Monday 6 January 2020

Sekolah.

Assalamualaikum.

Tengok Fireworks kat mana korang? Hehehe aku di rumah aja sbbkennn ank ank semua mintak bantal so kami laki bini lepak depan rmh brdua duaan berpegangan tangan kekekeke.

Alhamdulillah segalanya dipermudahkan. Hari pertama persekolahan salah sesuatu cerita baru pada Aryash ank teruna yang ketiga.

Kisahnya hanya suka suka aku mohon prasekolah. Actually dia baru cecah 4tahun pada tahun ini (8 January 2016) .Tapi KPM mengira 5tahun disbbkan lahir awal tahun. Dalam kotak fikir an aku kalau dapat pun aku fikir dan timbang tara kalau tiada rezeki untuknya aku mohon tahun hadapan dimana umurnya genap 5tahun. Kesian dia kecik lagi  nak nak belum pernah bersekolah dimana mana.

Memang pasang angan angan hendak menyekolahkan sebelum dia sekolah PRA tahun ni tapi hanya buih mulut aku yang bersungguh berucap tapi tindakan laki aku hanyala silent. Baik, aku faham dia masih belum ingin melepaskan anak dia. Hhum.

Kini..... bermula episode cerita pabila permohonan aku diluluskan. Syukur, tapi aku pulak yang rasa tidak bersedia hahahaa. OK kita 'go' saja lah dah alang Alang mintak dapat tu.
Alhamdulillah.. 

Akan tetapiiiii..... Sekolah yang aku mohon itu jauh dari rumah dalam 3km dari rumah dan bukan sekolah yang sama dengan abang abang dia. Target aku memang aku hendak mohon sekolah yang sama tetapi berikutan kata kata Cikgu Prasekolah  Cikgu Lela penyampai maklumat aku tu, dia menyuruh aku mohon mengikut 나룰리 (동안)Instinct kalo mintak sangkut itu rezeki tiber keluar Korea Hahahaaaaa. OK sambung.

Aku fikir kalau aku mohon prasekolah abangnya dulu kemungkinan permohonan ditolak disebabkan ramai yang memohon rata rata yang mohon pn kawan Kawan aku jgk hahahahahaa.  So aku ambik langkah selamat memohon sekolah yang berada jauh dari rumah.

Instinct aku tepat. Bila prasekolah yang terdekat tu padat dgn permohonan sehinggakan permohonan anak kawan aku brumur 5tahun pun tidak diluluskan. Kelas ada tiga tapi satu kelas sahaja untuk 5thn dan permohonan untuk Lima tahun sudah lebih dari 80 permohonan. Maka ditapis tapis hanya 25org sahaja layak muat satu kelas. Jika aku mohon prasekolah yang terdekat a. K. A sekolah abg aqilAryan rasanya peluang agak tipis.

Pada  hari lapor diri prasekola.  Niat pn layan je lah tidak ada bersungguh mana pun, sbb keputusan siapakah yang hantar dan siapakah yang menjemputnya belum diputuskan dan bertambah bila aku tidak yakin dengan umurnya. Ikutkan hatiku memg  awal awal dah surrender seram Tengok keadaan jalan dan aku belum ada kekuatan sandang tanggungjawab tu wahahaa.

Jemmed, Loaded sendat dan padat, tiga buah sekolah berdekatan dalam satu kawasan, yang agak sempit berhadapan jalan yang besar.. Parking memang out lah!
'kalo ayash blm bersedia ke sekolah pn tak pe la yash, mami bt homeschooling je tak snggup nk ambik hantar.

Maka berjalan lah kami meluru ke pagar sekolah dan sedang aku memimpin tangan aqeeb, dedi pimpin tangan ayash aku bercakap' ayash mami rasa, mami tk blh la nk hantar ayash, ayash dok rmh jela mami bt class bt homeschooling'. Tetiba laki aku berkata 'tk pela syg, ayg ambik anto naik moto nti.. Hush lega weih bila dikabarkan begitu selesai satu bab.


First day growing happy alhamdulillah. 
 Yang merisaukan aku lagi dia tidak pernah ke sekolah tidak pernah masuk dalam kelas tidak pernah berada dalam situasi tersebut. Hanya berkata 'yash nk skolah pra'. Semangat tu ada, keingian pn ada cuma I isrisau. 

Tahun 5, 5tahun, Tahun 3 dan 3tahun (tiada dalam gamabr) 

Sedang berkumpul untk ke kelas. Kelas jauh.  kiri kanan, kanan kiri terusss, belok kanan balik baru sampai haha.. 

Intai dari jauh.. Sampai je dalam pondok tempat berkumpul ni, Terus tegur kawan tnjk botol air beg sembang sembang. Alhamdulillah dia boleh bawak diri. Sampai rumah pun dia happy tapi lps antar aryan skolah agama, dia bantai tidur sampai asar ngantuk katanya..

 Tahun depan dedi planning nak hantar  skolah swasta pulak, mami planning nak hantar prasekolah abang abang dia senang dekat. Apa apa pn ank berhak Mendapat pendidikan terbaik kan btl tak? 

Hari kedua. 
Bantai tidur pukul 10bru bangun hahaha. Mami it's OK awak masih dalam pembelajaran. Yela pengalan pertama, umur pn baru 4tahun. 

Dan hari ini dia.. 
Bersemangat macam hari pertama. Breakfast pakai stokin sdri pakai kasut sndri. Semoga awak begini sampai hujung tahun. 

Sorry gambar geg.  Jadi la bt kenangan kt sini. Dh besar nnti ank ank buka blog mami ya. 

Lega dia pandai bawal diri. Whstup dari Cikgu kelas. InshaAllah mami nk bt small party bufday dia nnti 8.1.2020 bg dia seronok ke sekolah doa kan berjalan dgn lancar. 

Ada jua aku update status wstup pasal 'umur baru 4tahun, mask prasekolah 5tahun' ramai yang PM tepi tanya knp knp knp.. Huhu. Kisahnya seperti diatas (lahir awal tahun) dan tidak kurangnya ada yang memuji katanya beruntung. Klo difikrkan logik mmg untung brsalin awal tahun ni anak anak cepat belajar yela kan ayash 2tahun dah pandai mengeja mengena warna huruf dan numbers cuma aku rsa dia masih kecil untuk dialami zaman persekolahan.

 Tapi KPM itu lebih banyak mengkaji dan lebih banyak pengalaman bermakna kita hanya menurut perintah dan follow the rolled apa yang ditetapkan oleh dasar KPM. Mungkin itu yang terbaik untuk anak anak dizaman modern ini. 

BTW aku masih belum  moved on issue Menteri Pelajaran yb.mazslee meletakan jawatan sebagai Menteri Pelajaran Malaysia. Sedih hiba mcm mcm perasaan tapi Apa apa pun prjalanan hidup kita tetap berjalan seperti biasa. 

Abg aqil dan aryan. Alhamdulillah dorg dh besar memahami, kerja kami laki bini makin mudah. Kami tinggal je adik adik bila kami berdua pergi joging setiap ahad. Syukur boleh diharap. 

Dan kini mami tinggal berdua saja dgn adik aqeeb manja manja. 

Sekian. Terima kasih baca, ada masa nk update psl brsunat.. Wajib update. 














Read More...
Tutup Lagu