Tuesday, 14 June 2016

Suka dalam duka

Assalamualaikum..


Manfaat cuti sekolah. Mana tak happy kehulu kehilir bermain main main bersama sepupu, panas mencanak pun tak hirau. Aku selaku driver layankan aja anak-anak berkejaran sana sini, Dirumah kakak aku menjadi port utama, mujur keluasan rumah sebesar pandang bola lagi girang anak-anak.


Hampir seminggu EnDadi tinggalkan aku bersama anak-anak kat kampung, hampir dua minggu juga aku menggunakan sebaiknya, makan tidur dan tentunya melayan karenah arjuna. Dapat juga makan makanan yang mengidam tika sebelam pulang ke kampung hari tu, Rezeki!

                               See?? hahaha, panas pun apadahal, kata balik kampung.
Sepupu sepapat.Saya paling kecil- Ayash-

Dikesempatan itu aku dapat ke Pesta Layang-layang 2016 bertampat Pantai Geting, Tumpat.
Suasana meriah. Sememangnya aku tidak pernah sampai walau diAsalnya Kelantan negeri kelahiran.
Cuaca panas jangan dicerita memang ketiak berpeluh mujur aku calit cozuma cc cream pada muka tidakla muka berpeluh makeup pun tahan lebih lama ada juga tibul ruam ruam dibadan..

 
Meriah!

                                                                    My 1st sis


                                                                   My second son

                                                               My First Son Aqil


Nice Shot from me!.. week..

Ok hari sebelumnya aku sempat ke Putera Velly ,Tanah Merah lagi dekat rumah parents aku tapi kali  pertama juga aku kesini. Tempatnya cantik (lupa nak snap) ramai pengantin buat outdoor. Arrghh!! awat 7tahun dulu tak de semua ni erkkk..garu kepala..


Ini jer gambar yang ada walhal satu kereta penuh, anak kakak aku, (Kakak Fatin, Kakak Alya dan Zaara,)  kakak aku (yang kedua) selaku petunjuk arah jalan..Betul aku tak tahu jalan biarpuan aku dibesarkan dilahirkan disana, KotaBaru?? tak pernah sampai jika naik bas atau tiada yang bawakkan. Sekarang jalannya sudah berubah ubah aku pun jarang balik lagi membuatkan aku serabut, tak tahu losst teruss.Mana taknya dulu-dulu aku hanya round  kawasan kampung je


Dukanya dua hari puasa


Tengah siapkan kemas apa yang patut dimeja makan dirumah kakak aku, Tetiba terpandang soya sejuk dalam hati berkata 'ada ais tak boleh minum'.

Setelah siap berterawih( kakak, abg ipar, anak buah, ma) air soya yang ais batu dah cair aku tuangnya dalam cawan tinggi..wweeehooo sedapp, dah lama rupanya aku tak merasa kenikmatan ini hahaaa.. Bilanya sahur terkejut juga ada 'blood coming months' haishh seingat aku mencatung hari puasa aku dah comming moon hari tu. 

Bermula episod tragis dimana daku diserang sakit perut yang tidak boleh hendak bangun dan berjalan.Adakah disebabkan soya atau kerabu pucukpaku yang super lazat yang aku makan bukak puasa semalam tu?? malas hendak fikir..dah kene baru ku ketahu, aku masih dalam tempoh berpantang lagi biarpun aryash sudah 5bulan. 

Khamis malamnya balik Rawang, dalam kereta pun aku masih menahan kesakitan.Keesokkan EnDedi mengambil cuti ikhsan untuk menguruskan anak-anak dek kerna aku masih dilanda sakit perut yang entah apa-apa, nikmat!. Terbantut juga kerjaan rumah, banyak perkara aku hendak selesaikan tapi dibiarkan sahaja.

