Friday, 17 June 2022

Disini tanda kenangan.

New chapters
Rawang Bypass. 
19may2022. 

Ciptaan Tuhan yang amat sempurna. Alhamdullilah terimakasih Allah kurniakan pancaindera yang sempurna, nafas yang baik serta daya ketahanan dan daya pemikiran yang amat kuat. Alhamdulillah Ya-ALLAH. 
U&me
Yallah cantik ciptaan Mu Yang Maha Kaya. 
Jalan berbatu-batu dan tinggi. 




Read More...

Friday, 28 January 2022

Makan-makan.

Assalamualaikum.
Haihh ada yang theraserr ke?? Hahaha harap bersabar, kalau terasa bermakna semua itu cerita benar belakee. Kenapa nak mengeluh tunjuk protes, lex lex sudah hihihi. Aku ni tak suka block org, tapi bila dah block tu menunjukkan aku hampir ke garisan 'membuang' kalau dulu light light jela kau.. Kau.. Ku hidup ku..

Dulu pernah aku cerita. Segalanya semua dia, dia dah menang, dia lebih, dia lebih kaya dari aku, dia lebih bahagia sampai suami layan bak puteri cebokan segala bagai, segalanya cukup lengkap hidup dia.  Sangat beruntung. Aku dah nobatkan dia pemenang, dia paling beruntung dia paling bertuah dan dia paling cantik. Tak payah bertanding apa apa acara dengan ku, kau juara tampa bertanding okey. 

Tidak ada sedikit pun aku merasa hidup aku dgn dia penuh dengan kebencian dan kedengkian. Aku  memang jenis tak dapat feel 'dengki', tak sampai feel tu sejak dulu tak tahu kenapa, bukan pada dia tapi pada orang lain sama. Kalau ada perasaan tu dah lama aku lawan. Tak lawan sbb dah takde perasaan dengki dengan meningkat umur ni malas cari pasal, itu satu. 

Kalau betul aku salah say yes, dan mintak maaf aku begitu. Bukan ganggu hidup org, dan baling batu sorok tangan than tuduh orang dengan macam macam andaian merasakan diri semua betul, orang lain salah. Muhasabah diri, sudah-sudahlah. 

Maafkan ku kalau kau rasa aku yang salah. Ia semua salah aku kerana tidak dpt melawan segala acara dengan kau tidak dpt melayan kau sepenuhnya, tidak dpt say yes apa apa pendapat kau, tak dapat ikut rentak kau, ikut idea kau, ikut kata-kata kau, tak ikut fashion style kau dan lain lain lah. Sorry ya aku lebih suka jadi diri aku dulu kini dan selamanya. 

Tapi kenapa kau masih mencari aku kalau dah tak suka aku.. Kenapa masih mencari aku kesana kesini kenapa kenapa kenapa?. 

Kalau kau rasa bersalah apa yang kau buat pada ku. Be yourself, datang kita chit chat. Tapi nak juga aku tanya kenapa masti kau 'meniru kehidupan' aku. End-up kau salahkan aku haiihh.. 

Tak ada benda bgi aku kalau kau dah ada perasaan bersalah, dan keegoan kau hilang dan terdetik hendak smooth kan keadaan datanglah aku nak tau penjelasan kau. Dan Takdenya aku tetiba mengamuk marah kau tak tentu pasal disebabkan hati kau dah belajar untuk berubah. 

Ok
Kita beralih ke cerita lain.... 

Hendak dijadikan cerita keluar lah kami ke gua batu eh! aku ya bukan Mas, dia sememangnya kehulu kehilir. Tapi mujur ada juga hendak melayan selera aku. Dia bawak, dia drive, kereta dia, tol dia, minyak dia, lanjee pun dia kekeke. Syukur dapat kawan macam dia, next time aku lak lanjee oh ya btw kami memang buat system penggiliran bab lanje lanje ni tapi bab transportation of couse la kereta dia haha.
Bersama Masyitoh Mat Radin, Ito. 


Yang disebut dia dia tu, ini tuan badannya Masyitoh Mat Radin my friend. Tq baby setia bersama i walau dimana berada tehehehe. 

Orang kuat Aeon credit service Rawang okeh! Haha. 

Mestila nak juga. Kenny Hills Bakers, Bukit Tunku KL. 
Ok sambung lagi starbucks coffee, but no coffee i like chocolate frapocino so yummss!

Sebelum balik apaa lagisssss singgah shopping kt Wangsa walk sempat rembat dress sehelai, korea bloouse sehelai dan pallazo skirt dua helai u&me i lanje u. 

 
Sekian, salam saiiyangg. 



Read More...

Monday, 17 January 2022

Bufday party, lepak-lepak.

Assalamualaikum.
Tahun ni cukup Ayash 6tahun tapi masih lagi diPRaSekolah 5tahun pkp punya hal. Alhamdulillah banyak perubahan dia untuk tahun ini walaupun sekolah baru bermula berapa bulan rata-rata cikgu bagi info yang sangat positive ok hbis.

