Friday 29 May 2020

Minal 'Aidin wal-Faizin

Assalamualaikum.

Amacam raya tahun ni? Aku?aku? tidak seperti tahun sudah, lebih banyak fokus beribadat, decorations rumah dan biskut raya sahaja. Korang dapat bayangkan tak duit raya pn lupa nak tukar kami hanya transfer tranfer sahaja untuk keluarga yang Tersayang. Dan dalam sejarah Baju melayu All my hero hanyalah brbaju kemeja jeans hahaa. Aku? Aci dak?? Hahahaha Tema kuning tenun songket beli kt pasar Siti khadijah, Kota Bharu bulan 12 tahun lepas. Aku tempah jahit jadikan baju kurung moden kain ala ala skirt kembang. Aku suka tenun aku suka batik chanting aku suka traditional, tua tua ni aku lebih pada klasik. Aku tak minat baju yang brand gah lagi kegilaan ramai, tak minat langsung dari dulu tak tahu mengapa mungkin aku simple simple aja tidak memandang pada jenama dan ada saja tak kene dgn jiwa aku yang cerewet kekekeke. 


Persiapan biskut raya aku buat sendiri kali ini. Aku cuba berani kan diri mengadun sendiri, beli pun ada. Cheer up lain macam nak nak anak anak membantu terhasil berapa jenis coklat chips versi famous Amos kata adik aku, almonds cluster, bubble rice choc, Chopped almonds choc, kuih ros, almond landon, cis tart filling blueberries dan nutella. Now dah 6syawal sudah licin yang dari tangan kami. Anak anak seronok kalau ikut kan hati mau saja aku beli macam biasa. Tapi berkat aku ambik semangat hilang rasa letih. Pukul tiga pagi aku dah bangkit buat apa yang patut dan terus ke dapur usai sahur sambung buat biskut dengan anak anak. Tapi berbaloi kami sasama kerjakn dapur. 

Dan lepas waktu berbuka part kami laki bini pula mendeco rumah cat, panelling waincoting, batten hampir jam satu atau dua pagi aku baru lelap mata selama tiga hari untuk siapkan doco rumah, maka dalam tiga hari itu aku hanya tidur sejam dua sahaja. Memang busy sangat wakkkk.. dan juadah berbuka tiga kali aku off dapur. 

Syukur sangat tahun ni dalam keadaan negara kita belum pulih dek cik cona, (corona) kita msih lagi diberi peluang untuk meraikan hari raya walau tidak macam tahun sudah. Tiada yang cacat celanya. Raya bukan terletak pada baju raya, handbeg raya, kasut raya, tudung raya, makeup raya, tudung raya, biskut raya. Yang penting contance sebenar raya itu 'mengerat kan jalinan silaturahim' tu yang sebenar meraikan. Walau tidak dapat pulang ke kampung seperti sediakala tapi aku masih lagi bersama keluarga belah suami aku yang tercinta. Ikhlas jujur aku katakan aku mahu satu ikatan silaturahim yang erat itu sahaja. Alhamdulillah keluarga belah suami aku tidak ada yang kurang semua baik baik belaka. Syukur pada Mu Yaallah. Rezeki aku dikelilingi kedua dua belah keluarga, aku dan keluarga belah suami yang saling sayang menyanyangi satu sama lain. OK sebak sebab aku sangat rindu pada mereka semua. Belum puas aku bersembang semasa hari raya pertama suami aku dah ajak balik atas untutan kerjanya huuu. Mintak maaf aku tidak dapat bersama korang lama lama teringin nk sembang gurau senda gelak tawa, bergambar raya bersama apakan daya  aku hanya menurut arahan. Agak masam muka aku tika itu. Maafla aku tidak dapat mengawal.. kesuntukan masa nak nak pada aku awl awl jumpa 'lambat panas' malu malu dan terfikir nak sembang apa, nk mencelah apa so situ aku dah buang banyak masa!. 

Ok Sebelum sampai ke rumah selepas pulang dari hulu langat kampung suami aku. Misi mencari ayam bermula. Sudah tiga hari aku mencari ayam tidak jua ketemu. Niat dihati ingin menikmati  juadah dipagi raya bersama  nasi hujan panas, ayam masak merah bulu ayam pun aku tak nampak apatah lagi seko ayam penangan panic buying musim syawal,tak pasal menu hari raya nasi goreng planta je dan ada la sedikit menu lain yang aku tempah. Its OK nasi goreng pn sodap hehehe. 

Juadah raya kedua soto ayam anak dan suami suka, masak satu periuk besar pun laju habis aku goreng soun lagi macam keretapi. Tetamu aku selaku adik aku pun suka, masak dengan kasih sayang katokan.

Juadah raya kedua aku Sempat melaksa kali ini kegemaran aku dan anak anak tpi tidak pada suami aku kekeke. Tapi jamah jgk la dia walau sedikit. Raya ketiga empat Lima dan hari ini off dapur aku nk rest puas puas. Dan aku dh mula berpuasa dua niat jadi makan seadanya.. Tu saje la nk cerita, terima kasih baca.. Macam malas pulak letak gambar boleh tk?. 

Dikesempatan ini aku ingin menaipkan

 selamat hari raya maaf zahir Dan batin buat kenalan. Maaf sekiranya andai aku melukakan hati korang semua, Aku manusia yang lemah manusia yang tidak sempurna tetapi belajar menjadi sempurna. Aku hanya mahkluk Allah dan Allah sebaik baik kebesaranNya. 

Assalamualaikum. 
Salam 6syawal 
Love fiey. 


Read More...
Tutup Lagu