Wednesday 9 September 2020

Bongsu.

 Assalamualaikum.


Betul org cakap sibongsu dilayan lebih dari yang lain. Lagi lagi tuan badan manja yang hamat sampai aku  sudah letih dengan peel entah hapa hapa. 

Habak mai Muhammed Aqeeb Raaqin siapa tidak kenal dalam kaum keluarga memang terkenal dengan rambut megie ala ala megie extra hot. Curly, colour rambutnya mengalahkan emak sendiri originally. Dari mana terkenan pun aku tak tahu.

Rambut dia. 


Susuk tubuh yang halus, ragam maja maja seringkali bapaknya lembut hati dan keutamaan diberikan kepada dia, bongsu anak last katakan mujur yang lain memahami mengalah dan pandai pula memujuk ikut rentak mood dia.  Aku? Memang tak layan hahahahaa.

Bongsu dikatakan anak kesayangan. Bukan yang lain tidak sayang, sayang yang sama ratanya tetapi yang paling terakhir ni feel dia ni lain sikit. Laki aku suka guna perkataan ini 'adeeek manja' memang dibuat mcm teddy bear tinggal bini dia selagi teddy bear dia belum lelap kan mata.

Dilahirkan 20April  2017 genap tiga tahun 5bulan. Jangan terkejut belum cerai pempers  tidak seperti Abang Ayash genap dua tahun pempers susu sudah diceraikan. Bila popo rau syusyu cepat cepat dia datang kat aku menerangkan begitu begini sakit eyut minum banyak air. Mungkin asbab perkataan bongsu membuatkan aku lengah-lengahkan yelahkan selepas ini tidak la kami memborong pempers lagi, tunggu cucu cucu la pulak kan hahahaa. 

Kerana dia juga aku belajar jdi super duper sabar karena peel dia manja yang amat tidur wajib dilengan aku, bangun tidur wajib aku ada dalam rumah jika ketiadaan aku tau dia tercari segenap rumah, walau aku sesaja nyorok tepi mesen kering baju. Saja nak bagi kecoh hahahaa. Nangis dia bisa gemakan rumah.

Bongsu aku. 









Read More...
Tutup Lagu