Friday, 31 January 2020

Pengurusan hasrat dengki Sinar FM.

Assalamualaikum.

Menarik tajuk  dicorong radio pagi ini bersama ustaz Fawas.

Dengki sudah sebati dalam masyarakat kita ada yang dengki diambil secara positif dan ada diambil secara negetif.

Cara negetif  :  kita tidak senang lihat kelebihan orang lain dan mula untuk lebih dari dia. contohnya kawan membeli baju atau apa sahaja kita mula membeli mengikut rasa apa yang dia ada. Orang seperti ini yang diulaskan  oleh ustaz pagi tadi seolah olah hatinya tidak senang melihat apa yang orang ada. Sifat yang sangat teruk dalam masyarakat dan boleh membuka aib diri sendiri.

Sebagai kawan kepada mereka seperti ini  dinasihat kan jauhila demi menjaga hati, jangan lupa untuk berdoa kerana setiap doa itu malaikat amiinkan untuk kita juga. Sentiasa positifkan diri dan banyak kan berzikir.

Cara Positif : Kita menumpang gembira melihat kelebihan orang lain dan mengambilnya dari sudut positif untuk input rasa bersyukur dalam diri kita.

Ada pemanggil ajukan soalan.
'ustaz macam mana hendak buang sangkaan orang dengki dengan kita, walhal orang itu tidak dengki dengan kita.

Jawapan ustaz: 'kawal' sifat negetif  buang jauh dan cuba bersyukur nikmatnya Allah kurniakan segalanya. Berusaha dekat kan diri dengan Allah. Jangan terfikir orang tidak menyukai kita, fikir baik baik dan indah sahaja pasal orang lain.

Setiap manusia Allah ciptakan  ada 'lombongnya' itulah keistimewaannya. Maka hendak berjaya berusaha untuk menemui keistimewaan kita sebenar. Bersaing secara sihat, Berfikiran positif  penting untuk tidak menyekat rezeki dan reality tidak menconteng arang dimuka sendiri. Banyakan doa serta merapatkan diri dari orang yang positif.

Perkongsian yang sangat berguna pada aku, tak salah aku kongsi disini bukan. Moga kita semua didalam rahmat Allah. Yang buruk kita betul kan, yang baik elok kita teruskan jalan.  Insyaallah moga kita semua Allah lindung dari sifat yang boleh burukkan diri kita.
Read More...

Thursday, 30 January 2020

Abang dah bujang.

Assalamualaikum.

Sibuk mnjang nk hapdate tak ada masa, sejak jadual aku berubah tiga ratus enam pulih darjah ni.. Seawal 4pagi aku sudah bangkit dari katil. Tahun ini joging tiap pagi bersama kawan taman pun dah tak boleh memang tak boleh curi masa langsung hokehh!!!!.

Pada tanggal 12 November 2019 iaitu hari kelahiran Aryan aku telah pun membook tarikh bersunat untuk AqilAryan serta ank anak kawan aku. Aryan la paling excited.

Dan pada tarikh 25 November iaitu sehari selepas ulangtahun kelahiran AbgAqil pula mereka 'mendapat' hadiah hahahaa.. Kebetulan sebenarnya yela lahir hujung tahun rapat musim cuti skolah.

Hati ibu gusar sebenarnya, bagaimanakah situasi keadaan tersebut? Eh macam macam persoalan dihati. Tapi Disebabkan kami geng mak mak memilih bersama-sama menyunatkan anak kami bersaing saing agak kurang la sikit debaran kami. Aqil satu kelas dengan Adam anaknya Kak eja dan Aryan satu kelas dengan mikael anaknya Kak Yat Kawan taman aku selaku kawan joging aku tiap pagi tahun lepas so dorg dah kenal kawan, kiranya hendak berkawan kawan juga.

Sebelum bermulanya debaran tersebut aku dan laki aku telah 'memancing' Aqil Aryan siap siap. Sambutan hari kelahiran Aryan kami laksanakan seperti yang  dia hendak kek. Aqil  hendak MCD pula sebelum ke klinik layan jela asal semua dipermudah dan berharap dorg brdua memberikan kerjasama yang mantap.

'SR' tk tahanya. bufday aqil. 




