Thursday 30 January 2020

Abang dah bujang.

Assalamualaikum.

Sibuk mnjang nk hapdate tak ada masa, sejak jadual aku berubah tiga ratus enam pulih darjah ni.. Seawal 4pagi aku sudah bangkit dari katil. Tahun ini joging tiap pagi bersama kawan taman pun dah tak boleh memang tak boleh curi masa langsung hokehh!!!!.

Pada tanggal 12 November 2019 iaitu hari kelahiran Aryan aku telah pun membook tarikh bersunat untuk AqilAryan serta ank anak kawan aku. Aryan la paling excited.

Dan pada tarikh 25 November iaitu sehari selepas ulangtahun kelahiran AbgAqil pula mereka 'mendapat' hadiah hahahaa.. Kebetulan sebenarnya yela lahir hujung tahun rapat musim cuti skolah.

Hati ibu gusar sebenarnya, bagaimanakah situasi keadaan tersebut? Eh macam macam persoalan dihati. Tapi Disebabkan kami geng mak mak memilih bersama-sama menyunatkan anak kami bersaing saing agak kurang la sikit debaran kami. Aqil satu kelas dengan Adam anaknya Kak eja dan Aryan satu kelas dengan mikael anaknya Kak Yat Kawan taman aku selaku kawan joging aku tiap pagi tahun lepas so dorg dah kenal kawan, kiranya hendak berkawan kawan juga.

Sebelum bermulanya debaran tersebut aku dan laki aku telah 'memancing' Aqil Aryan siap siap. Sambutan hari kelahiran Aryan kami laksanakan seperti yang  dia hendak kek. Aqil  hendak MCD pula sebelum ke klinik layan jela asal semua dipermudah dan berharap dorg brdua memberikan kerjasama yang mantap.

'SR' tk tahanya. bufday aqil. 




Aku agak Keliru untuk memilih klinik yang ada dan cara sunat. Aku juga diberi kepercayaan untuk mmbuat pilihan mak mak tidak kisah hanya ikut sahaja keputusan aku, mereka tahu aku agak cerewet bab ini.  Taknik clamp... ya clamp pilihan aku. Cara mudah senang hendak jaga senang hendak brgerak dan tidak Sesakit lazer. Hampir dua minggu aku kaji riki riki sana dan sini tanya yang pakar, dokter yang bijak mengambil hati budak budak dan of course dokter yang berpengalaman. OKey pilihan aku tepat dan sangat memuaskan hati mak mak semua 'Poliklinik Keluarga' pilihan aku, dimana dokter aku kenal senang berurusan dan paling penting salah satu klinik Menggunakan teknik claimp. Banyak nasihat cara cara penjagaan dikomgsi, dan aku suka cara dokter itu Dokter Faizal asal Klantan lagi mudah bicara hanya berbahasa klantan je, orang sekampung.

Alhamdulillah semua berjalan seperti yang dirangcang. Debaran ketika anak anak didalam bilik dokter bersama bapak masing-masing hilang tatkala geng emak emak dok membawang diluar bilik, tau tau dh siap hahahaa.. Drama air mata? adaaaa, tapi kami buat buat tidak nampak demi menggelakan kemanjaan berlaku wahaahahaa.. Anak anak lelaki mesti sado sado semuanya.

Masuk bab pantang. Aqil aryan kurang gemar makan ikan. Disitu aku main peranan sesi pujuk memujuk dan sesi makan beradap sesi suap bersuap depa ni takut tercekik tulang. Stock Vitamin c tak putus sejak hari tu sampai sekarang, untuk luka cepat sembuh kalau kita amalkan nak nak aku ni pengalaman czer bezaannya sama  cuma pantang czer agak lama, aku membeli diguardian Effervescent Vitamin dorg suka asap asap keluar tu bila diletak didalam air, lagi lagi rasanya oren sebenar. Kain pelikat stock aku beli kat hari hari je. 

 Adik teman abang pantang. 

Berpantang dimalam pertama. Aku siapkan kelengkapan minyak panas, air masak, ubat sebelum aqil aryan terasa sakit. Aku sua ubat siap siap sapu minyak panas dilutut belakang lutut betis dan tapak kaki bgi rasa hangat dan tidak bagi rasa sakit dimalam hari, pakaikan stokin selepas maghrib mengelakkn kaki sejuk dan cramp. Alhamdulillah meraka baik baik saje.

Hadiah hari jadi. 

Genap dua minggu kami ke klinik yang sama untuk buka claimp. Sebelum ke klinik sewajibnya mereka berendam sama ada didalam besen berisi air atau ke sungai supaya clamp tidak melekat pada kulit yang sudah mati. Kami ke sungai Kancing Templer Park  berendam sambil bermain air.

Selesai  sudah dua bradik bersunat boleh digelar anak 'bujang' la kan sekarang. Aku macam mimpi pun ada dua ketoi tu dah bersunat hahahaaa
Geng sunat 2019.


Eh nk tanya, laki kasi dua riban ringgis ni.. Buntu nak shopping apoo. Ada cadagan tak?? Dah tua tua ni  dah tak tahu ada duit nak buat apa, shopping? Tiba masanya kau akan bosan Huahuahua. 

:::::tamat::::
Terima kasih baca, membaca tu kan jabatan ilmu. 


No comments:

Post a Comment

Tutup Lagu