Thursday 4 August 2016

Rumah Terbuka.

Woit Woiit belum habis raya laa...


Assalamualaikum, Selamat pagi.

Tiap minggu bagaikan tetamu VVip, ada saja jemputan ke majlis.
Minggu awal selepas raya dan satu hari selepas sampai dari kampung.

 Rumah pertama Mastura Abdul kawan ILPKL musuh kedua dalam cerita sinetron wahahaaa..[hanya ko saja yang tau, aku tau ko baca ni hahahaa]

Majlis perjumpaan reramai begitu 'riuhrendah' dengan tawa menggilai, manakan sudah berapa tahun tak jumpa kecuali Mas situan rumah. Hidangan nasi menjadi makanan utama dan aku sudah berapa kali merasa masakkan Mas ni. Mami 2boy ni memang sorang yang rajin masak, pandai segala hal. Oh dia pun seorang house manager like me. And also macam-macam cerita kami kongsi bersama meluahkan pendapat dan paling best dia pun mcm aku juga satu kepala. Kaki Menggilai.


Aku gelarkan 'Geng istoli disayang shomi' hahaa


Minggu Kedua

Lawatan sambil merapatkan silaturahim antara kaum keluarga.
Rumah adikberadik belah Dedi.

Kakak, dan Adik lelaki  Dedi menetap kawasan Kajang, Selangor. Maka kami pusing situ-situ aje satu hari tu.


Malam Hari yang sama. Hari yang ditunggu keterujaan hendak ketemu kawan-kawan [macam aku pulek yang berkhidmat disitu hahaa]..OpenHouse,open officela namanya dipejabat Dedikan.
 Meriah habakHang. Dengan menu segala macam tapi aku tak sempat nk merasa satu persatu asik memborak dengan kawan sepejabat Dedi dan isteri-isteri kawan Dedi.
Bergelak tawa bertegur sapa dengan gosip terhangit knasss, hehehehe.
 Pelbagai acara dipersembahkan oleh staf, ada karaoke hariraya, percikan bunga api, main bunga api dan acara pembahagian duit raya pada anak-ank staff.


Salah sorang staff selaku kawan aku berlawak 'awak, mcm awak pula tuan rumah' mana tak nya aku baru nk mnyuap kuih ke mulut ada aja datang bersalam, Kebanyakan isteri-isteri staff lebih mengenali aku, Aku tak tahu mengapa.


Minggu Ketiga.

Salah sorang 'geng disayang shomi'
Deja. Sri Kembangan

Sebelum ke rumah Deja ni, aku sudahpun kekenyangan melantak kambing bakar akikah dirumah kawan Dedi. Sudahla kenyang mengantuk pulak tu. Masuk dalam kereta zzzaaap tidur! Nak dekat sampai rumah Deja baru terjaga dengan hujan renyai-renyai perut kenyang kereta goyang-goyang hihiiii faham sajalah.

Menu utama, Spagatti bolognese. Memang kegemaran kami le jawabpanya 2mangkuk besau jgla aku melantak,sedap! huahauaua.



Kami, antara sebahagian yang hadir. Tuan rumah bertudung hitam.
DARI KIRI baby,aku Marina sinetron1, Mas Sinetron2 dan Deja.

Pelakon dalam sinetron ILPKL tahun 2003.
Lucu la cerita tu, hanya kami. huahahahaa

Minggu ke4 Sabtu
Dirumah sendiri.

Dari awl aku minta maaf ,Bukan tidak mahu jemput. 
Sudah lama menyimpan hasrat untuk buat open house sempena Dedi memperolehi 'sesuatu' yang amat dedi hendakkan.sempena selesainya dengan keadaan selamat pembedahan perut Ummi[makdedi], kawan aku sebahagian kawan dedi ada bercadang ingin menjergah teratak buruk kami. Buat sekali jalan. Alhamdulillah semua lancar dengan izin Allah. Tampa mengjemput saudara mara kedua-dua belah. Demi menjaga hati masing-masing. Yela kami ingat yang telantar sakit, Takut pula ada yang terfikir akan kami bersura ria. Tak best pula kan, bukan majlis yang riaria pun.

Majlis memang sederhana,simple dan begitu minimum dari segi makanan,dan para tetamu. Memang itu kehendakkan kami [gambar tiada dalam simpanan] Makanan pun tempah, aku hanya potong tembikai dan sediakan air sirap huahaauahuaa..




Minggu ke4, Ahad.
Ke rumah Ex office, Ampang.

Tujuannya sebenarnya ke Hospital Ampang ziarah ummi, Selesai ziarah kami ke rumah Maniha.
Menu Nasi Ayam hainan, bukan nak makan sangat pun. Tujuan utama kunjungan kerumah dan melayan anak gadis  maniha yang soarang tu, Narmi Azianna. Comel petah bercakap.

Gambar atas rumah Maniha, Lelaki tu, ex bos kini kawan baik aku.
Gambar bawah diteratak kami. Maniha sebelah aku, dan Narmi.


Raya kali ini banyak mengajar aku tentang 'SILATURAHIM'.  Eratkan Silaturahahim tak kira sanak saudara, kaum keluarga atau kawan-kawan. Kunjungan rumah ke rumah bukan semata mata untuk bersentap kenyang tapiiiii tentang 'SILATURAHIM'. Tahun depan kita jumpa lagi InsyaAllah. Selamat Tinggal Syawal.
US.

No comments:

Post a Comment

Tutup Lagu