Sunday 15 January 2023

Apa itu NARCISSIST.

Apakah maksud narsisistik atau gangguan personaliti narsisistik?

-Gangguan personaliti narsisistik adalah sejenis gangguan personaliti di mana seseorang individu itu mempunyai rasa kepentingan terhadap dirinya sendiri.

-Mereka mahukan perhatian yang mendalam terhadap diri mereka selain kurang berasa empati terhadap diri orang lain.

-Boleh dikatakan mereka ini mempunyai sifat keyakinan yang terlalu ekstrem.

-Namun, di sebaliknya, mereka mempunyai harga diri yang sangat mudah terlerai hanya disebabkan sedikit kritikan daripada orang lain.

-Orang ramai akan melihat individu narsisistik ini seperti seorang yang mementingkan diri sendiri sahaja dan biasanya tidak ramai orang yang gemar bersama mereka.

-Individu narsisistik juga hanya mengambil tahu mengenai dirinya sahaja dan tidak jemu-jemu mahukan pujian daripada orang lain.

-Gangguan personaliti seperti ini sering menyebabkan masalah dalam hubungan bersama pasangan dan juga ahli keluarga. 


Maksud narsisistik: apakah punca yang menyebabkannya?

-Tidak dapat dipastikan dengan jelas apakah yang menjadi punca sebenar kepada kewujudan gangguan ini.

-Para penyelidik percaya bahawa ia berlaku disebabkan oleh beberapa gabungan faktor-faktor di bawah ini:

-Mengalami trauma atau peristiwa silam semasa zaman kanak-kanak

-Hubungan pada peringkat awal dengan ahli keluarga, rakan dan juga saudara-mara

-Faktor genetik keluarga

-Sifat peribadi seseorang

-Kritikan secara melampau yang dilalui semasa zaman kanak-kanak

-Faktor neurobiologi

-Faktor-faktor risiko gangguan personaliti narsisistik

Terdapat beberapa faktor risiko yang membolehkan seseorang itu mengalami gangguan narsisistik.

-Kajian, orang lelaki lebih mudah mengalami gangguan personaliti ini berbanding wanita.

-Gangguan ini juga mudah berlaku seawal umur kanak-kanak.

-kanak-kanak yang mungkin menunjukkan ciri atau gaya seseorang narsisistik, namun tidak semestinya ia akan berterusan sehingga mereka dewasa.

-kadangkala adalah sifat yang biasa wujud sewaktu zaman kanak-kanak sahaja.

-Selain itu, ibu bapa yang bersifat terlalu melindungi anak-anak atau mengabaikannya juga boleh menyebabkan seseorang itu menjadi individu narsisistik.

Ciri-ciri yang menggambarkan maksud narsisistik pada seseorang individu

-Seseorang individu yang mempunyai sifat narsisistik ini amat mudah untuk dikenali. Ini kerana, terdapat beberapa perkara atau ciri yang sangat jelas, yang membezakan dirinya dengan orang lain.

-Berikut adalah beberapa ciri utama yang menunjukkan seseorang itu adalah individu narsisistik.

-Berasa diri sendiri lebih penting

-Kerap berasa bahawa diri sendiri adalah lebih baik daripada orang lain. Sebagai contoh, kerap berasa lebih pandai, lebih cantik, lebih kacak, lebih berjaya dan lebih berkuasa daripada orang lain

-Rasa bahawa diri sendiri adalah seperti golongan atasan dan hanya layak bergaul dengan golongan tersebut sahaja

-Memerlukan pujian setiap masa daripada orang lain

-Rasa mempunyai hak walaupun tidak mempunyai hak ke atas sesuatu

-Sanggup untuk mengambil kesempatan ke atas orang lain demi mencapai tujuan dan matlamat peribadi. 

-Kurang memahami individu lain atau kurang bersifat empati dalam memahami perasaan atau apa yang dilalui individu lain

-Bersikap sombong atau memandang rendah kepada orang lain. 

-Ingin diiktiraf atau dikenali ramai

-Kerap menyatakan mengenai pencapaian dan bakatnya kepada orang lain

-Mengawal perbualan dan seringkali perbualan tersebut hanya berkenaan pencapaian dan kehebatan dirinya

-Boleh dikatakan, segala apa yang berlaku dalam hidup individu narsisistik adalah hanya mengenai dirinya sahaja.

 Kelemahan mengenai individu yang mempunyai gangguan ini. Antaranya ialah:

-Mudah berasa tersinggung jika tidak melibatkan dirinya dalam sesuatu perkara

-Sukar mengawal emosi dan perasaan

-Sukar menerima kritikan daripada orang lain mengenai dirinya. 