8 January hari kami sambut hanya sederhana, majlis kecik tapi banyak makna cukup buat kami gembira tak perlu mewah, tu lebih buat kami belajar erti bersyukur bahagia dengan cara kami alhamdulillah. Yang indah itu tak perlu yang mewah, cukup sekadar sederhana apa yang pentinggss bahagiaaa gitewww!. 

Happy birthday Ayash moga jadi anak yang baik, taat pada perintah Allah, taat pada mami dadi. 

Mana satu ayash, mana satu Aqeeb?

Dan sebelum aku pulang bawak balik cake sempat ngopi dgn kak lyn mama sarah suhairi. Btw kami memang sangat rapat ibarat sorang kakak dengan seorang adik. Pemikiran kami sama lavel walau usia kami jauh beza That's why kami selalu together. Dan dia salah sorang idols aku, banyak pekara aku ambik dan jadikan satu motivated untuk diri aku lagi lagi tentang keluarga, dan kesihatan. 
Caya tak umur kaklyn 49tahun?. Awet mudakan, dia tak pernah bangga diri mempunyai raut wajah yang sangat mulus, awet muda data kawangan pada aku sangat baik dan seorang mama kepada seorang artis. Aku berkawan bukan sebab mama seorang artis, Pada mulanya aku pun tak tahu yang dia mama kepada  sarah Suhairi haha. 

Berkawan hanya NN studio zumba sahaja. sejak kisah 6 sekawan dan berlaku sesuatu yang tidak dijangka kami undurkan diri dan buat haluan masing-masing maka tinggal aku dan kaklyn berdua, kami masih lagi akhrab hingga kini. 

Doa aku agar hubungan kami kekal sampai bila bila.  Amin. 

Persahabatan itu adalah motivation dan inspiration bukan hanya gengsi dan basi basi. 



Read More...

Sunday, 16 January 2022

Daku dalam confusion.

Assalamualaikum.

Betul orang cakap manusia ni lebih banyak klasifikasi buruk tentang orang lain dari menceritakan hal yang baik dan berkait kait dengan org lain pula, susah nak ubah. Aku pun kadangkala cam tu but aku  lawan bukan 'layan' tapi 'melawan' perasaan yang tidak baik itu. 

Ceritanya kisah dulu. Dan aku tau dia akan baca. Maafkan aku kalau kau terasa tapi aku cerita ni real tidak sama sekali aku ada adakan cerita dan berlaku. Bila mana kau sendiri yang nampak macam hendak 'berlawan'. Bila mana kau sendiri yang buka aib kau  kawan kawan keliling dan keluarga rapat yang baik dengan aku(dendiamtanpa mengetahuan kau). Kau add requests frend kt media sosial dorg semua untuk apa ya??
 Sebenarnya mereka pelik dan mereka menanya kisah ni. 
Soalan pertamanya 'eh aku pelik kenapa CikA ni add aku kat ig/fb komen komen like like kt media social Aku, dia kawan kau kannnn sebab aku nampak mutual friends dengan kau, aku tak kenal dia kenapa dia add aku erk?'. Aku terkedu sampai tak tahu aku nak jawab apa, sampai ke situ. Issue besar. Bkn sorang tapi tiga orang. Aku hanya bg jawapan  entah aku tak kenal dia. 

Bermula satu persatu masalah, bila aku update status. Kau update status yang sama atau lebih kurang seolah olah menjawab soalan aku update gambar pn akan lebih kurang sama dan begitula seterusnya, banyak kali berulang ulang dan ulang aku diam saje. Yang teramat perasan budak budak exopis yang punya boleh tengok status aku , dorg tk berani PM cikA ni katanya cepat melatah, maka aku yang gila gila rapat dengan semua orang ni akan ditanya itu ini. Apa yang aku jawap 'biarkanlah diaaaaa'. sebab aku dah faham sangat perangainya. Saiko. 

Jawabpan terjawab juga setelah salah sorang kawan yang 'terkena juga' sebabnya aku salah sorang terkena 'habisan'. (Mana dorang dapat hidu? Ceritanya diatas tadi pasal status sama, distatus dorang blh hidu). Sebenarnya aku dah lama lupakan pasal dia sejak aku lari dari dia dan lupakan kisah itu.  Jujur aku cakap. Tapi dorang tetap cari aku dan akan sampaikan cerita walaupn aku tidaklah menanya. Aku hanya mendengar, masuk telinga kiri keluar kut telinga kanan. Tu je. 

Satu masa aku rasa sudah malas mendengar kisah dia, sampaikan aku terpaksa putar cerita untuk alihkan perhatian ke cerita lain. Malas hendak ambik tahu, jangan sampai aku marah pada situkang penyampai sbb dah fed-up sgt dah.  Tapi salah kau juga, asal orang tanya perihal kau, kau andaikan tu ada kaitan denga aku. Kau pusing cerita buat orang andaikan tak baik pada kau, sdgkan aku tak tahu menahu langsung pn dgn hidup kau.. Tu silapnya bila kau cakap tak jujur tak berterus terang pusing pusing cerita, lagi bertambah orang fikir buruk pasal kau. Tapi kau babitkan aku sebab apa?? aku berkawan dengan pelbagai golongan, semua BFF aku, musuh? Terus terang aku katakan tak ada. Sebelum ini pun banyak cerita pasal kau, aku dengar tapi aku diam je Sebab aku-ngko tiada kaitan, So andaian orang pada kau tak pernah habis. Tak jujur tak ikhlas, menipu, berbelit eh macam macam.so I don't care. Benda tu terus berulang ulang dan ulang. Kesian. 


