Saturday 7 February 2015

For Fun

Assalamualaikum, Jumaat penghulu segala hari.


Petang semalam sedang mencari sesuap nasi dipejabat . Terima wasap dari  si pencinta hati

 

En suami-  'malam ni jom kita pergi fun fair'


aku- OK.



Dalam kereta , dalam perjalanan (lalu hadapan fun fair). 

Sebelum daddy buat pusingan U, Ryan dah mula meronta-ronta mintak daddy berhentikan kereta, agaknya dia ingat daddy tak berhenti kat fun fair tu. hahaha, kalau dah suka tengok lampu, suka main main main, memang teruja melihat apa yang mereka minat. 


Tapi aku kecik-kecik dulu sangat jarang ma aku bawak tempat macam tu sebab kehidupan kami sekeluarga sederhana cukup makan minum pun dah bersyukur.



Daddy sememangnya akan cari tempat letak kereta dibahagian dekat dengan pintu masuk, mungkin kesian kat bini anak-anak dia jalan jauh, yelahkan bininya dah gemok jalan pon dah macam siput ,nak bawak beban lemak-lemak tepu yang berkurun diternak tu hahahaa..






                             Buaian Berlampu, cantik betul dah mcm kt paris hahahaa. 




Keretapi, kegemaran arjuna.




Ni naik buaian berlampu tadi, tak berapa seronok sebb ada penghalang untuk melihat pandangan luar. Muka cuak masing-masing hahaha.



Sebelum balik rumah kami singgah makan malam dikedai tomyam sebelah fun fair.Arjuna independent, Ryan membaca buku, Aryan memberi kucing makan kt bawah kakinya. Masing-masing pandai bawak diri.


Terdengar laungan suara aku memekik bila Aryan ingin sentuh kucing tu, tangan kanan ada keropok ikan, tangan kiri hampir terkena badan kucing terbiar. Orang makan di meja sebelah terjeling jeling kt kami. Perkara biasa bagi aku bila ada anak dua ni. Dulu-dulu masa sebelum kawen malu- malu cakap pun tak berbunyi. Ada anak satu masih lagi boleh control, Anak kedua volume berada ditahap satu, anak tiga, anak keempat?? 

No comments:

Post a Comment

Tutup Lagu