Monday 4 March 2019

TakDe Apa Pun.

'siapa yang menasihatimu secara sembunyi-sembunyi maka ia benar benar menasihatimu. Siapa yang yang menasihatimu dikhalayak ramai, dia sebenarnya menghinamu'(Iman Syafi'i)

Assalamualaikum. Tetiba rasa hendak berkongsi cerita pula, tidak ada apa apa pun saja nak meluahkan.

 Tak ada pokok bergoyang, tiada angin ribut tetiba dia yang aku rasakan baik setenang air disungai terhentam kepala airnya. Entah macam mana angin tetiba ribut tetiba petir datang sambung menyambung. Pabila aku muat naik status Watsup bergambar bersama kawan-kawan aku yang lain ber'caption' yang tidak menuju kepada sesiapa pun. Aku tau dia sebak sebu mungkin dia teringin men'join'kan dirinya akan tetapi dia terasa hati bila aku yang ada disitu. Maaflah aku bukan tak mau ajak sebaliknya aku lebih kepada segan iyalah bukan rumah aku dan bukan dari idea aku. Aku hanya dapat hadir bila org menjemput tidak berani memandai mandai nak berhajak satu taman berkampung dirumah tuan rumah.

Aku cuba untuk berbaik. Sebelum ini memang aku banyak sangat mengalah, orangnya buat aku kecik hati pun aku boleh sayHello sayhello bertegur menyapa. Tetapi kali ini aku betul betul jauh hati walaupun aku malu bila berlakunya yang diluar jangkaan aku. Mana tidaknya bila difikirkan balik seronok keww bila kita dibuat musuh oleh orang yang kita kenal???happpy??? dah senja berumur begini(aku kata aku  tidak tuju kepada siapa) hendak sentap sana dan sini ambil positif sajelah kan.

Aku bukannya mudah sentap sendiri bila orang lain petah berkatakata selagi aku rasakan ianya gurauan aku boleh terima walau aku kelat kelat menerima. Tetapi bila orangnya sudah melibatkan kehidupan aku, anak-anak aku, rupa paras yang Allah ciptakan dan tidakku lupa bila diungkit cerita yang tidak ada bukti membuatkan aku merasa terkilan. Okey, Tak mengapa....Allah sayang aku Allah uji aku, Orangnya membuka bekong diri sendiri dan orangnya telah pun menunjukkan siapa dirinya sebenarnya. MasyaAllaah hebatnya Allah. Aku bersyukur takala aku mengenal org itu tidak lama pun tetapi Allah telah pun uji aku supaya lebih memahami siapa orangnya sebenarnya.

Entri ini bukan untuk membuka aib org itu dan bukan hendak diungkit kisah yang terjadi atau sebaliknya cuma luahan pada aku rasakan cukup dalam bila ditakdirkan berjumpa dengan orang yang 'tetiba' aku ulang 'tetiba' buat baik dan berbaik dengan kau. Jadikan asbab dia tetiba terjah kerumah aku dan memberikan sehelai baju sekolah pada Aryan, dimana aku telah meminta petua dalam group Wstup taman untuk hilangkan watercolour dibaju sejak kes itu dia merapatkan dirinya. Aku tidak  meminta dan tidak pandai menolak pemberian padahal ada aja baju sekolah Aqil yang lama boleh ditransferkan pada Aryan. Aku ambil tanpa rasa sangsi dan aku berpositif tika itu mungkin dia hendak berkawan. Sejak itu juga dia kerap memberi dan dia merapatkan dirinya sedangkan aku bukan mudah untuk didekati. Pernah sekali aku sanggup membelikan nasi lemak bila dia terngin pagi-pagi buta lalu aku hantarkan dirumahnya pagi itu, walaupun aku terpaksa berpatah balik dari rumah (warung nasi lemak jauh sikit dari rumah, berhadapan balai bomba) walhal aku kekurangan wang disebabkan aku malas minta pada suami (bukan urusan laki aku, aku lebih kepada mengurus sendiri tanpa aku minta pertolongnya, kawan aku tidak gemar melibatkan suami nak nak bab balanja kawan) bayangkan aku mencari wang kecik terselit celah kereta dan bayangkan aku tinggalkan AyashAqeeb sedang tidur pada laki aku.
Aku terhuhutang budi sebenarnya mana ketidak kerap jugak orangnya hantarkan makanan untuk aku dan anak orangnya ingat akan anak-anak aku. Setakat dia memesan nasi lemak dan tolong hantarkan pada aku tidak la beban. YA! Sememangnya 'Peel' aku begini suka berbalas balas jika ada yang memberi, aku lebih suka balas ikhlas dan aku suka konsep sama-sama merasa. Tetapi kalau hati aku terdetik memberi tanpa aku rasa ingin menerima sebarang balasan pun, cuma orang lain  memberikannya dahulu harus aku rasa ingin membalas walhal dia tidak minta pun.