 Aku simple, dah buang jangan dikenang!. Tak perlu ambik tau pasal orang sebab aku tak mau terluka. Perit. Orang cerita aku dengar sajalah dan tak tahu mengapa mereka mereka ini akan cari aku juga, Lepas tu kau pula cakap aku dengki? Aku sibuk nak tau hal kau Allah!  Maaf lah aku takde sekelumit pun perasaan macam tu, orang cerita aku hanya mendegar. Kalau dah dengki sudah lama ada perasaan jahat tu. Tapi aku bukan sejenis manusia dengki dengan orang. Apa yang kau ada, apa yang kau buat aku tak pernah nak ambik kesah tak pernah tau pun. Hidup kau tak sama macam hidup aku, Kau lebih tang situ, aku lebih tang lain gitu sebaliknya. Jangan kita ada perasaan cemburu dengan apa kelebihan yang orang ada. Allah Maha Adil, bersyukur dam belajar bersyukur. 

Aku pelik mereka mereka berkata dia yang dengki dengan aku sebab tu perangai dia asik nak berlawan..entahlaaaaa pada aku masalah dia, not me hati tak tenang tak pernah nak brsyukur apa dia ada maka jdi macam tu. Tak mengapa aku lantakkan Siapalah kita hendak berusaha cari kebenaran dan semua ni bukan satu pertandingan.  Setiap orang akan belajar sesuatu yang berguna dalam hidup, dalam hidupan ni kene belajar dari kesilapan. 
 Tak ada dalam dunia ni orang tak pernah buat silap tapi dengan kesilapan itu membuat kita jadi matang dan jadi lebih baik. Dan silap itu juga tersimpan seribu makna, rajin rajin cari silap sendiri jangan sekali tunding jari pada org. Mungkin dengan jawapan kau, orang lain akan nampak perangai sebenar kau atau mungkin orang yang menanya itu ikhlas nak tahu apa situated sebenar, nak uji kau jujur ke tidak tau sebaliknya. Ada benar sikap buruk kita org lain nampak, kita sendiri tak perasan. Ambik positive apa yang berlaku dan berubah untuk kebaikan. Bukan terus cop orang suka bawang pasal kau, tau bukan cop orang tu dengki dengan kau. Realiti orang sayang dan kesian dengan keadaan kau yang sering beremosi dan terhimpit dengan kisah persahabatan. End up kau sendiri yang minta maaf see.. 

Apa yang dia buat pada aku dulu mungkin ada alasan dia yang aku tak tahu maybe i don't know( tanya diri sendiri) . Dia baik cuma dia belum jumpa identity dia, belum jumpa kawan yang boleh guide dia, faham perasaan dia boleh terima naik buruk dia, situasi dia. Aku kesihan, tapi sayang aku tak dapat bantu. Serik. 

Cari kawan seperti Doremon, walau dapat kawan bodoh dan malas seperti Nobita, Doremon tak pernah biarkan Nobita dalam kesusahan. 
 


Sekian, salam saiiyang.. 






Read More...

Tuesday, 7 December 2021

Anak Baru.

Assalamualaikum.

Salam buka bicara hah gituuw haha.. Ada yang rindu ngeee!

 Sibuk sangat akibat tiada cukupan masa maka kita sepi ajala disini..
Mempersembahkan....


Baby baru 'fluffy'. Terima kasih Erinny Dzaliny diatas hadiah bernilai RM2500 ini. Nak beli memang kami takkn beli bukan tak mampu tapi lebih pada sayang duit, (tu aku la hahahahaha) maintenance pun tinggi bdk ni taw tapi kami faham apa maknanya 'REZEKI' memelihara kucing. Semoga mybff aku dimurahkan rezeki selalu, diberikan kesihatan yang baik Amiin. 

Maka dengan gembiranya dan rasa syukur kami bahagia bersama sama dengan sibulus, pada ketika itu umur dia 4bulan (macam sabut baby baru) mana tidaknya bagaikan seorang baby dilayan dimanjahh, dicium, dibelai huuuu. 
Now dah cecah 8 bulan, dah nak kawen pun dia so kene cari bini. 

 Saya nak berbini la mami please...... 
Ok ok nanti mami cari bini yang terbaik okeh muka tak cantik tak pe janji beradab, tunggu mami open IV hahahaa.. 

Okla bye2. 





Read More...

Friday, 16 April 2021

Yang Teristimewa

Assalamualaikum. Salam jumaat Ramadhan keempat.

Benar dikata berkawan biarlah ikhlas, yang datang pada kita pasti yang ikhlas jua.  Bufday girl belum habis lagi, tehehehe. 
Kejutan pertama dari Puan Masyitoh mat radin atau Mas. Aku kenal sejak 2009 sebelum dia nikah dgn EnBard(kawan laki aku). