka ketawa, senyum, merangkak, capai makanan atas meja, ibu jari ke mulut sambil bernyanyi tanda lapar.

Happy 7month Sayang!


Sekian, Hari hari berjalan yang indah belaka..


Read More...

Thursday, 4 August 2016

Rumah Terbuka.

Woit Woiit belum habis raya laa...


Assalamualaikum, Selamat pagi.

Tiap minggu bagaikan tetamu VVip, ada saja jemputan ke majlis.
Minggu awal selepas raya dan satu hari selepas sampai dari kampung.

 Rumah pertama Mastura Abdul kawan ILPKL musuh kedua dalam cerita sinetron wahahaaa..[hanya ko saja yang tau, aku tau ko baca ni hahahaa]

Majlis perjumpaan reramai begitu 'riuhrendah' dengan tawa menggilai, manakan sudah berapa tahun tak jumpa kecuali Mas situan rumah. Hidangan nasi menjadi makanan utama dan aku sudah berapa kali merasa masakkan Mas ni. Mami 2boy ni memang sorang yang rajin masak, pandai segala hal. Oh dia pun seorang house manager like me. And also macam-macam cerita kami kongsi bersama meluahkan pendapat dan paling best dia pun mcm aku juga satu kepala. Kaki Menggilai.


Aku gelarkan 'Geng istoli disayang shomi' hahaa


Minggu Kedua

Lawatan sambil merapatkan silaturahim antara kaum keluarga.
Rumah adikberadik belah Dedi.

Kakak, dan Adik lelaki  Dedi menetap kawasan Kajang, Selangor. Maka kami pusing situ-situ aje satu hari tu.


Malam Hari yang sama. Hari yang ditunggu keterujaan hendak ketemu kawan-kawan [macam aku pulek yang berkhidmat disitu hahaa]..OpenHouse,open officela namanya dipejabat Dedikan.
 Meriah habakHang. Dengan menu segala macam tapi aku tak sempat nk merasa satu persatu asik memborak dengan kawan sepejabat Dedi dan isteri-isteri kawan Dedi.
Bergelak tawa bertegur sapa dengan gosip terhangit knasss, hehehehe.
 Pelbagai acara dipersembahkan oleh staf, ada karaoke hariraya, percikan bunga api, main bunga api dan acara pembahagian duit raya pada anak-ank staff.


Salah sorang staff selaku kawan aku berlawak 'awak, mcm awak pula tuan rumah' mana tak nya aku baru nk mnyuap kuih ke mulut ada aja datang bersalam, Kebanyakan isteri-isteri staff lebih mengenali aku, Aku tak tahu mengapa.


Minggu Ketiga.

Salah sorang 'geng disayang shomi'
Deja. Sri Kembangan

Sebelum ke rumah Deja ni, aku sudahpun kekenyangan melantak kambing bakar akikah dirumah kawan Dedi. Sudahla kenyang mengantuk pulak tu. Masuk dalam kereta zzzaaap tidur! Nak dekat sampai rumah Deja baru terjaga dengan hujan renyai-renyai perut kenyang kereta goyang-goyang hihiiii faham sajalah.

Menu utama, Spagatti bolognese. Memang kegemaran kami le jawabpanya 2mangkuk besau jgla aku melantak,sedap! huahauaua.



Kami, antara sebahagian yang hadir. Tuan rumah bertudung hitam.
DARI KIRI baby,aku Marina sinetron1, Mas Sinetron2 dan Deja.

Pelakon dalam sinetron ILPKL tahun 2003.
Lucu la cerita tu, hanya kami. huahahahaa

Minggu ke4 Sabtu
Dirumah sendiri.

Dari awl aku minta maaf ,Bukan tidak mahu jemput. 
Sudah lama menyimpan hasrat untuk buat open house sempena Dedi memperolehi 'sesuatu' yang amat dedi hendakkan.sempena selesainya dengan keadaan selamat pembedahan perut Ummi[makdedi], kawan aku sebahagian kawan dedi ada bercadang ingin menjergah teratak buruk kami. Buat sekali jalan. Alhamdulillah semua lancar dengan izin Allah. Tampa mengjemput saudara mara kedua-dua belah. Demi menjaga hati masing-masing. Yela kami ingat yang telantar sakit, Takut pula ada yang terfikir akan kami bersura ria. Tak best pula kan, bukan majlis yang riaria pun.