Waasap/Pm diFacebook dilayan cam biasa walau perut ku tidak lagi pulih biarpun sudah 2klinik ku terjah.. Terfikir hendak text ni




Selaku kawan alam Maya sekarang kawan alam nyata dan kini rakan kongsi aku. Disuruh  menyarung waistNipeer(Premium Beutiful Dari Hi-O).Memangnya aku sudah bersama PB selama 5tahun tapi pendedahan pada PB ni tidak meluas disebabkan agent yang dipertanggungjawabkan sudah pun hilangkan diri. Ok shout the story.Aku pakainya pada tiap malam selama 2malam, Alhamdulillah sakit perut hilang serta merta dengan bantuan PB, Pad dan juga pantyliner Herba BioSaleza.

Ini PB

Ini Pad dan Panty Liner dari BioSaleza
 OK aku sharekan sikit apa kelebihan kedua-dua menyelamat aku. 

PB
Aku berpendapat sesiapa saja mengalami masalah seperti aku dan ingin kurus bak CikTa harus mencubanya tak rugi kalo awak awak awak semua minta pada suami masing masing. Jika Berminat boleh /WA 0122906206.Aku sedia membantu dari segi nasihat dan tunjuk ajar apasegala masalah berkaitan kesihatan wanita, Insyaallah. Hnya percuma, Iya PERCUMA.



Bersambung suka.


Sejak aku memegang status sebagai house manager ni banyak bermain dikepala hendak buat sesuatu. Sebelum ini aku update blog yang tak seberapa hanya pada waktu kerja, maka sekarang ini 'Tidak Lagi' aku harus ada satu gejet  Dandan aku minta sebuah letop gantikan yang telah pun arwah 4tahan lalu. Rezeki hehee...alhamdulillah merah merah jga pilihan suami. 




TamanLayangLayang, Kepong.


Sekian, entry merapu sebab lama tak hupdate blog.. owhh sebarang pertanyaan boleh wasap ye 012-2906206 saya sedia membantu anda yang inginkan kesihatan yang baik. Terima Kasih.
Read More...

Sunday, 22 May 2016

Aku Masih Ada.

Assalamualaikum.


Pasti ada yang terkejut tiba tiba daku munculkan diri tika ni..Tak usahlah nak buat emoji terkejut tu, buat emoji senyum senyum gembira yea!


Fasa berpantang sudah pon selesai, Baby Aryash cik Mimot (panggilan suka-suka aku) dah 4bulan.. cepat masa berlalu masih lagi aku ingat tika aku di labor Room, tika menahan sakit yang amat, tika daku menangis diseluk secara kasar oleh nurse, tika ditolak masuk bilik bedah yang sejuk amat, tika ditoreh pisau dalam keadaan sedarkan diri. Now kesan parut itu bukti dan saksi segalanya nanti. Semoga Muhammad Aryash Daryan Bin Aidil Norhadi nama yang dipilih 100 peratus oleh aku yang membawa maksud Terpuji, Harta Berpengetahuan menjadi anak yang baik, anak yang mendengar kata, anak yang soleh, anak yang bijak pandai, Amin.



Setelah fasa berpantang daku lalui dengan jayanya Alhamdulillah. Masuk fasa kerjaya pula. Aku ini agak malas ingin cerita pasal benda yang berlalu walau hati ini rasa mcm perit hendak dikongsi. Tapi apakan daya aku hanya manusia yang banyak kekurangan punya perasaan, punya hati dan punya naluri yang kuat. Tidak mengapa satu hari nanti bila masa yang sesuai akan aku luahkan jua untuk ditatapakn disini..Kita layankan mimot dulu.
 



24Jam dilahirkan.



Umurnya satu hari pada 9Januari2016.


                   

22 Mei 2016, 4bulan.


NotaKaki
Terima Kasih pada keluarga terutamanya ma aku kerana banyak membantu,tak lupa pada orang yang banyak berkorban untuk aku. Suami aku dan kawan- kawan yang lain kerana banyak bagi tips serta tunjuk ajar nasihat panduan yang berguna, Alhamdullah masih diberi kekuatan sehingga kini. Syukur.








Read More...

Wednesday, 10 June 2015

Alahai Angah

Assalamualaikum.


Meii  tgk aryan mengelamun. 


'Daddy- daddy nak naik tuda'




Waduh waduh waduhh, Ini budak nampak pelikss. hahaa

 Nota kaki : tak ade idea nk berbloging waktu ini, tak sabar hendak bergerak aktif semula :)
Read More...

