Thursday 29 December 2016

Berdikari entry #THROWBACK

Hai Disember, Pengakhiran tahun bagi 2016.
Salam pagian. 💜

Dalam En Aidil Norhadi sibuk memanjang keluar rumah 8pagi, baliknya bertemu paginya pula. Baliknya menghadiahkan aku seluar kesan lumpur untuk disental. Aku terdetik sampai bila harus aku menunggu pelawaan sidia yang begitu buzy untuk membawa kami  keluar dari rumah? Sampai bila harus aku memendam seribu perasaan bila 'menggajak' dan ditolak mentah sidia yang oncall 24/7 kerja mengcari rezeki untuk keluarga?.

Memandangkan Syarikat memperkecilkan bilangan pekerja,  dimana pekerja yang sudah lama berkhidmat dan bersara 2 atau 3 tahun lagi disaran untuk retired awal, menghadkan 'overtime' juga mengecilkan kumpulan. Mr AN mengambil peluang mengandakan wang dengan memulun OT sehabisan. Aku tidak kisah tapi bagaimana dengan anak-anak ? tidaklah aku mahu anak-anak mengjadi taruhan.

Aku memikirkan masa ini sesuainya harus berdikari tanpa dia, tika ini aku harus bangkit tanpa bantuan siapa-siapa. Aku tidak mahu status bergelar suri rumah tangga digelar 'katak bawah rumah', dan aku tidak mahu bila status ini juga aku kehilangan keyakinan diri, mundur dari dunia luar.

Maka For the first time, aku mengangkut anak-anak keluar rumah. Aeon Rawang dituju tidak jauh dari rumah. Pada yang lain ianya pekara biasa tapi pada aku ianya  sangat memerlukan fizikial dan mental yang gagah dan tidak mudah dikendalikan dikala herohero aku melasak susah dicontrol.

Aku siapkan anak anak dengan hati berbelah14 hehehehee. Hendak dan tak nak sama banyaknya bila melihat kernah anak- anak yang melasak bermain bergurau sebelum keluar rumah. Hendak padam saja niat tapiiiiii sudah berjanji redahkan sajalah.

Dalam perjalanan. Aku saiko siapsiap sampai Aeon behave hero-hero den hahahaha lega. Sempat juga aku shopping sandle, pensel warna dan selebihnya barang anak-anak.






Terima kasih deja, kerna buku coloring ini juga penyebab aku gigih keluar rumah membeli pensel warna.

Anak-anak den.


#THrowback picture birthday AQil 6Tahun.

Hadiah dari dedi.



Dan hari ni MrAN mengambil cuti untuk menghantar aku anak-anak ke kampung, Setelah aku menunggu day by day.



Salam sayang 💘❤.

Nota Jejari :  Entry baru nk publish setelah sekian lama menaip, Jumpa dientry yang akan datang..










1 comment:

  1. semua da skola, entry cuti baru publish. ahahaha, mmg dilema emak2 btl.

    ReplyDelete

Tutup Lagu