Assalamualaikum semua.
Kamu semua sihat ke?? hari ni makcik rasa nk lompat bintang atas katil. Sbb boipren makcik kiss pipi pagi-pagi, hahahaa klo lah dpt kiss free hari-hari kan best waalaah.. Hari ni pandu kereta senyum sorang-sorang rasa bahagia itu milik makcik wahhh gitu kuci kuci kuci..kahkahkahkah..
Ok kita cerita sabtu minggu lalu. Kami bangun pagi wangi-wangi gerak ke stadium millenium Kuala Kubu Baru ada sportDay office Endaddy. Meriah!!Abg Yern dah pandai bawak diri. Haaaa! yang si bongsu ni tak habis-habis korek pasir, riuh bwh khemah aku bebel sempat jgk kene jerling dgn org sebelah hahaha, dah cepuk sebijik dua.*nangis* main pasir mcm xpernah jumpa ngeeee!!.
Biar gambar berbicara muahahaha.
Endaddy jadi marshall jogathon 1tnb. Gambar dari fail Fb.
Arjuna ambil bahagian pertandingan mewarna.
Hasil kerja abg Yern.
Ni si bongsu, tgk gaya tu penting haha.
Hasil colouring Abang Yern yang bawah sekali, mommy suruh tulis perkataan tu ingat boleh menangla kan hahaha.
tak ada rezeki abg next time kita msk competition lagi yea.
Aktiviti jogathon sejauh 2kilometer keliling tasik, Aku tak joint pon buat club borak bawah khemah dengan para isteri staff.
Dapat la bwk balik dapur masak yang satu tungku tu, Pakai spray gas. Hasil menang cabutan bertuan Endaddy. Nnti boleh bawak pergi holiday main masak-masak wahahaa.
Ralit berlari, main buih sabun Endaddy ckp. 'Balik ni kita ke Fraser Hill'. Wahh 'Fraser Hill' hiipp hippp hooreeyy..
Masa perjalanan dari Kuala Kubu Baru ke puncak Fraser Hill makan masa hanya 1jam setengah saja. Jalan pusing pusing sampaikan Abg Yern muntah hijau, pening katanya. Bukan dia aja yang mabuk aku pon hampir nak muak muak..
Dah sampai puncak dgn jaya penuh dgn rintangan.
Rupanya bnyak tempat menarik boleh dilawati disini.Mati matian aku sangkakan tmpat membonsankan.
Selepas makan, Jalan-jalan menikmati suhu boleh dikatakan sejuk dingin gitu- 21'c.
Aryan tido dalam kereta masa ni.
Sempat singgah ke kedai cenderahati.
Aku beli semua, hahaha tamak.Tidaklah.
Ini je pon dan 4helai baju ,sorang satu :) puple
Setelah Cuci poket Endaddy hampir licin hahaha. Lepas tu kita ke kelab golf pooyooo club, huahahaha.ala bayar 8ringgit je untuk satu jam. Adala dalam 5 lubang dengan litarnya sekali tu.
Aryan testing main golf.
Abg Yern pulak.
Kawasan sini ada playgorund, ada deretan kedai makan kira tempat santai.Yang pasti Frease Hill tidak akan men' sunburnkn kulit. Panas dingin gitu, filling oversea gitu hahaha.
The Paddock.
Dalam ni ada aktiviti memanah, menyumpit dan menunggang kuda.
Kos memanah hanyalah Rm8.00 untuk satu orang dan tunggang kuda Rm10.00 untuk 2org penunggang(share).
Cik Kuda, berumur 15tahun beso weyy. Pada mulanya aku tidak berapa ada keyakinan haha, setelah dibawa oleh pekerja, yakin sikit lah kan. Terima kasih yea diatas perkidmatan anda haha.
Next location.
Ke tasik Freser Hill.
Bgi ikan makan dalam tasik. Melentum air sampai ke muka aku. Ikan berebut makan, ikan sebesar anak gajah :P
Aktiviti kt tasik ni. Bole bgi ikan makan, naik kereta terapung kayuh atas air tu(gmbr takdak, tak naik sbb arjuna tidak capat ketinggian minimum) dan msk dalam bola gergasi dilepskan dalam tasik, ala mcm kt tasik titwangsa tu apa benda tah namanya hahaa.
Sebelum balik sempat jgk la pusing-pusing, jalan-jalan.Pose, pose.
Santai sambil menikmati udara sejuk, nyaman dan tenang
And the best picture in my memory is..jeng jeng jeng (bunyi drum)
>
<
>
No comments:
Post a Comment