Thursday 21 February 2019

Gembiranya Hatiku.

Hello, tajuk tak boleh go on hahaha hada makcik kesah.
Alhamdulillah segala dipermudahkan dihari rabu tiada ketakutan dan kerisauan lagi,  Aqil telan pun hadir semua kegiatan disekolah(sekolah kebangsaan, koku terus sambung sekolah Kafa) dengan penuh jayan tiada rugutan macam tiada apa-apa berlaku.
adik badik. 

Rabu juga aku tinggalkan dua ketui tu bersama pengasuh gantian(suami)dan aku berdenting my frends forever love - Mas, walaupun sudah lama aku mengenalinya zaman Aqil 3bulan dan dia belum berkahwin lg, aku  rasakan diri aku sekecil semut mana tak hi tea bersama pengurus Aeon Rawang bukan calang orang highclass weii!!!!!! aku hanyalah..... tetapi dia bukan Sejenis manusia meletakan dirinya setinggi langit, dia yang sangat low profile satu kepala yang boleh ajak melepak, sembang mambang merapu meraban dengan aku yang kepala gila-gila ni haha.
   
           
gila! masing-masing tudung senget hahaha

Setle pos barang. Aku ngadu, yang aku ngidam cendol durian lalu ditariknya tangan aku ke Old Town White Coffee. Dicarinya buku menu 'tak ada pula cendol' katanya, takmengapa u Choc mint pun boleh gantikan cendol durian tu tu balas aku kekekee jangan tolak rezeki hahahaa. Memang kewajib dia yang lanje bila kitaorg berdentingg, alhamdulillah Kami bahagia bila bersama hahahaha. Macam cam issue kitaorg sembang  dari anak, kecantikan, kehidupan sehinggalah kongsi idea, sesama tergelak gelak entah apa-apa sehingga aku terbabas hendak mengutip anak kt sekolah. Aku call  kakEja kawan taman minta dia tolong angkut Aqil Aryan dan hantarkan tempat ngaji btw anak kakEja ngaji sesama dengan anak aku so aku pickup ank aku kt tempat ngaji je. Sebelum balik sempat shopping kat watson.

Naturals dari watson memang best namatey. 

Khamis. Keinginan makcik cendol blm mememui cendolnya sehingga berulang kali aku cerita pada suamiku pasal cendol menyendol. Tidak berbalas apa apa hanya diam seribu bahasa. Okey aku faham, makanya peluang menyendol menipis la kennnnnn.....

Semasa kakMurni- kawan taman aku datang kelah kelah dirumah aku, bawa makanan sendiri sendri (kami mmg macam tu makan sesama ayat kelah kelah) laki aku call mengatakan bersiap siap lps antar Aryan Kafa kita pergi Tasik Puteri makan cendol. Wah!! dendiam dia faham jiwa aku haha.
Sebaik kakMurni melangkah keluar pintu,  laki aku Sampai cunns sangats. Solat dan antar aryan sekolah kafa lalu ku dibawa makan cendol durian. syok.

cendol musang king, so yumps!

Eh minggu ini gembira sakan menggantikan minggu sebelumnya tangan aku hampir berketak menyental baju sekolah anak-anak. Berus berkuasa tangan okey! Tiga helai tiap seorang baju sekolah kebangsaan dan empat pasang seorang baju sekolah Kafa sepasang baju unifom PBSM ngam ngam 20helai ku sental. Puas hati! Bepeloh merecik jugakle den betapa dalam bilik air tu. Baju aryan paling teruk seiras rojak campur nak² bahagian siku dgn lutut supe duper kelabu. Aqil, aku tk kesah sangat sebab pembersih bab pakaian. Kerjaan sebulan tiga kali harus aku lunaskan, mata aku tidak mampu melihat baju sekolah kurang bersih bila dimesenkan dalam mesen basuh.
itu dia, melecet sampai berketak lengan aku hahaha. 

Allah memberikan pula kau merasa sesuatu yang kau suka setelah penat lelah kau digunakan seikhlasnya. 

Maceh sudi membaca, jumpa lagi bila aku terasa hendak menggarang dan bila aku punya masa yang sesuai.
Read More...
Tutup Lagu