Aku agak Keliru untuk memilih klinik yang ada dan cara sunat. Aku juga diberi kepercayaan untuk mmbuat pilihan mak mak tidak kisah hanya ikut sahaja keputusan aku, mereka tahu aku agak cerewet bab ini.  Taknik clamp... ya clamp pilihan aku. Cara mudah senang hendak jaga senang hendak brgerak dan tidak Sesakit lazer. Hampir dua minggu aku kaji riki riki sana dan sini tanya yang pakar, dokter yang bijak mengambil hati budak budak dan of course dokter yang berpengalaman. OKey pilihan aku tepat dan sangat memuaskan hati mak mak semua 'Poliklinik Keluarga' pilihan aku, dimana dokter aku kenal senang berurusan dan paling penting salah satu klinik Menggunakan teknik claimp. Banyak nasihat cara cara penjagaan dikomgsi, dan aku suka cara dokter itu Dokter Faizal asal Klantan lagi mudah bicara hanya berbahasa klantan je, orang sekampung.

Alhamdulillah semua berjalan seperti yang dirangcang. Debaran ketika anak anak didalam bilik dokter bersama bapak masing-masing hilang tatkala geng emak emak dok membawang diluar bilik, tau tau dh siap hahahaa.. Drama air mata? adaaaa, tapi kami buat buat tidak nampak demi menggelakan kemanjaan berlaku wahaahahaa.. Anak anak lelaki mesti sado sado semuanya.

Masuk bab pantang. Aqil aryan kurang gemar makan ikan. Disitu aku main peranan sesi pujuk memujuk dan sesi makan beradap sesi suap bersuap depa ni takut tercekik tulang. Stock Vitamin c tak putus sejak hari tu sampai sekarang, untuk luka cepat sembuh kalau kita amalkan nak nak aku ni pengalaman czer bezaannya sama  cuma pantang czer agak lama, aku membeli diguardian Effervescent Vitamin dorg suka asap asap keluar tu bila diletak didalam air, lagi lagi rasanya oren sebenar. Kain pelikat stock aku beli kat hari hari je. 

 Adik teman abang pantang. 

Berpantang dimalam pertama. Aku siapkan kelengkapan minyak panas, air masak, ubat sebelum aqil aryan terasa sakit. Aku sua ubat siap siap sapu minyak panas dilutut belakang lutut betis dan tapak kaki bgi rasa hangat dan tidak bagi rasa sakit dimalam hari, pakaikan stokin selepas maghrib mengelakkn kaki sejuk dan cramp. Alhamdulillah meraka baik baik saje.

Hadiah hari jadi. 

Genap dua minggu kami ke klinik yang sama untuk buka claimp. Sebelum ke klinik sewajibnya mereka berendam sama ada didalam besen berisi air atau ke sungai supaya clamp tidak melekat pada kulit yang sudah mati. Kami ke sungai Kancing Templer Park  berendam sambil bermain air.

Selesai  sudah dua bradik bersunat boleh digelar anak 'bujang' la kan sekarang. Aku macam mimpi pun ada dua ketoi tu dah bersunat hahahaaa
Geng sunat 2019.


Eh nk tanya, laki kasi dua riban ringgis ni.. Buntu nak shopping apoo. Ada cadagan tak?? Dah tua tua ni  dah tak tahu ada duit nak buat apa, shopping? Tiba masanya kau akan bosan Huahuahua. 

:::::tamat::::
Terima kasih baca, membaca tu kan jabatan ilmu. 


Read More...

Monday, 6 January 2020

Sekolah.

Assalamualaikum.

Tengok Fireworks kat mana korang? Hehehe aku di rumah aja sbbkennn ank ank semua mintak bantal so kami laki bini lepak depan rmh brdua duaan berpegangan tangan kekekeke.

Alhamdulillah segalanya dipermudahkan. Hari pertama persekolahan salah sesuatu cerita baru pada Aryash ank teruna yang ketiga.

Kisahnya hanya suka suka aku mohon prasekolah. Actually dia baru cecah 4tahun pada tahun ini (8 January 2016) .Tapi KPM mengira 5tahun disbbkan lahir awal tahun. Dalam kotak fikir an aku kalau dapat pun aku fikir dan timbang tara kalau tiada rezeki untuknya aku mohon tahun hadapan dimana umurnya genap 5tahun. Kesian dia kecik lagi  nak nak belum pernah bersekolah dimana mana.