Thursday, 4 June 2015

Morning Sickness menjadi jadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Sejak mengandung ni aku mengalami alahan yang agak teruk, yang abang abangnya tidak la mcm ni tika dulu. Mungkin juga sebab faktor usia dan mungkin jugak faktor jarak antara Aryan dan
 'adik baby' ni jauh 5tahun bezanya.

Berharap agar diberikan kekuatan, semangat, dan hati yang tenang. Terima Kasih mybeloved hubby sangat sangat memahami.

Buku merah  dah buat kt KPJ, tapi bukan warna merah haha.

'Adik Baby'

Nak certita morning sickness panjang berjela pun rasa nk weekk wekkk kembang tekak ni..huhuu semalam balik kerja hujan lebat merempit dengan boipren lencun basah.

Dua beradik berbaju hujan, Suka tengok gambar ni.


Jumpa lagi lain entry Assalamualaikum.
Read More...

Friday, 29 May 2015

Alhamdulillah.

Assalamualaikum.


Patutla badan aku penat sangat sekarang ni,Patutla aku senak perot,Patutla perot aku cremp (tak reti eja) ,bila tolak sliding door rumah aku tu.Patutla aku rasa mengah bila naik tangga turun tangga bila ke tandas.Patutla muka aku pusat lesi,Patutla aku rasa badan aku sengal-sengal bila bangkit dari tidur.
Rupaya...



Allahamdulillah.  Rezeki tidak dijangka walaupon aku tengah merancang bulan, ingin melahirkan baby ke-3 sama bulan kelahiran mammynya. Tapi terawal la pulak baby baru ni bakal dilahirkan bulan Januari Insyaallah. Doakn aku kuat menempuh dugaan dugaan kecil dari Mu Ya Allah..
Semoga aku melairkan zuriat yang solehah sihat tubuh badannya Aminn..




Jumpa lagi dadaaa....

Read More...

Monday, 25 May 2015

Sahabat Alam Maya.


Asslamaualaikum..


Aku bukanlah seorang yang memilih kawan, akan tetapi aku susah hendak berkomunikasi dihadapan kawan-kawan, nak nak yang bru aku kenal. Maklum la mulut mak ni celupar kang cakap lepass tak sempat nak 'U-turn' kang ada terasa hati pule, nguahahahaha. Tapi yang memahami aku yang berkawan lama dengan aku faham akan lips aku ni hahaa.


Setiap keikhlasan semua benda yang kita buat Insyaallah Allah membalas dengan sesuatu yang Ikhlas untuk kita contohnya jika kita berkawan kerna Allah, kita akan diberikan seribu satu kebaikan dalam sesebuah persahabatan. Itu pada pandangan aku la. 


Jumaat minggu lepas, aku telah mengajak 'sidia' temankn dan bawak aku ke Eclipsstore BoutiQueCafe bertempat  Dolomite Batu Caves, alang-alang aku ada oder bebola Maharani By Hi-0 dan aku oder popia ikan bilis rangup dari 'sidia'. Korang jangan tak tahu 'sidia' yang kenit ni business girl yang berjaya.Dan apa yang best botiquecafe ni nak promote sikit hahaa, segala makanan, baju, shawal, dan eksesori terdapat di Online ada dijual disini. Konsep ditengahkan bertema santai macam dirumah sendiri sambil menikmati hidangan dan  sambil shopping!!.. Memang best nk habak mai. Santap pulak bersama 'si dia' yang comel cute mute tu, lagilah mak makan tidak ingat hendak masuk office.



Kami punyai persamaan, mommy beranak- 2 putri Arfa( aku suka nama ni) dan husna, aku dua putra Aqil dan Aryan. Kami suka makan, suka shopping dan suka utarakan pendapat. Ecilpsstore ButiQueCafe menjadi saksi pertemuan pertama kami. Ha 'sidia' ini jugaklah memperkenalkan ButiQueCafe ini pada aku hahaa. Terima kasih awak :) #sayasudahterjebak#



Ini, 'sidia' yang aku maksudkan tadi tu.


