Thursday 5 February 2015

AKU






Kalau pintu tertutup dan berkunci boleh bukak,
Kalau pintu hati tertutup, jiwa terkunci macam mana ye??


Assalamualaikum dunia 

Bangunlah semua 
Lihatlah pada diri kita 
Semua serupa 
Damailah manusiaKita bersaudara 

Assalamualaikum dunia 
Assalamualaikum dunia.



Pagi tadi. Punya la dugaan cabaran tidak disangkal. Ryan liat hendak bangun, jarum jam berada di nombor 8, jarum satu lagi berada di nombor 6, maka masa tepat pukul 8.30pagi, waduh waduh...lekas lekas bergerak pantas, Aku bersyukur Allah permudahkan lagi urusan hambanya ini. Walaupun aku sentiasa lambat punch in kt office ni. Bila sudah lambat maka ribut taufan puting beliung kelam kelibut akan menyerang, hahahaa.


Sudahkan Lambat, duhaiiiii anak masa ni jugak la kamu mintak macam-macam, Mahu berbekal roti potong roti kecil-kecil, potong kepala roti dan masuk dalam bekas makanan. Sudahkan lambat bertambah lagi lagi dan lagi lambat, Tidak ku layan mau mood dia hendak ke seklolah hilang entah ke mana, so aku buat lembut-lembut hati jelah..


Sampainya dihadapan Sekolah,


'OK ambil beg masing-masing'


(Ryan sudah pun menyarung beg di belakang badannya.)
(Manakala Aryan masih tercari- cari begnya)
aduhhhh!! aduhh! beg dia tertinggal tertinggal.


'Beg adik tinggal kt rumah la mamy'-Ryan


(Muka Aryan terpingga-pingga sambil mencari beg kt bawah kerusi dalam kereta)silap aku jugak sebab selalunya aku pastikan arjuna menyarung beg sekolah dahulu sebelum keluar dari rumah.


Goyang-goyang mulut aku dok membebel.Sampai ke pintu sekolah cikgu jemput.


'Teacher Beg sekolah aryan tertinggal, nanti ambik baju Ryan bagi adik dia pakai ye' nak patah balik memang tidak la, sudah lambat ni.



'Oh mujur puan bawak 2 pasang baju'


'Ye saya memang bawak 2 pasang baju sehari, cuma drypers ada tak kt sekolah?(Standby)

Ada rasanya- cikgu


Dengan tergasa-gesa aku melangkah keluar tampa salam arjuna aku tu, nak cepat. hahaha.


Dua tiga hari ni, Aku tidak cukup tidur, tidur-tidur ayam jantan ja, Pinggang aku sakit, Malam tadi aku tidur awal tak tahan mata berat, malam sebelumnya aku bangun  pukul 3 pagi melipat baju.
Sewaktu Arjuna tidur barulah boleh beroperasi melipat baju. Hendak buat macam mana bila mata Arjuna masih lagi segar operasi melipat baju tergendala, Aku yang peluh ketiak melipat datang anak-anak meruntuhkan kain yang aku lipat tu.


Mata aku bengkak eye bag, pinggang aku macam nak patah dua, muka aku kusam, kulit aku berminyak, muka aku jerawat, sampai dalam mata timbulnya jerawat.Tumit kaki ku pun pecah, Badan aku tak seharum dahulu. Mungkin sebab faktor usia, mugkin sebab faktor stress, mungkin sebab faktor persekitaran, mugkin sebab sebab tidak mengambil jamu, suplement macam dulu-dulu, Aku makin malas buat benda-benda yang aku rasa tidak berfaedah untuk diri aku. Ternyata salah salah salah salah sama sekali. Hahahaa 

Jumpa lagi, Waalaikumussalam duniaaaa






                      
Blanja satu keping gambar, rasa kosong bila tampa gambar ni







No comments:

Post a Comment

Tutup Lagu