Memang pasang angan angan hendak menyekolahkan sebelum dia sekolah PRA tahun ni tapi hanya buih mulut aku yang bersungguh berucap tapi tindakan laki aku hanyala silent. Baik, aku faham dia masih belum ingin melepaskan anak dia. Hhum.

Kini..... bermula episode cerita pabila permohonan aku diluluskan. Syukur, tapi aku pulak yang rasa tidak bersedia hahahaa. OK kita 'go' saja lah dah alang Alang mintak dapat tu.
Alhamdulillah.. 

Akan tetapiiiii..... Sekolah yang aku mohon itu jauh dari rumah dalam 3km dari rumah dan bukan sekolah yang sama dengan abang abang dia. Target aku memang aku hendak mohon sekolah yang sama tetapi berikutan kata kata Cikgu Prasekolah  Cikgu Lela penyampai maklumat aku tu, dia menyuruh aku mohon mengikut 나룰리 (동안)Instinct kalo mintak sangkut itu rezeki tiber keluar Korea Hahahaaaaa. OK sambung.

Aku fikir kalau aku mohon prasekolah abangnya dulu kemungkinan permohonan ditolak disebabkan ramai yang memohon rata rata yang mohon pn kawan Kawan aku jgk hahahahahaa.  So aku ambik langkah selamat memohon sekolah yang berada jauh dari rumah.

Instinct aku tepat. Bila prasekolah yang terdekat tu padat dgn permohonan sehinggakan permohonan anak kawan aku brumur 5tahun pun tidak diluluskan. Kelas ada tiga tapi satu kelas sahaja untuk 5thn dan permohonan untuk Lima tahun sudah lebih dari 80 permohonan. Maka ditapis tapis hanya 25org sahaja layak muat satu kelas. Jika aku mohon prasekolah yang terdekat a. K. A sekolah abg aqilAryan rasanya peluang agak tipis.

Pada  hari lapor diri prasekola.  Niat pn layan je lah tidak ada bersungguh mana pun, sbb keputusan siapakah yang hantar dan siapakah yang menjemputnya belum diputuskan dan bertambah bila aku tidak yakin dengan umurnya. Ikutkan hatiku memg  awal awal dah surrender seram Tengok keadaan jalan dan aku belum ada kekuatan sandang tanggungjawab tu wahahaa.

Jemmed, Loaded sendat dan padat, tiga buah sekolah berdekatan dalam satu kawasan, yang agak sempit berhadapan jalan yang besar.. Parking memang out lah!
'kalo ayash blm bersedia ke sekolah pn tak pe la yash, mami bt homeschooling je tak snggup nk ambik hantar.

Maka berjalan lah kami meluru ke pagar sekolah dan sedang aku memimpin tangan aqeeb, dedi pimpin tangan ayash aku bercakap' ayash mami rasa, mami tk blh la nk hantar ayash, ayash dok rmh jela mami bt class bt homeschooling'. Tetiba laki aku berkata 'tk pela syg, ayg ambik anto naik moto nti.. Hush lega weih bila dikabarkan begitu selesai satu bab.


First day growing happy alhamdulillah. 
 Yang merisaukan aku lagi dia tidak pernah ke sekolah tidak pernah masuk dalam kelas tidak pernah berada dalam situasi tersebut. Hanya berkata 'yash nk skolah pra'. Semangat tu ada, keingian pn ada cuma I isrisau. 

Tahun 5, 5tahun, Tahun 3 dan 3tahun (tiada dalam gamabr) 

Sedang berkumpul untk ke kelas. Kelas jauh.  kiri kanan, kanan kiri terusss, belok kanan balik baru sampai haha.. 

Intai dari jauh.. Sampai je dalam pondok tempat berkumpul ni, Terus tegur kawan tnjk botol air beg sembang sembang. Alhamdulillah dia boleh bawak diri. Sampai rumah pun dia happy tapi lps antar aryan skolah agama, dia bantai tidur sampai asar ngantuk katanya..

 Tahun depan dedi planning nak hantar  skolah swasta pulak, mami planning nak hantar prasekolah abang abang dia senang dekat. Apa apa pn ank berhak Mendapat pendidikan terbaik kan btl tak? 

