Friday 13 February 2015

Mencari kekuatan diri

Assalamuaikum.

12/02/2015


Tarikh bermakna buat Rakyat Kelantan.

Selepas Rakyat Kelantan menangis menerima bencana banjir yang terdasyat, dan hari ini perginya orang ulamak teragung, menemui Pencipta. Peginya malam jumaat yang penuh Barokah. 

Al fatihah untuk Tok Guru Nik Aziz Nik Mat,

Serba sedikit tentang beliau.


Nama: Nik Abdul Aziz Nik Mat. 

Tahun Lahir: 1931

Tempat Lahir: Pulau Melaka

Pendidikan:

• Sekolah Kebangsaan Kedai Lalat (3 Bulan). - 1936

• Sekolah Pondok Tok Kenali Kubang Kerian.

• Sekolah Pondok Tok Guru Haji Abbas Besut, Terengganu.

• Universiti Deobond, India – 1952.

• Lahore, Pakistan – Ilmu Tafsir Quran – 1957.

• Universiti Al-Azhar, Mesir – Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Arab.

• Universiti Al-Azhar, Mesir – Sarjana Perundangan Islam.


Pekerjaan:

• Guru Sekolah Menengah Agama Tarbiyyah Mardiah, Panchor.

• Guru Sekolah Menengah Agama Darul Anwar, Pulau Melaka.

• Penyelia Kelas Dewasa – KEMAS.

• Guru Sekolah Menengah Maahad Muhammadi, Kota Bharu.


Politik:

• 1967 – Daftar sebagai ahli PAS.

• 1967-1969 -Pilihanraya Kecil – Ahli Parlimen Kelantan Hilir.

• 1969-1974 - Ahli Parlimen Kelantan Hilir.

• 1974-1978 - Ahli Parlimen Kelantan Hilir. (Kawasan ini ditukar nama kepada Parlimen Pengkalan Chepa).

• 1978-1982 – Ahli Parlimen Pengkalan Chepa.

• 1982-1986 - Ahli Parlimen Pengkalan Chepa.

• 1986-1990 – Ahli Dewan Undangan Negeri Semut Api Kelantan.

 –  Bekas Menteri Besar Kelantan.


Trivia Tok Guru Nik Aziz sebagai Menteri Besar Kelantan:

•Tiap-tiap pagi menjadi imam subuh dan memberi tazkirah

•40% dari gaji beliau digunakan untuk parti PAS di Kelantan.

•Rumah beliau dekat tepi masjid dibuat dari kayu dan tangga dari simen, tiada batu marmar,mozaik atau hiasan yang mahal-mahal.

•Rumah beliau tidak berpagar tiada pengawal dan tiada orang gaji pun.Siapa-siapa boleh masuk kalau nak jumpa beliau.

•Dia seorang yang warak dan zuhud.

•Sejak dulu, elaun rumah, elaun keraian, elaun buka puasa malah elaun hari raya pun tak pernah beliau ambil.

•Beliau berpesan kepada semua ahli-ahli exco yang terpilih supaya tidak menerima sebarang bentuk hadiah dari sesiapa pun kerana hadiah itu berkemungkinan adalah berupa sogokan atau rasuah yang boleh menyebabkan korupsi.


Sesungguhnya aku terutama anak jati Kelantan diperantauan turut merasai kehilagan beliau, Seolah-olah kehilangan satu permata yang amat bernilai.. AL-FATIHAH, salam takziah untuk ahli keluarga dan terutama isteri beliau Tuan Sabariah bt Tuan Ishak semoga tabah menempuhi segala ujian Allah berikan.dan Semoga roh beliau ditempatkan dikalangan oraang-orang beriman, Amin.



1931-2015

Tok Guru Nik Aziz Nik Mat dalam ingatan.



Al-fatihah.




Semalam, dengan mata berat, tidak cukup tido disebabkn aku bangun melipat baju yang menimbun pukul 3pg, Gigih aku bangun siapkan Arjuna.Mujur Arjuna bangun tampa aku kejut, mandi dan aku hantar ke sekolah macam biasa. Dapat perkhabaran si pencinta hati ada games football kat Bangsar. Aku ingatkan daddy balik tidak sampai ke tengah malam kiranya petang daddy dah boleh jemput Arjuna ke sekolah, Rupaya tekaan aku meleset, Chait!!