-Kerap berasa tidak selamat atau insecure terhadap sebarang perkara yang boleh merendahkan dirinya

Kesan apabila seseorang itu mempunyai sikap narsisistik. 

Antara kesan yang boleh dialami ialah:

-Kurang mendapat rakan kerana rakan-rakan akan semakin menjauh. 

-Mempunyai masalah dalam perhubungan bersama pasangan

-Mengalami tekanan dan keresahan

-Mempunyai masalah di tempat kerja

-Penyalahgunaan dadah atau masalah berkaitan alkohol.

Perlukah berjumpa dengan doktor jika mengalami gangguan ini?.

-Kebanyakan individu narsisistik tidak menganggap bahawa diri mereka sedang mempunyai masalah atau gangguan.

-Dengan itu, mereka tidak mendapatkan rawatan atau pertolongan daripada pakar psikologi atau mendapatkan khidmat kaunseling.

-Jika anda mengalami gangguan ini, anda boleh mendapatkan bantuan profesional bagi mengurangkannya atau mengawalnya.

-Anda boleh mendapatkan perkhidmatan kaunseling dan juga terapi bagi membantu diri anda.

Sumber: Google.

Pernah juga jumpa orang macam ini, sakit rupanya hmm.. Moga kita semua berada dalam keadaan yang baik baik aja, diberikan kesihatan mental illness yang mantap. 

Read More...

Friday 6 January 2023

Anak lelaki sungguh.

 Rokiah gojeng kembali.

Soalan selalu ditanya 

'Mami ada card credit tak?'

'Mami can tu get something fun for me,

I need fun.. Just fun'.

Mami, Why fluffy (kucing) Male?

'Mami kenapa baby kecik tu dia minum susu saja tapi dia berak, berak kan untuk makan?'

'jauhnya rumah ma tok ni, dah tidur dah makan pun tak sampai² lagi'. 

Hitu solan KBAT anak kiah yang paling kecik sorang 6tahun(2017) yang sederhana besar 7tahun (2018). Rasa dua ini paling kecik dah, yang dua lagi paling besar pasal dah macam-macam kerja dorang boleh buat maka kiah kategorikan besar dah bersunat kira bujang la tu. 

Kemana-mana sekali pun dua orang ni tidak ditinggal, hat besar tu dah pandai brdikari takde dahla nk kepit celah tiak mak lg. Tinggal kat rumah dorg boleh masak-masak tak heran dah maknya kemana-mana. 

Kiah memang training dorg buat kerja rumah. Semua... semua dgn Appak dorg sama kene buat nk harap kiah sorang ja perempuan boleh mati kantak(frog) kiah kerjakan sorang. Sendiri makan, sendiri basuh. Sendiri baju, sendiri cucun cucun. Sendiri buku, sendiri kemas haa gitu. Begitu jua dgn kecik duo orang tu kene jgk tak boleh lari kiah kejar hahaha. 

Pada pandangan kiah lah apa yang kiah nampak dan belajar dari didikan mak rokiah. Anak anak yang pandai buat kerja rumah ni disebabkab ibu bapanya rajin kerah bkerja auto mereka rajin. Tak caya cuba mendidik ajaran Rasulullah, Kiah tak pandai pun masih belajar kita sama-sama belajar ok.

Selasak lasak anak orang lasak lagi anak kiah. Alhamdulillah tanda ank-anak sihat otak cergas, buat lah apa kt rumah jangan sampai mengundang bahaya ja . Lama dah jadi telinga kebal.. Mulut pn dh penat nak berleter. Tahun dua ribu dua puloh tiga ni sudah surrender mulut nak bising- berbisa anak-anak pun dah boringg dengar ayat sama tiap hari. Lani kita main jari je, tunjuk je terus dorng buat haha.. Paling mudah dan berkesan orang kata wahahaaaaa.

Strugglenya menjaga anak laki ni. Apa yang kiah nampak tak sama langsung discipline dgn anak perempuan. Perempuan ni ckup tiga kali ingatkan mereka sudah ingat dan buat, klo lelaki selagi tak ckp sejuta belum tentu dia buat haha. Eh yeke? Anak kiah begitu lah. Anak orang lain rokiah tak tahu eh. 


 






Ada anak lelaki senang juga blh passing kerja berat. Tidak kecuali la anak perempuan juga, harusla menggurus dapur korangkan.. Kiah tak tahu juga pasal tkde anak perempuan. Tapi kisah dorg ni sama je laki ka perempuan realitynya mendidik anak zaman Now² ni sangat tercabarnya hmm..