Hari kedua. 
Bantai tidur pukul 10bru bangun hahaha. Mami it's OK awak masih dalam pembelajaran. Yela pengalan pertama, umur pn baru 4tahun. 

Dan hari ini dia.. 
Bersemangat macam hari pertama. Breakfast pakai stokin sdri pakai kasut sndri. Semoga awak begini sampai hujung tahun. 

Sorry gambar geg.  Jadi la bt kenangan kt sini. Dh besar nnti ank ank buka blog mami ya. 

Lega dia pandai bawal diri. Whstup dari Cikgu kelas. InshaAllah mami nk bt small party bufday dia nnti 8.1.2020 bg dia seronok ke sekolah doa kan berjalan dgn lancar. 

Ada jua aku update status wstup pasal 'umur baru 4tahun, mask prasekolah 5tahun' ramai yang PM tepi tanya knp knp knp.. Huhu. Kisahnya seperti diatas (lahir awal tahun) dan tidak kurangnya ada yang memuji katanya beruntung. Klo difikrkan logik mmg untung brsalin awal tahun ni anak anak cepat belajar yela kan ayash 2tahun dah pandai mengeja mengena warna huruf dan numbers cuma aku rsa dia masih kecil untuk dialami zaman persekolahan.

 Tapi KPM itu lebih banyak mengkaji dan lebih banyak pengalaman bermakna kita hanya menurut perintah dan follow the rolled apa yang ditetapkan oleh dasar KPM. Mungkin itu yang terbaik untuk anak anak dizaman modern ini. 

BTW aku masih belum  moved on issue Menteri Pelajaran yb.mazslee meletakan jawatan sebagai Menteri Pelajaran Malaysia. Sedih hiba mcm mcm perasaan tapi Apa apa pun prjalanan hidup kita tetap berjalan seperti biasa. 

Abg aqil dan aryan. Alhamdulillah dorg dh besar memahami, kerja kami laki bini makin mudah. Kami tinggal je adik adik bila kami berdua pergi joging setiap ahad. Syukur boleh diharap. 

Dan kini mami tinggal berdua saja dgn adik aqeeb manja manja. 

Sekian. Terima kasih baca, ada masa nk update psl brsunat.. Wajib update. 














Read More...

Saturday, 30 November 2019

In memory. All star buka panggung.

Assalamualaikum.

Hari ni sabtu rajin hupdate blog Ken Ken. Selepas subuh enggine belum mula kita mulakan blogging first sblm y lain lain. Fb? Borin hahaha.

Ada yang tengkok cerita All star buka panggung tak? Channel warna.

Sedikit sebanyak pasal all star buka PANGGUNG. Sebuah pertandingan lawak spontan oleh pelakon pelakon yang bukan pelawak. Haa Menarik bukan. Nk habak mai aku memang tak layan sangat TV channels ni hero yang konker. So aku ni kiranya bkn Sempat sangat nak melayan semua tu kecuali yang aku rasakan penting. OK back tu basic.

Terima kasih Rita Rudaini menjemput aku and the geng join pentas akhir all star buka panggung baru baru ini.  Tak sangka makcik and the geng masuk TV huahuahua...

Antara yang berentap di final. 

Gigih ss muka sendiri huahuhuahua. 



Geng mak mak. 

My man. TQ sbb rajin layan bini. 

 Juara dimenangi oleh zul huzalmy. Memang dijangka. Sepanjang pentas dari minggu pertama sampai minggu akhir memang zul huzalmy buat yang terbaik. Tahniah. 

Walau apa pun keputusan juri, RR tetap dihati kami. Maaf aku tak minat artis. Tapi aku sokong dia sbb dia iron lady didik anak without suami dan kami menjadi kawan asbab 'bola'. 












Read More...

Thursday, 14 November 2019

Aku yang bersyukur.

Aku cukup sensitif bila ada yang soal aku bila hendak tambah baby perempuan, bila nak beranak ank perempuan, bila nak ngandung ank perempuan bila, aqeeb nak ada adik perempuan umur muda lagi bole dah tu tambah yang perempuan pulaaaaa blaa blaa blaa.

Masya-Allah. Aku urut dada. Darah aku naik turun turun naik pening nak jawab soalan tu. Seolah aku seorang yang boleh memilih jantina anak masa janin lagi, seolah olah kat rumah aku ni ada satu butang untuk memilih hendak anak lelaki atau perempuan. 

