Friday 6 January 2023

Anak lelaki sungguh.

 Rokiah gojeng kembali.

Soalan selalu ditanya 

'Mami ada card credit tak?'

'Mami can tu get something fun for me,

I need fun.. Just fun'.

Mami, Why fluffy (kucing) Male?

'Mami kenapa baby kecik tu dia minum susu saja tapi dia berak, berak kan untuk makan?'

'jauhnya rumah ma tok ni, dah tidur dah makan pun tak sampai² lagi'. 

Hitu solan KBAT anak kiah yang paling kecik sorang 6tahun(2017) yang sederhana besar 7tahun (2018). Rasa dua ini paling kecik dah, yang dua lagi paling besar pasal dah macam-macam kerja dorang boleh buat maka kiah kategorikan besar dah bersunat kira bujang la tu. 

Kemana-mana sekali pun dua orang ni tidak ditinggal, hat besar tu dah pandai brdikari takde dahla nk kepit celah tiak mak lg. Tinggal kat rumah dorg boleh masak-masak tak heran dah maknya kemana-mana. 

Kiah memang training dorg buat kerja rumah. Semua... semua dgn Appak dorg sama kene buat nk harap kiah sorang ja perempuan boleh mati kantak(frog) kiah kerjakan sorang. Sendiri makan, sendiri basuh. Sendiri baju, sendiri cucun cucun. Sendiri buku, sendiri kemas haa gitu. Begitu jua dgn kecik duo orang tu kene jgk tak boleh lari kiah kejar hahaha. 

Pada pandangan kiah lah apa yang kiah nampak dan belajar dari didikan mak rokiah. Anak anak yang pandai buat kerja rumah ni disebabkab ibu bapanya rajin kerah bkerja auto mereka rajin. Tak caya cuba mendidik ajaran Rasulullah, Kiah tak pandai pun masih belajar kita sama-sama belajar ok.

Selasak lasak anak orang lasak lagi anak kiah. Alhamdulillah tanda ank-anak sihat otak cergas, buat lah apa kt rumah jangan sampai mengundang bahaya ja . Lama dah jadi telinga kebal.. Mulut pn dh penat nak berleter. Tahun dua ribu dua puloh tiga ni sudah surrender mulut nak bising- berbisa anak-anak pun dah boringg dengar ayat sama tiap hari. Lani kita main jari je, tunjuk je terus dorng buat haha.. Paling mudah dan berkesan orang kata wahahaaaaa.

Strugglenya menjaga anak laki ni. Apa yang kiah nampak tak sama langsung discipline dgn anak perempuan. Perempuan ni ckup tiga kali ingatkan mereka sudah ingat dan buat, klo lelaki selagi tak ckp sejuta belum tentu dia buat haha. Eh yeke? Anak kiah begitu lah. Anak orang lain rokiah tak tahu eh. 


 






Ada anak lelaki senang juga blh passing kerja berat. Tidak kecuali la anak perempuan juga, harusla menggurus dapur korangkan.. Kiah tak tahu juga pasal tkde anak perempuan. Tapi kisah dorg ni sama je laki ka perempuan realitynya mendidik anak zaman Now² ni sangat tercabarnya hmm..

Semoga anak-anak kita berada dalam lindungan Allah swt..dijauhi perbuatan yang tidak baik ameen.

Kla rokiah out dulu, En somi ajak dating makan makan.. Dadaaaa.. 

Assalamualaikum. 

Tetiba rokiah pulak eh.. Terjebak². 

Read More...

Tuesday 3 January 2023

2023.

 Assalamualaikum.

Sebelum i membuat sebarang karangan panjang lebarnya. Ingin diucapkan :

Selamat menyambut tahun baru 2023
Semoga tahun baru memberi semangat baru, lembaran baru, kehidupan yang lebih baik pada semua dan ampun maaf dipinta jika ku berlantang suara, tercerita, terngumpat, tergigit, termakan tau apa apa sahaja membuat hati korang terasa hati tiada manusia yang sempurna. I hanya manusia biasa haa gitu. Selamat hari Raya hahahaa. 

Well. I doakan semoga korang dipanjangkan usia makin brusia hidup makin manfaat, diberikan kesihatan yang baik, brkasih sayang, dipermudahkan segala urusan dipemudahkan segala keshulitan. Aaminn. 

Terimalah dari Rokiah gogeng untuk mu hahaha.. 




Setiap ujian Allah bgi semua berbeza-beza
Dan setiap ujian itu ada ikhmahnya. 
Kalau orang lain diuji dengan  kesusahan 
Diuji dgn kemewahan
Diuji dengan cinta
Diuji dengan perpisahan dan KAMU Allah pilih untuk diuji dengan datangkan manusia yang bermacam macam karenah. Dan semua diuji yang Dia beri atas satu asbab yang sama Allah nak kamu kuat. 

Salam 2023.


Read More...
Tutup Lagu