Wednesday 17 August 2016

Kerjaan Suri Rumah.

Assalamualaikum.



Apakhabar semua, Salam Bahagia.


Seronok bila difikirkan kerjaan suri rumah hanya tidur, makan, update status IG mahupun FB godek hanfon dari pagi sampai  ke malam, makanan didepan mata, rumah dikemaskan, anak-anak ada yang hantar ambilkan, tidur petang bawak ke magrib sehinggakan cebok untuk budak usia 7bulan ada yang settlekan memang beruntung bukan?.

Setiap hari jam 6.00pagi, aku sudah  mula bangkit  mandi siapkan sarapan dan bento aQIL ke sekolah. Bab kejutkan siapakan aQilAryan aku serahkan pada suami sejujurnya dia yang pakar.


Jam 7.30pagi selesai sarapan, suami mula melangkah keluar rumah bersama aQilAryan bersalaman kiss pipi kiri kanan, lambai melambai.


Rutin harian pertama menyapu, mop dan kemas hujung sana hujung sini atas dan bawah. Selesai segala mencuci menggemas part berceloteh dengan Ayash mandikan bagi makan dan sebelum dia mengamuk hendak tidur aku harus siapkan kerja rumah yang masih lagi berbaki.


Tepat 11pagi. Apron aku sarung. Masuk bahagian masak-masak ni aku sudah mula an improvement. Ecekeli sejak kawen tak berapa pakar selain makanan yang aku suka, cara masakan Jawa minang dan Selangor mempunyai cara yang berbeza berbanding cara masakan Kelantan. Bila sudah 4bulan pemegang jawatan suri aku belajar masak cara Jawa, Minang dan masakan Selangor ni dimana keturunan suami aku. Puas hati tersenyum bahagia bila penat lelah selama setengah hari melihat anak-anak dan suami makan bertambah serta memuji  hihihiii.
Amat jarang sekali aku membeli lauk siap masak dikedai, dapur aku tetap berasap walhal hanya telur dan nasi sahaja.


12tengah hari. aku sudah mula kemaskan diri bersiap-siap menggambil aQilAryan kt sekolah.
Jam 2.30petang selepas makan tengah hari hantar aQil sekolah agama.

Jam 3petang, solat mandi kemaskan dapur. Jika selesainya awal tidak juga daku tidur ada aja yang hendak ituini ketika sedang berehat. Aryash kurang tidur hendak besar main ja kerjanya, melayan karenah AryanAryash membuatkan mata aku tidak boleh hendak lelap. Bertuah benar kalo dapat lelap walau 5minit.



5petang. Aku bersiap-siap jemput aQil sekolah yang hanya sejangkal kera aja, dekat.
melepaskan anak-anak bermain diluar rumah selama 1jam tepat jam 7malam kerah aQilAryan mandi part ni suami aku yang mengambil alih sambil-sambil aku siapkan menu makan malam.

Selesai makan jam 8.30malam aku atau suami akan off Tv sesi  melayan karenah anak-anak sambil mengajar AQilAryan menyiapakan home work. Tepat jam 10malam kami semua bergelap dan mengambil tempat masing-masing dan get ready untuk tidur.

sekian, rutian harian aku selaku suri.
House Manager At Aifihome.
Entry sudah lama ditaip aku belum sempat hendak publish..




No comments:

Post a Comment

Tutup Lagu