Mei aku habak bagi kau faham. Segala urusan semua Allah yang uruskan korang tak payah susah-susah hendak memberi idea atau menanya soalan yang korang tak perlu tahu. Cukup sahajala korang lihat aku bahagia. Tengok aku diam macam tak ada apa korang pun boleh fikir kot benda is simple.

Mungkin korang nampak aku ni happy tak punya anak perempuan tak ada kemahuan agaknyala kot. Perlu ke hendak cerita dalam kain pada semua? perlu ke korang tau semua kisah aku walau aku tidak cerita? Aku ni bukan mudah hendak cerita pada orang perihal aku. Tak caya tengak FB aku tak de perihal yang pelik, semua aku share pasal yang manfaat je. Buat apa sembang mambang merapu kat situ macam budak kecik pulak. Come on korang, it's it  2020 tak ada istilah peduli perihal kuantiti girl or boy keluarga orang.

Syukur sudah ada anak yang hadir dalam perut aku. Allah hadirkn 4lelaki untuk aku, Untuk rapat dengan aku. Anak lelaki kan semua baik dengan mak. Ank perempuan dengan bapak begitu la pandangan aku selalunya la..

Kalo korang rasa aku ni ada kuasa Vito boleh memilih sudah lama aku guna kuasa itu bahkan aku tolong pula pasangan yang tak dikurniakan zuriat haaa hebat kan huhuhu..

Hidup ni perlu brsyukur walau apa pun Allah bagi. Semua perempuan ke, semua lelaki ke dan yang paling brsyukur Allah bagi merasa menjadi ibu haaa gitttu.. Tak perlu kot menyanya soalan yang boleh buat aku pecah kepala hehehe..

Dan bila aku terjawap selamber katak 'esk beli kt pasar', tggu la anak kau pula' Haa kan dah sentap. Eh eh marah kita pula.. Kita senyum je hehehe.

Tahun depan- 2020 harap tak ada lagi la soalan cam ni. Tak sanggup mak nak cari jawapan positif last last spontan keluar negetif pula hihihi.

Okla out dulu. Jumpa lagi esk dalam edisi terbaru. See ya.









Read More...

Tuesday, 12 November 2019

November bufday party.

12.11.12 - 12.11.19 (8tahun)
Selamat ulang tahun kelahiran Muhammad Aryan Daries. Semoga dilimpahi rezeki seperti air mengalir, dilancarkan segala urusan, impianmu tercapai, jdi anak yang soleh ingt jasa kedua org tua mu. Amiin


24.11.09 - 24.11.19(10Tahun)
Dan tidak lupa pada zuriat yang sulung
Selamat ulang tahun kelahiran Muhammad Aqil Ryan. Semoga abg aqil diberikan kesihatan yang baik, cemerlang gemilang dilimpahi rezeki, menjadi abang yang baik ank yang baik serta berjaya dalam hidup Insyaallah aminn.
Aqil melayan adik adik. 


Cake kegemaran kami. 

Macam kakak sangat adoih hahaa. 



Aku yang branak 4lelaki.

Simple tpi bermakna. 


Maka hadiahnya ialah

Suprise!!!!!!!. 
251119 kita update balik dorg dok pantang  moga dipermudahkan semuanya Insyaallah. 

Terima kasih matok, famly kedua dua pihak kiri dan kanan, kawan Kawan mami. Geng bola Rita Rudaini atas ucapan dan doa semua. Moga dimakbulkn Allah s. W. T. 




Sangat sibuk tika ini. Sabtu ahad byk program bersama kawan Kawan, Nnti ada masa kita update ya.. See ya jumpa lagi dada. 



Read More...

Tuesday, 5 November 2019

Kenangan.

Assalamualaikum.

Tahun ini sahaja 3kali kami sekeluarga berpeluang ke Genting Highlands, Pahang. Dari Rawang ke sini mengambil masa dalam 1jam30minit lalu jalan shortcut Batang Kali.

Bermula dari awal tahun, cuti berganti, public holiday, birthday suami kami ke sini. Jomla layan gambar letih nk type pakai phone ni.








Happy bufday my king. 
130719






Okla bye 
Entri tayang gambar. Maaf klo ada yang benci. Blog dinda, tak salah dinda tayang😁



Read More...
Tutup Lagu