Kecoh, media sosial pasal Difteria. Aku membuat berapa research tentang penyakit ini yang menyerang kanak-kanak yang tidak diberi suntikan vaksin.
mari kita kenali kembali apa itu difteria?
Apa itu difteria?
Difteria adalah jangkitan kuman oleh bakteria “Corynebacterium diphtheria”.
Bakteria ini akan mengeluarkan toksin yang berbahaya kepada pengidapnya
yang boleh menyebabkan kegagalan fungsi jantung, kegagalan fungsi saraf
dan kegagalan pernafasan, justeru membawa maut. Ia boleh menghasilkan
pembentukan seakan lapisan selaput nanah berwarna kelabu-kehijauan pada
saluran kerongkong pesakit sehingga jauh ke dalam bahagian laluan
pernafasan atas (larynx), yang mana boleh menyebabkan kesukaran pesakit bernafas.
Siapa yang cenderung mendapat jangkitan difteria?
Umumnya terjadi pada mereka yang tidak diberi suntikan vaksin pencegahan difteria.
Apakah gejala-gejala difteria?
Perlu ditekankan di sini difteria boleh
hadir dengan gejala yang sangat tidak khusus pada peringkat awalnya,
seperti gejala-gejala demam biasa. Antaranya termasuklah demam ringan
dan sederhana, sakit tekak dan sakit ketika menelan atau bengkak leher.
Justeru, ianya boleh disalah-anggap sebagai jangkitan kuman tekak yang
biasa sekiranya tidak disyaki lebih awal dan dipandang serius. Akhirnya,
pesakit boleh hadir dengan kesukaran bernafas, mahupun kematian.
Kebarangkalian kematian?
Tanpa rawatan awal, ia boleh mencecah
kepada keberangkalian kematian sehingga 20 peratus, terutama pada
kanak-kanak dan golongan yang lanjut usia.
Bagaimana ia boleh merebak?
Difteria sangat MUDAH merebak melalui batuk dan bersin pesakit.
Bagaimana jangkitan difteria dapat dikesan?
Difteria dapat dikenalpasti apabila
pihak doktor mengambil sampel kuman pada tekak pesakit dan mengenalpasti
kuman tersebut di makmal. Namun rawatan awal akan senantiasa diberikan
pada kali pertama berjumpa pesakit biarpun kuman belum dapat
dikenalpasti. Ini kerana, penyakit difteria ini boleh menjadi teruk
dalam masa yang singkat.
Adakah ianya boleh dirawat?
Ya. Bakteria ini dapat dikawal dengan rawatan antibiotik seperti penicillin atau erythromycin.
Terdapat juga keperluan antitoxin yang mana mampu mengawal penularan
toksin difteria di dalam darah. Namun, ianya tidak dapat memusnahkan
toksin yang sudah melekat pada tisu badan. Perlu diingatkan tidak semua
fasiliti kesihatan ada mempunyai antitoksin tersebut kerana amat jarang
penyakit ini berlaku. Pesakit juga perlulah diberi pemantauan rapi di
dalam hospital dan dikuarantikan untuk mencegah jangkitan kepada
individu yang lain.
Bolehkah difteria berulang?
Ya, jangkitan difteria boleh berulang
biarpun anda pernah menghidapi jangkitan difteria. Justeru, setiap
individu perlulah mengambil langkah pencegahan dengan mendapatkan
imunisasi difteria yang berkesan melalui suntikan vaksin dan mampu
menurunkan risiko mendapat jangkitan difteria.
Apakah cara terbaik mencegah difteria?
Cara terbaik mencegah difteria adalah mendapatkan imunisasi vaksin difteria.
Bagaimanakah jadual imunisasi difteria di Malaysia?
Pemberian imunisasi vaksin di Malaysia
adalah diberi serentak dengan imunisasi penyakit polio dan tetanus yang
diberikan pada bayi berusia 2 bulan, 3 bulan dan 5 bulan (keseluruhan 3
dos) dan mendapat dos booster pada usia 18 bulan dan 7 tahun.
Bagaimana jika anak saya tidak pernah mendapatkan imunisasi difteria?
Imunisasi difteria boleh diberikan
biarpun anda sudah menjangkau usia kanak-kanak, remaja mahupun dewasa
dan tidak pernah mendapatkan vaksin difteria. Silalah mendapat maklumat
lanjut dari pihak doktor anda untuk maklumat lanjut vaksin tersebut.
Justeru itu, diharap artikel ini dapat
memberi kesedaran yang mendalam kepada semua, terutama berkenaan bahaya
penyakit difteria dan pentingnya pencegahan jangkitan difteria melalui
imunisasi. Mari beri sokongan pada program vaksin. Mari bersama-sama
menjadikan difteria sebagai satu sejarah yang tidak boleh berulang lagi.
Pendapat aku selaku ibu kepada 3orang cahaya mata, Jika sayangkan anak ikut apa yang dicadangkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia disitu kita boleh membuat sebarang rujukan masalah kesihatan anak-anak. Mengambil Vaksin secara percuma dan kidmat nasihat secara berkala, Mudahkan.So pada anti vaksin tu lebih baik mengambil langkah bijak untuk mencegah anak-anak dari sebarang penyakit.
No comments:
Post a Comment