Monday 9 September 2019

Mood deco.

Assalamualaikum.
Selamat bercuti.

Sebagai seorang mommy  kepada empat anak lelaki yang gagah perkasa, isteri kepada seorang anak Keturunan jawa yang hensom belaka perasaan terhadap tatarias rumah tetap menjadi kesukaan biarpun anak lelaki lasak semuanya bukan penghalang.

Jemu dengan pemandangan sama tiap hari hendak juga asah skil yang ada ni walau hendak siapkan kemain memerlukan kesabahan tahap paling atas. Aku bertukar selera kali ini dengan konsep caca merba minimalist dan low costing.

Pada aku untuk bertukar tukar tahun aja deh depan tukar kita lagi warna cat dan mengubah apa yang patut dan akan pakai recycle aja, ubah citarasa pada aku.

Berkoskan sangat minimum mungkin. Aku gigih weih kerja kan dua bilik serentak dan tidak mengambil masa yang agak lama. Pabila mood datang cepat aja siap Fuhhh!!!!

Lakeland yang suamiku pilih, Sea Breeze aku yang pilih cat dari KCC from Korea. 

semasa membikinan dijalankan, cat kene berlapis tiga atau empat lapisan biasa la kan  kata deco low costing. 

Dah siap. 

Tadaaa.. Aku suka yang lapang lapang, tak banyak barang minimalist. 

Simple asal kan berubah dimata aku. Satu bilik 2kids, yele ilos punya dua baby lagi hihihii... 

Tiada konsep ditengahkan just hanya bertukar selera. Warna cat dari KCC pain juga aku memilih yang paling murah, puas hati brand ni nampak berkualiti setanding dengan jenama yang lain. Rona blue breeze Menarik mata aku yang sebelum ini putih tidak berapa bersih dicontengkan oleh aqil ayan pada zaman dulu Hahaha.

Stiker Wall belah kiri tu dari ecoshop, sebanyak 20pcs digunakan ditampal pada dinding paras pinggang belah kiri semuanya, bagi menampakan lebih elegance modern Contemporary ala ala small English style. 

Carpet pn recycle, frame paint paling mahal sekat ini dari kaison Rm150 Dan aku tidak memilih langsir fabric untuk digantung pada tingkap bagi menampakkan  lebih kemas senang jaga dan paling penting untuk aspek pencahayaan bilik. Cadar lama tidak beli baru asal ada Janji kemas bebas bauan yang kurang menyenangkan. BTW aku adalah seorang suka bertukar cadar, tak sampai seminggu cadar mesti bertukar nak nak anak kecik berpempers takut berbau hancing tembusan. 

Berbalik pada bilik anak bujang aqil Ryan dan Aryan Daries pula. 
Langsir, sitker Wall. 

Untuk bilik anak pun sama tiada konsep ditengahkan cuma aku berganti mengolah kelainan untuk nampak kelainan sahaja.
 Cadar bilik aku buat ganti ganti bilik dorg kata costing minimalist bergilir gilir jelah hahahaa. 
Bilik ini aku tambah stikerwall belah tingkap, langsir dari kaison. Aku asah skill mengdeko wall belah kiri dengan bermain cat berdesign geomatri. 

Semasa proses dijalankan. 

Tadaaa special from mom's. Ni aku pakai cat dari KCC cat mahal sikit, gunanya satu je litrekan. 



Pada mulanya suamiku salah memilih colour cat, bila aku cat rasanya colour suram tak naik. Mint green pada aku memang suram tak menarik siapa buat tema baju raya ya so hati hati bermain dengan colour ni, kalau tak pandai blockan colour memang suram melainkan kene match dengan colour block lain baru naik.

So aku terfikir kene tukar teknik, dan 
colour. Gigih aku cari colour kat kedai cat, balik rumah sambung cat mengecat pula proses makan masa 8jam buat single single anak anak aku past kan suami uruskan. eh! Jangan tak tahu culas juga dorg ni kua masuk bilik siap main cat bila aku berhnti solat jap. Tidak makan satu hari weih nk siapkan, that why I said so spacial okey. 

Costing
Cat 1 litre RM25x2 limey rocks+mushroom wood
Cat 7litre RM45x2 seabreeze+lakeland
Langsir kaison Rm39.90x2
Stiker Wall 20x2.12
Stiker Wall(kaison) 9.90x3
Berus cat 2.12
Roller brushes Rm9.00
Frame kaison Rm150
 Totally RM436.22

Alhamdulillah suami dgn kawan Kawan memuji dengan hasil tangan aku, dan aku amat puas hati. Kaksue kawan taman aku siap minta tolong aku buatkan kat taska ya wahahaha.
So next kita deco ruang tamu secara minimalist Dan low costing juga ya.. Stay turns guys!

Jom jalan jalan kata conti hihii. 


2 comments:

  1. kelinci99
    Togel Online Terpercaya Dan Games Laiinnya Live Casino.
    HOT PROMO NEW MEMBER FREECHIPS 5ribu !!
    NEXT DEPOSIT 50ribu FREECHIPS 5RB !!
    Ada Bagi2 Freechips Untuk New Member + Bonus Depositnya Loh ,
    Yuk Daftarkan Sekarang Mumpung Ada Freechips Setiap Harinya
    segera daftar dan bermain ya selain Togel ad juga Games Online Betting lain nya ,
    yang bisa di mainkan dgn 1 userid saja .
    yukk daftar di www.kelinci99.casino

    ReplyDelete

Tutup Lagu