 Terima kasih bebanyak selama dia berbuat baik pada aku sekeluarga, aku berdoakan agar orgnnya lebih berfikiran berpositif gembira dengan kehidupan dia dan semoga Allah murahkan rezeki dia . Aku mintak halal apa yang dia beri pada aku selama ini. Segalanya apa yang berlaku aku meletakan semua kesalahan pada diri aku sendiri-.Positif sahajalah kan. Manusia semua melakukan banyak kesilapan cuma jangan hidup berlandaskan keegoan semata-mata tidak kehabisan kemana semua tu, lagi pun orang yang memaafkan bukan ertinya kalah akan tetapi menang tanpa berperang, perperang dengan pemikiran yang positf tangtang tu jiwa lbih tenang. Aku tidak anggap pun dia seperti seorang musuh, jika kalau dia berterusan 'cop' aku seorang musuh tidak mengapa, aku percaya satu hari nanti dia akan berubah dan menegur sapa walau dia terlihat bayang bayang aku sekalipun hahahaaa. Aku? Memilih untuk diam bukan bermakna aku ingin kemenangan bahkan bukan aku tidak menghormatinya selaku yang lebih tua tetapi diam aku bersebab. Sebab utama aku lebih kepada soal hati yang selama ini banyak aku tidak endahkan apa yang dilakukan dan diam aku lebih kepada redho apa yang Allah uji dan diam aku lebih kepada kematangan tanpa melayan kisah yang terjadi pada aku sungguh memeritkan. Jika orangnya menegur sapa dahulu mungkin aku bersapa panjang lebar tetapi tidak selebar dulu. Ianya amat perit jika didilalui dahulu, Aku serik, aku serik...

Kadang-kadang apa yang kita lakukan mesti ada orang yang tidak berpuasan hati  sentap, berkecil hati sedangkan kita tidakla berpikir sejauh dia. Kita membawa diri kita tanpa mempedulikan orang lain. Ada kalanya kita sedang gembira dan bahagia ada yang berduka melihat kehidupan kita sedangkan kita menumpang gembiraan orang lain. Ada kalanya kita berkongsi rezeki, berkongsi ilmu ada segelintir orang yang belum bersyukur dengan tidak tanduk kita. Pada aku apa yang kita buat hendaklah berpada-pada dan berhati-hati walaupun bukan mudah nak puaskan hati semua orang, dan aku  memilih diam jalani sahaja kehidupan tanpa kita rasa ada orang yang seperti ini. Apa yang aku lakukan bukan mengganggu hehidupan orang lain kalau ada yang terasa hati tu tak boleh nk kabo apa lah.

Sejak berlakunya perselisihan faham yang aku rasakan aku tidak bersalah pun dalam hal ini, aku makin berhati hati betui hendak update status (walau aku sudah dibloknya hahahaaa)-(muka senyum) tapiknnnnnnn..... kalo sentap sendiri tu maknya apa ye??sdangkan tidak ada satu huruf namanya ditonjolkan disitu bahkan di# hashgtag kannn.... Apa maksudnya???..Aku tak fahamlaaa tak faham siyesss tk faham hahahaa.. Tak mengapala Aku sudah redho kalau itu takdirnya aku terima seadanya walau hati ini perit.

Betul la org tua kata baik berpada-pada jahat jangn sekali, Sekali tepat terkena ni. Ai is redho.



Status dari aku yang sentapkan orang itu. Maaflah kesilapan yang ketidak ku jangka, aku tidak tuju kepada sesiapa dan bukan niat aku untuk menunjuk gambar berhappy tika ini. Kalau ada yang berkecil hati pujukla diri sendiri dan positiflah pemikiran anda. Sekurangnya dengan status ini aku bela belajar sesuatu yang lebih mematangkan aku. Ada yang berkecil hati lagi takkk takkkk takkkk takkk takkk hahahaaaa..

Terima Kasih pada kawan kawan aku yang diatas(gambar) dorang aja yang sokong aku, bagi aku semangat dan bagi pendapt sewaktu kejadian yang berlaku. Sungguh aku perlu sokongan tatkala aku sedang down sekejap. 


Walau  berumur sekali pun, pemikiran tidak semestinya selari dengan usia. 
Sekian.

dari kiri aku, kakEja, kakCt, Ctfatty, kakMurni love All.



No comments:

Post a Comment

Tutup Lagu