Wednesday 20 July 2016

Bahana Kumpulan WhatsApp.

Adeii dah Rabu erkk... Kejap saja satu hari bawak ke jam bawak ke hari lain pulek.


Salam ceria, Assalamualaikum.


Baru saja sampai rumah dari sekolah AQil ambik cop pengesan untuk tadika Aryan untuk tahun depan InsyaAllah mudah-mudahan ada rezeki dan permudahkan segala urusan.


WhatsApp atau What's Appication sinomim menggantikan massange dimana ianya tidak menjejaskan credit atau bill telifon. Satu application dalam fon aku yang banyaknya kumpulan. Kumpulan sekolah rendah, sekolah menengah,sekolah ILP, kumpulan biznes, kumpulan diet, kumpulan bini-bini disayangi suami,kumpulan keluarga kecik, kumpulan keluarga besar. Boleh dikatakan satu hari tidak sah jika fon aku sepi tampa nada dering setiap hari.


Bila adanya kumpulan-kumpulan ni pelbagal issue,lawak jenaka,kabaran dari dari jauh dimana-mana saja serata pelusuk.TAPI yang paling tidak best ada tergolong dalam kumpulan tersebut ambil hati sensitif ada yang merajuk dan ada yang makan sentap. Dan ini berlaku pada aku salah sorang berkecil hati atau sentap la senang cerita.
                                                                             
Cerita hari kejadian rasanya ayat aku sudah tersusun, sudah bertapis mungin punya badan agaknya tengah moody gaduh dengan suami,proid tak teratur barangkali dengan terkejutnya aku dia left group atau keluar dari kumpulan.
Tak mengapa aku maafkan segala apa yang berlalu mungkin aku kasar bahasa.


Aku bukan jenis yang suka pendam,bukan jenis makan hati sangat tapi kene pada tempat jika selalu saja aku hanya mengawal emosi boleh jadi dendam, tapi kalo hal remeh- temeh ni aku tak ambik kesah pun. Bila dah keluar dari kumpulan dan bawak pada  akaun Facebook pula haa'aa ini paling aku tak gemar 'unfrend' sentap bawak ke akaun Facebook pula,Dan dan bawak ke block WhatsApps personal.


Naik hairan dan kebingungan dan aku yakin dia memangnya sudah tawar hati untuk kawan dengan aku. Takpe, Its ok tiada paksaan cuma terkilan dan sedih juga. Urmm bila bermain dengan perasaan emosi dan aku punya perasaan weeiiihh aku pun manusia weeihh  teragak-agak aku 'Block' dari frendlist aku.Minta maaf dan ampun aku perlukan penjelasan detail adakah aku silap tercakap sampai dia mengguris hati??, atau typing aku pada hari kejadian tu sungguh mengguriskan hati?? Sabar saja lah labu.


Masih lagi tergantung sehingga kini jawapan untuk soalan tersebut


Sekian, 12.30 jemput anak balik sekolah. Time buzy...


NotaKaki.. Manusia??? punya perasaan punya emosi
rambut sama hitam punya cantik paras rupa, punya otak berfikir, punya emosi fizannie be strong yea.. Dia sama macam ko punya perasaan.Ampun maaf sekiranya berlakunya apa-apa yang menyebabkan kesakitnya hatimu, tergurusnya hatimu, tersentuhnya hatimu, terkoyak rabak hatimu., Minta maaf bukan kita selalunya kalah. Orang minta maaf adalah Pemenang.





No comments:

Post a Comment

Tutup Lagu