Thursday 2 April 2020

Selamat Hari Jadi

Assalamualaikum.

Bangkit dari tidur dapat morning kiss dari suamiku lalu dia ucap 'happy birthday sayang'.. Aku dengar cair weih hahaha sweet gakla laki aku ni. Sepintas lalu aku balas 'nak cake, nak ayam mcD' dia balas 'ok'.

Syukur alhamdulillah Allah memanjangkan usia sampai angka 35tahun. Terima kasih Allah. Terima kasih keluarga, teman teman tak lupa juga pada Ma aku yang susah payah mengandungkan aku, membesar kan aku serta memberikan kasih sayang yang cukup pada aku.

Sungguhku brsyukur padaMu dikala Mu mengizinkn umurku Sepanjang ini. Memudahkan segala urusan ku, memberikanku rasa kasih sayang, rasa nikmat dibumi. Mengizinkan ku melakukan ibadah, membuka hatiku untuk bertaqwa padaMu, membukakan fikiranku untuk sentiasa positif matang dalam segala hal. Menjentik hatiku dikala aku akan terlupa Mu. Mengejutkan aku ketikaku tidur untuk bertemu dengan mu. Menggerakkn hatiku bila aku melihat kesusahan orang lain. Yaallah terima kasih nikmat ini, Aku brsyukur ke padaMu. Terima kasih Allah.
Aku yang belum sempurna, tapi aku masih belajar untuk sempurna. 

Tahun sudah sambutan hari jadi kami (laki bini) mesti akan bercuti tapi sebaliknya untuk tahun ini.. Tak mengapa, asalkan semua dalam keadaan baik. Brsyukur awal tahun hari tu Ensuami bermurah hati membawa kita bercuti diPerak kebetulan kami menghadiri majlis perkahwinan sepupunya. Kira 'same same' tolak tambah yang itu jela kan. Tak mengapa mungkin ada rezeki lain selepas ni. 

Luch tadi suami aku bawa balik seperti aku minta. Kek dan mcd. Alhamdulillah dia banyak melayan kehendak bini dia seperti selalu Hahaha.

 *Bifday girl katakan*

Card dari anak anak.

Syukur Alhamdulillah. Terima kasih Allah.

Happy birthday to me
020485-020420
Lovefiey
Read More...
Tutup Lagu