Dengan mata dah mcm panda, badan lesu aku gigih berjalan kaki pergi ke pasar malam diseberang jalan office ni, sebelum balik kerja. berpeluh jugak ketiak dikala berjalan kaki dengan laju sebab aku berkejaran masa untuk ambil Arjuna pula selepas itu. 


Selepas merempuh jem 3lokasi, sampailah aku dihadapan sekolah Arjuna, naik tangga tingkat 1. turun balik sambil berpimpin tangan dgn dua orang hero aku tu, DIsitu aku rasa tenaga aku hampir 30% hilang dikala naik tangga turun tangga, Sesampainya dirumah masing-masing buat perangai, bergaduh, saling ejek-mengejek, usik mengusik. Saat itu la tangisan berlaung laungan kedengaran sambil sesi lari larian. hoh!! aku tensen!! 

Dengan muka kelat, hati sakit, perot lapa, mulut muncung, aku membuka bungkusan nasi kerabu dan makan tampa hirau. itu pun aku tidak kehabisan dikala tekanan perasaan aku macam agak weng-weng kepala aku, sempat jugak aku sebat hanger melibas ala-ala manja campur cedikit geram , aku kasi sorang satu, aku kasi hadiah istimewa. Maka bergemalah tangisan keramat dirumah malam tadi hahaha...kwang kwang kwang..

Fon Pink aku diambil, aduan aku hantarkan kepada wakil rakyat bahagian counselling hahaha, Maaf ye sayang, Darling mmg tidak dapt mengawal emosi, disebab keletihan mata pon mcm berpusing-pusing, Bertambah kemaarahan bila mu tiada sisi sewaktu aku perlukan mu.


Bila badan sudah letih, emosi tidak stabil maka aku tutup lampu terlebih awal, sebelum daddy balik. Dan aku dan aku tidak tebersentuhan pon dengan air, maksudnya aku tidak mandi masih berpakaian lengkap mcm aku keluar pergi kerja pagi tadi hahaha.. opppsss!! 


Dan malam tadi daddy pegang-pegang dahi abang Ryan, katanya abg demam. Aku manegalah dan aku setuju bawak Arjuna ke office hari ini, Ingin bawak Ryan je, tpi biasa diorng mmg tidak bole beranggang, bergaduh mcm mana pon malam tidur berpelukkan. Dan aku angkut semua dtg office hari ini.  Nak je aku suruh daddy ambik cuti, dia pulak ada khrusus kt Shah Alam.


Dalam kereta tadi berulang-ulang aku memesan jgn bergaduh, masing-masing ckp faham. Bila sampai depan office tengok pintu masih lagi tutup, guard pon msih blm sampai, aku ambik kesempatan bawak Arjuna ke Klinik, ambik ubat, dan ke kedai basah beli lauk basah untuk masak esk, jalan ke hedapn sikit aku singgah beli makann untuk Arjuna.


sebaik pintu office bukak serbuan anak-anak aku sebelm staff lain touch in hahaa, kecoh betul, tidak sampai 5jam aku sudah tidak tentu arah, dan aku call bekas pengasuh Arjuna. Kak Ila, supaya mengambil alih tugasan untuk menjaga hero aku tu hahaha, Terima kasih Kak Ila.kerana bersetuju untuk menjaga sebelum daddy jemput tengah hari. 


Kunci kereta ku capai, lalu aku hantarkan Arjuna ke rumah Kak Ila, Abang Ryan ni kannn! memang susah, dia pulak yang tak nak turun dari kereta, aku dukung aku pujuk, tambahan Kak Ila pon pandai memujuk, mujurlah Abg Ryan nak jugak duduk situ. 


Sekarang office aku sunyi lunch hour, dan solat jumaat, eh mkn blm lg ni makan dulu yee


dadaaa..


Nota kaki : Semoga kesabaran aku menebal sampai bila-bila. Chaiyoook chaiiyoookk!!!..

No comments:

Post a Comment

Tutup Lagu