Suhaili Mohd Isa, Sue. Terima kasih kerna sudi hendak kawan dengan kita, tiada harta benda yang saya dapat berikan hanya dengan sepotong ayat dibawah.

 'Terima kasih sbb awk hendak berkawan dengan saya'.


Sahabat alam maya ke Sahabat realiti,
Terima kasih Instagram memberikan saya peluang meng -Follow 'sidia',


Terima kasih Apps Waasap memberikan peluang untuk kami memanjangkan lg 
persabatan ini. Walau hanya berapa minit kami kenal tetapi seperti berapa tahun kami mengenali.


Terima kasih  Eclipsstore BoutiQueCafe menjadi saksi tempat pertemuan kami.


Terima Kasih Allah kerna pertemukan saya dengan 'sidia'.





Nota kaki: Kebuntuan idea hendak menghapdate blog, Harap lepasni idea datang bertimba-timba. Fuuh kanan Fuuhh kiri, Terima Kasih kerna sudi membaca.



Read More...

Tuesday, 19 May 2015

Hadiah ke Lexis, dapat Gift From camron highlands.


Assalamualaikum.

       

Dalam sibuk orang hendak pergi bercuti sana sini sinun, aku sibuk hendak pergi jua bukan apa aku tidak dapat bagi apa-apa untuk MyHero(Endaddy). Aku tidak mampu belikan mainan mahal, aku tidak mampu membelikan spare part basikal mahal-mahal. Aku hanya dapat menghadiahkan satu  memori untuk mereka disayangi.


Aku rancang sebelum puasa hendak bawak MyHero ni relakskn minda di Cherating, Pahang. Pekena sotong celup tepong, ikan celup tepung (ict), ketam, keropok leko dan mcm-macam lg dalam kepala otak aku ni nak makan, maklumla budak nk besar msti kemahuan melebihi tangki (perot) hahaa.


Semalam bosan kt office. Cek-cek hotel di Cherating, rata-rata harga hotel boleh tahanla tpi tidak  mencapai "memikat dihati". Lalu dengan rasa 'ala tengok jelah dulu', godek la mcm org yang tak ada perasaan-  sebb tempat yang betul-betul dituju tidak memikat hati. Godek punya godek, terbaca la satu ni Lexis Rm330.00. Mcm menarik capai fon call EnDdy bgithu sekian sekian, dia ckp 'why not you book' rasanya harga dah ok'. Tengak keadaan hotel tu mewah jgk le walaupun tak ada pool dalam bilik , atleast ada feel ditengah laut kekekeke..'OK i book tapi bayaran kita share',  balas aku laju-laju hehee. Aku tengok harga sebenarnya hotel tu Rm880.00 satu malam, nak nak aku booking ni wekand day msti la mahal. Bagi aku la dah mahal tu klo Rm800.00, boleh lepas bayar rumah aku sebulan hihiii.


Insyaallah klo ada rezeki next month la kiranya.



Pagi tadi ada org hentak kt atas meja aku. Ingtkn hapa, Ingatkan ada orang tak puas hati nak marah aku ka, nak terkam aku ka, nak bersilat dgn aku ka? terkejut mak tengah makan nasi kerabu nasib tak tercekik taugeh hampir masam adeh!! 'Nahhhh ko punya, sbb ko la aku lambat punch card', haiya sbb aku kah?? bungkusan tu aku bukak. Dan ada ini 


Mug, dan sekotak teh. Air panas dgn gula tak bgi pulek hahaa :P


Terima Kasih. Budak office aku ni baru balik Camron Highlands maka aku suruh belikan ole ole haha. kejam tak aku?? kakaka. Blasahh dia byak duit, kasi sapu bersih la bro!! haha.




Read More...

Bahagianya Jadi mak.


Assalamualaikum.


Ku tinggalkan zaman remaja yang penuh indah, penuh dengan keriangan, dengan nikmat dunia remaja hanya sekali. Tapi awas jangan silap langkah terjebak dengan gejala tidak bermoral. Zaman remaja aku tidak la sebebas mana pon hanya keluar bersama kawan-kawan, bermotorsikal pusing kawasan kampung dengan kawan. Dating?? itu kadang-kadang sebab aku selalu diperhatikan oleh mata-mata selaku kawan abg aku dan akan direport. Balik rumah harus bertubi-tubi aku dimarah, jgn harap nk bebas seperti burung baru dilepaskan keluar sangkar.