Semoga anak-anak kita berada dalam lindungan Allah swt..dijauhi perbuatan yang tidak baik ameen.

Kla rokiah out dulu, En somi ajak dating makan makan.. Dadaaaa.. 

Assalamualaikum. 

Tetiba rokiah pulak eh.. Terjebak². 

Read More...

Tuesday 3 January 2023

2023.

 Assalamualaikum.

Sebelum i membuat sebarang karangan panjang lebarnya. Ingin diucapkan :

Selamat menyambut tahun baru 2023
Semoga tahun baru memberi semangat baru, lembaran baru, kehidupan yang lebih baik pada semua dan ampun maaf dipinta jika ku berlantang suara, tercerita, terngumpat, tergigit, termakan tau apa apa sahaja membuat hati korang terasa hati tiada manusia yang sempurna. I hanya manusia biasa haa gitu. Selamat hari Raya hahahaa. 

Well. I doakan semoga korang dipanjangkan usia makin brusia hidup makin manfaat, diberikan kesihatan yang baik, brkasih sayang, dipermudahkan segala urusan dipemudahkan segala keshulitan. Aaminn. 

Terimalah dari Rokiah gogeng untuk mu hahaha.. 




Setiap ujian Allah bgi semua berbeza-beza
Dan setiap ujian itu ada ikhmahnya. 
Kalau orang lain diuji dengan  kesusahan 
Diuji dgn kemewahan
Diuji dengan cinta
Diuji dengan perpisahan dan KAMU Allah pilih untuk diuji dengan datangkan manusia yang bermacam macam karenah. Dan semua diuji yang Dia beri atas satu asbab yang sama Allah nak kamu kuat. 

Salam 2023.


Read More...

Thursday 1 December 2022

Terima kasih gembirakan hatiku.

Assalamualaikum. 
Siapa lagi yang boleh gembirakan hati kita selain diri sendiri??. Jawapan diaaaa org keliling kita Keluarga, dan kawan². 
Terima kasih diatas ingatan pada hari lahir Aku pada tahun ini. Simpan sajalah disini untuk tatapan sendiri biasa aku akan baca bila ada kelapangan. 

Dari Kawan ILPKL. Marina Ramli thanks ina. 
Suami tercintah.
From ito with love katanya. My BFF poreber, terima kasih dear.
Nazirah Nasarudin num jauh di payrok. Tq beb. 
Mama angkat anak anak, tq Yani. 

Kek dari kakak kandung manakala coklat dari suami sajee je tau. Terima kasih. 

From kak lyn mama Sarah. TQ mykakak. 

From sidia lagi. Terima kasih my husband. 

Dari abang kandung. 


Old stories, sorry bt masa ni byk story nk cerita sampai tak thu mna satu nk cerita dulu. 

'Jangan pernah kesal berbuat baik walaupun tidak dihargai. Yakinlah satu masa segala kebaikan yang dilakukan akan dibalas kelak'. 




Read More...

Tuesday 28 June 2022

cerita kosong

Assalamualaikum selamat pagi.

Bila dia merajuk. 
Keningnya berkerut kerut. 

Bila dia sedang gembira

Bila dia sedang tidur. 

Bila dia snng makan



This is My bongshu. Muhammad Aqeeb RaaQin B. Aidil Norhadi. 
Read More...

Friday 24 June 2022

Anak Perempuan.

lTerimalah anak perempuan kecil kami walau bukan anak kandung, tetap kami sayang macam anak kandung.

      Eh!!! Jgn perasan bkn yang ini hahahaaaha..  Tapii yang dibawah ini
                           >
                           >
                           >
                           >
                           °
                           °
                           <
                           < 
                           <
                     Ini. Cakkkkkkkk
Nama Penuh   :  Bunga Nurcicilyn Azwa 
Nama Manjah :  cici
Umur.              :  8bulan
Warna bulu     :  chocolate brown
Tempat Lahir.  :  USA

Saya kesayangan semua, tapi saya sangat disayangi oleh budak ini. 
Terima Kasih mami, dadi abg² sayang saya dan tak lupa juga suami saya MR fluffy siMat gebu flaff tu. Saya sayang dia, now saya sudah jadi isteri tapi blm tentu saya mengandung. Tunggu ya semua saya tgh mencuba sedaya upaya saya. Maklum la suami saya pertama kalinya jdi suami kihkihkih. 


i love my husband. 

Terima kasih baca, Assalamualaikum.



Read More...

Friday 17 June 2022

Disini tanda kenangan.

