Tuesday 19 May 2015

Bahagianya Jadi mak.


Assalamualaikum.


Ku tinggalkan zaman remaja yang penuh indah, penuh dengan keriangan, dengan nikmat dunia remaja hanya sekali. Tapi awas jangan silap langkah terjebak dengan gejala tidak bermoral. Zaman remaja aku tidak la sebebas mana pon hanya keluar bersama kawan-kawan, bermotorsikal pusing kawasan kampung dengan kawan. Dating?? itu kadang-kadang sebab aku selalu diperhatikan oleh mata-mata selaku kawan abg aku dan akan direport. Balik rumah harus bertubi-tubi aku dimarah, jgn harap nk bebas seperti burung baru dilepaskan keluar sangkar.


Melangkahnya ke gerbang perkahwinan. Nikmat menjadi seorang mommy amat aku rasakan berat. Hendak bahagikan masa kerjaya, mommy, isteri. Selaku chef, driver, launder, neat house. Tak apa ini pahala berganda jika bukan satu rugutan. Insya-Allah. Akan tetapi pabila datangnya keletihan berganda aku jadi lost, hilang tidak dapat berfikir apa yang aku ceritakan tadi secara waras. Oh maka mangsa aku adalah suami aku, Mangsa untuk melepaskan tekanan. Maaflah aku tidak tahu mana hendak lepaskan lelahan yang terkumpul itu, lalu kemarahan terkeluar dari mulut sindiri. Banyaknya dosa aku pada suami aku, urmm Maafkankan darling yea sayang.


Memang lagi rasa bahagia bila si suami menghargai si isteri, naknak si isteri yang manja yang hati lembut, sensitif mcm aku ni.Trima kasih darling dah 3hari jagakan arjuna, minggu ni sampaikan kerja sayang tergendala. Darling harap sayang faham situasi kerja darling kt office ni, dan terima kasih jgk sayang ringan tulang hendak menolong hal berkaitan rumah selama ni.


Malam tadi Aryan bangun nangis. Aku masih mamai mata berat nak bukak, tpi gagahkn juga sbb dari pagi badannya panas. Entah mengapa aku tidak tahu nangisnya mcm tidak dapat aku baca, macam- macam persoalan aku tanyakan, nak makan, sakit kaki, sakit perot, sakit mata dah semuanya digiling kepala. urmm salah satu soalan aku menanyakan hendak kencing ke?? dianggukkn kepala..hahaa aii anak bongsu aku sorang tu, nk tergelak pon ada. Aku dukung turun bawah temanknnya kencing, naik atas bagi ubat batuk, ubat demam. Mintak- mintak hari ini kebah demamnya kesian EnDaddy tidak kerja sudah berapa hari.
Bahagianya bila tengok anak anak-anak sudah besar. Petah bercakap, pandai merajuk, pandai bawa diri. Salah satu kegembiraan hati emak.


Semalam entah kenapa rindu ma. Borak punya borak aku cakap 'ma i love you ma' ma cepat-cepat cakap 'love you to' pertama kali aku ckp macm tu. Tak terasa malu pon cuma msti org tua tu pelik tetiba je kan, buang tebiat ka atau buang habitat. hihiii.




Sambutan Hari kelahiran dari anak-anak dan keluarga terdekat buat ma yang ke 59tahun.

Dan sambutan hari ibu ahad lepas masa sportDay sekolah Arjuna aku dapat dua kumtum mawar merah dari Arjuna, teruja jadi seorang emak.

Kan aku cakap siapa-siapa yang jadi emak, mommy, ibu, mama, umi, ma, bonda atau panggilan-panggilan lain  Insyaallah anda akan rasa bahagia memiliki zuriat dari darah daging atau pon sebaliknya. Panggilan-panggilan tersebut digambarkan anda seorang yang terpenting dalam hidupnya, percayalah nescaya satu hari nnti anda akan disayangi, dihormati, diberikeutamaan dalam setiap perkara. Insyaallah perbanyakkn doa untuk anak-anak, doa seorang ibukan dimakbulkan Allah. Aku berharap arjuna mcm aku curahkan kasih sayang pada ma aku sekarang ni, Insyaallah.



My Arjuna. Oh kedua duanya lelaki, Anak mak yang manja.


Nota Kaki: sejak akhir ini arjuna selalu cakap 

'mommy, baby sayang mommy'

'mommy, Abam sayang mommy jugak'. 

Mommy sayang kalian, iaitu separuh dari nyawa mommy.

 

Salam Sayang, Hargai anak anda semasa mereka masih kecil.

Assalamualaikum.









No comments:

Post a Comment

Tutup Lagu