Majlis memang sederhana,simple dan begitu minimum dari segi makanan,dan para tetamu. Memang itu kehendakkan kami [gambar tiada dalam simpanan] Makanan pun tempah, aku hanya potong tembikai dan sediakan air sirap huahaauahuaa..




Minggu ke4, Ahad.
Ke rumah Ex office, Ampang.

Tujuannya sebenarnya ke Hospital Ampang ziarah ummi, Selesai ziarah kami ke rumah Maniha.
Menu Nasi Ayam hainan, bukan nak makan sangat pun. Tujuan utama kunjungan kerumah dan melayan anak gadis  maniha yang soarang tu, Narmi Azianna. Comel petah bercakap.

Gambar atas rumah Maniha, Lelaki tu, ex bos kini kawan baik aku.
Gambar bawah diteratak kami. Maniha sebelah aku, dan Narmi.


Raya kali ini banyak mengajar aku tentang 'SILATURAHIM'.  Eratkan Silaturahahim tak kira sanak saudara, kaum keluarga atau kawan-kawan. Kunjungan rumah ke rumah bukan semata mata untuk bersentap kenyang tapiiiii tentang 'SILATURAHIM'. Tahun depan kita jumpa lagi InsyaAllah. Selamat Tinggal Syawal.
US.

Read More...

Thursday, 14 July 2016

13Julai.

Assalamualaikum.





                        Selamat UlangTahun Kelahiran buat Aidil Norhadi Bin Sumardi yang ke-33


Dengan ucapan ;Terima kasih kerana ingin sentiasa berusaha  memberikan terbaik untuk keluarga, Terima kasih kerana memahami saya dan anak-anak bersabar dengan perangai kami, Terima kasih bekerja keras pagi kepetang, petang kemalam, malam kepagi demi menyara keluarga semoga murahnya rezekimu, diberikan kesihatan yang baik, permudahkan segala urusan mu pelbagai situasi. Semoga UlangTahun kelahiran ini kita makin matang, makin sayang-sayang selalu, cinta mekar bak sakura, sejuk bak salji, kihkihkih... 






UntukMu..

Satu perkara buat kita bahagia adalah kasih sayang,
Satu perkara buat kita matang adalah masalah,
Satu perkara buat kita kuat adalah doa,
Satu perkara buat kita kekal adalah kepercayaan.

Kualiti hidup kita bergantung pada kualiti emosi,
dan kualiti emosi pula bergantung pada fokus kita,
Apabila kita fokus kepada perkara yang membahagiakan ,
kita akan sentiasa bahagia,
sebaliknya apabila kita fokus kepada kesusahan hidup,
kita akan sentiasa susah dalam kehidupan.

Yang Benar,
your wifey,Love you Till Jannah.


Read More...

Tuesday, 12 July 2016

Salam AidilFitri 2016/1437h.

Assalamaualaikum.

Macam mana raya tahun ini fun tak, feeling happy?? Tahun ini myturn Kelantan so kita raya sakan la awok eaa.. Jom layan gambar raya.


Tak cukup anggota kakak ipar dan girlgirl.
Sibling

Ipar dan suami, terselit anak buah seorang pelawak hahahaa..

anak buah dan anak sendiri yang paling kecik ketiduran (ayash).

mama, mami ,ibu, ummi semestinya ma. My Ma.

me.




Hijau zamrud pilihan warna keluarga. Famous warna ini menghiasi dinding-dinding fb/ig aku.
And the best Picture for ever and never begin issss....








Selamat Hari Raya Pada semua yang mengenali diri kerdil ini Maaf Zahir Batin, jemput ke teratak buruk hamba.Wassalam.




Read More...
Tutup Lagu