New chapters
Rawang Bypass. 
19may2022. 

Ciptaan Tuhan yang amat sempurna. Alhamdullilah terimakasih Allah kurniakan pancaindera yang sempurna, nafas yang baik serta daya ketahanan dan daya pemikiran yang amat kuat. Alhamdulillah Ya-ALLAH. 
U&me
Yallah cantik ciptaan Mu Yang Maha Kaya. 
Jalan berbatu-batu dan tinggi. 




Read More...

Friday 28 January 2022

Makan-makan.

Assalamualaikum.
Haihh ada yang theraserr ke?? Hahaha harap bersabar, kalau terasa bermakna semua itu cerita benar belakee. Kenapa nak mengeluh tunjuk protes, lex lex sudah hihihi. Aku ni tak suka block org, tapi bila dah block tu menunjukkan aku hampir ke garisan 'membuang' kalau dulu light light jela kau.. Kau.. Ku hidup ku..

Dulu pernah aku cerita. Segalanya semua dia, dia dah menang, dia lebih, dia lebih kaya dari aku, dia lebih bahagia sampai suami layan bak puteri cebokan segala bagai, segalanya cukup lengkap hidup dia.  Sangat beruntung. Aku dah nobatkan dia pemenang, dia paling beruntung dia paling bertuah dan dia paling cantik. Tak payah bertanding apa apa acara dengan ku, kau juara tampa bertanding okey. 

Tidak ada sedikit pun aku merasa hidup aku dgn dia penuh dengan kebencian dan kedengkian. Aku  memang jenis tak dapat feel 'dengki', tak sampai feel tu sejak dulu tak tahu kenapa, bukan pada dia tapi pada orang lain sama. Kalau ada perasaan tu dah lama aku lawan. Tak lawan sbb dah takde perasaan dengki dengan meningkat umur ni malas cari pasal, itu satu. 

Kalau betul aku salah say yes, dan mintak maaf aku begitu. Bukan ganggu hidup org, dan baling batu sorok tangan than tuduh orang dengan macam macam andaian merasakan diri semua betul, orang lain salah. Muhasabah diri, sudah-sudahlah. 

Maafkan ku kalau kau rasa aku yang salah. Ia semua salah aku kerana tidak dpt melawan segala acara dengan kau tidak dpt melayan kau sepenuhnya, tidak dpt say yes apa apa pendapat kau, tak dapat ikut rentak kau, ikut idea kau, ikut kata-kata kau, tak ikut fashion style kau dan lain lain lah. Sorry ya aku lebih suka jadi diri aku dulu kini dan selamanya. 

Tapi kenapa kau masih mencari aku kalau dah tak suka aku.. Kenapa masih mencari aku kesana kesini kenapa kenapa kenapa?. 

Kalau kau rasa bersalah apa yang kau buat pada ku. Be yourself, datang kita chit chat. Tapi nak juga aku tanya kenapa masti kau 'meniru kehidupan' aku. End-up kau salahkan aku haiihh.. 

Tak ada benda bgi aku kalau kau dah ada perasaan bersalah, dan keegoan kau hilang dan terdetik hendak smooth kan keadaan datanglah aku nak tau penjelasan kau. Dan Takdenya aku tetiba mengamuk marah kau tak tentu pasal disebabkan hati kau dah belajar untuk berubah. 

Ok
Kita beralih ke cerita lain.... 

Hendak dijadikan cerita keluar lah kami ke gua batu eh! aku ya bukan Mas, dia sememangnya kehulu kehilir. Tapi mujur ada juga hendak melayan selera aku. Dia bawak, dia drive, kereta dia, tol dia, minyak dia, lanjee pun dia kekeke. Syukur dapat kawan macam dia, next time aku lak lanjee oh ya btw kami memang buat system penggiliran bab lanje lanje ni tapi bab transportation of couse la kereta dia haha.
Bersama Masyitoh Mat Radin, Ito. 


Yang disebut dia dia tu, ini tuan badannya Masyitoh Mat Radin my friend. Tq baby setia bersama i walau dimana berada tehehehe. 

Orang kuat Aeon credit service Rawang okeh! Haha. 

Mestila nak juga. Kenny Hills Bakers, Bukit Tunku KL. 
Ok sambung lagi starbucks coffee, but no coffee i like chocolate frapocino so yummss!

Sebelum balik apaa lagisssss singgah shopping kt Wangsa walk sempat rembat dress sehelai, korea bloouse sehelai dan pallazo skirt dua helai u&me i lanje u. 

 
Sekian, salam saiiyangg. 



Read More...
Tutup Lagu