Friday 31 January 2020

Pengurusan hasrat dengki Sinar FM.

Assalamualaikum.

Menarik tajuk  dicorong radio pagi ini bersama ustaz Fawas.

Dengki sudah sebati dalam masyarakat kita ada yang dengki diambil secara positif dan ada diambil secara negetif.

Cara negetif  :  kita tidak senang lihat kelebihan orang lain dan mula untuk lebih dari dia. contohnya kawan membeli baju atau apa sahaja kita mula membeli mengikut rasa apa yang dia ada. Orang seperti ini yang diulaskan  oleh ustaz pagi tadi seolah olah hatinya tidak senang melihat apa yang orang ada. Sifat yang sangat teruk dalam masyarakat dan boleh membuka aib diri sendiri.

Sebagai kawan kepada mereka seperti ini  dinasihat kan jauhila demi menjaga hati, jangan lupa untuk berdoa kerana setiap doa itu malaikat amiinkan untuk kita juga. Sentiasa positifkan diri dan banyak kan berzikir.

Cara Positif : Kita menumpang gembira melihat kelebihan orang lain dan mengambilnya dari sudut positif untuk input rasa bersyukur dalam diri kita.

Ada pemanggil ajukan soalan.
'ustaz macam mana hendak buang sangkaan orang dengki dengan kita, walhal orang itu tidak dengki dengan kita.

Jawapan ustaz: 'kawal' sifat negetif  buang jauh dan cuba bersyukur nikmatnya Allah kurniakan segalanya. Berusaha dekat kan diri dengan Allah. Jangan terfikir orang tidak menyukai kita, fikir baik baik dan indah sahaja pasal orang lain.

Setiap manusia Allah ciptakan  ada 'lombongnya' itulah keistimewaannya. Maka hendak berjaya berusaha untuk menemui keistimewaan kita sebenar. Bersaing secara sihat, Berfikiran positif  penting untuk tidak menyekat rezeki dan reality tidak menconteng arang dimuka sendiri. Banyakan doa serta merapatkan diri dari orang yang positif.

Perkongsian yang sangat berguna pada aku, tak salah aku kongsi disini bukan. Moga kita semua didalam rahmat Allah. Yang buruk kita betul kan, yang baik elok kita teruskan jalan.  Insyaallah moga kita semua Allah lindung dari sifat yang boleh burukkan diri kita.

1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Tutup Lagu