Melangkahnya ke gerbang perkahwinan. Nikmat menjadi seorang mommy amat aku rasakan berat. Hendak bahagikan masa kerjaya, mommy, isteri. Selaku chef, driver, launder, neat house. Tak apa ini pahala berganda jika bukan satu rugutan. Insya-Allah. Akan tetapi pabila datangnya keletihan berganda aku jadi lost, hilang tidak dapat berfikir apa yang aku ceritakan tadi secara waras. Oh maka mangsa aku adalah suami aku, Mangsa untuk melepaskan tekanan. Maaflah aku tidak tahu mana hendak lepaskan lelahan yang terkumpul itu, lalu kemarahan terkeluar dari mulut sindiri. Banyaknya dosa aku pada suami aku, urmm Maafkankan darling yea sayang.


Memang lagi rasa bahagia bila si suami menghargai si isteri, naknak si isteri yang manja yang hati lembut, sensitif mcm aku ni.Trima kasih darling dah 3hari jagakan arjuna, minggu ni sampaikan kerja sayang tergendala. Darling harap sayang faham situasi kerja darling kt office ni, dan terima kasih jgk sayang ringan tulang hendak menolong hal berkaitan rumah selama ni.


Malam tadi Aryan bangun nangis. Aku masih mamai mata berat nak bukak, tpi gagahkn juga sbb dari pagi badannya panas. Entah mengapa aku tidak tahu nangisnya mcm tidak dapat aku baca, macam- macam persoalan aku tanyakan, nak makan, sakit kaki, sakit perot, sakit mata dah semuanya digiling kepala. urmm salah satu soalan aku menanyakan hendak kencing ke?? dianggukkn kepala..hahaa aii anak bongsu aku sorang tu, nk tergelak pon ada. Aku dukung turun bawah temanknnya kencing, naik atas bagi ubat batuk, ubat demam. Mintak- mintak hari ini kebah demamnya kesian EnDaddy tidak kerja sudah berapa hari.
Bahagianya bila tengok anak anak-anak sudah besar. Petah bercakap, pandai merajuk, pandai bawa diri. Salah satu kegembiraan hati emak.


Semalam entah kenapa rindu ma. Borak punya borak aku cakap 'ma i love you ma' ma cepat-cepat cakap 'love you to' pertama kali aku ckp macm tu. Tak terasa malu pon cuma msti org tua tu pelik tetiba je kan, buang tebiat ka atau buang habitat. hihiii.




Sambutan Hari kelahiran dari anak-anak dan keluarga terdekat buat ma yang ke 59tahun.

Dan sambutan hari ibu ahad lepas masa sportDay sekolah Arjuna aku dapat dua kumtum mawar merah dari Arjuna, teruja jadi seorang emak.

Kan aku cakap siapa-siapa yang jadi emak, mommy, ibu, mama, umi, ma, bonda atau panggilan-panggilan lain  Insyaallah anda akan rasa bahagia memiliki zuriat dari darah daging atau pon sebaliknya. Panggilan-panggilan tersebut digambarkan anda seorang yang terpenting dalam hidupnya, percayalah nescaya satu hari nnti anda akan disayangi, dihormati, diberikeutamaan dalam setiap perkara. Insyaallah perbanyakkn doa untuk anak-anak, doa seorang ibukan dimakbulkan Allah. Aku berharap arjuna mcm aku curahkan kasih sayang pada ma aku sekarang ni, Insyaallah.



My Arjuna. Oh kedua duanya lelaki, Anak mak yang manja.


Nota Kaki: sejak akhir ini arjuna selalu cakap 

'mommy, baby sayang mommy'

'mommy, Abam sayang mommy jugak'. 

Mommy sayang kalian, iaitu separuh dari nyawa mommy.

 

Salam Sayang, Hargai anak anda semasa mereka masih kecil.

Assalamualaikum.









Read More...
Tutup Lagu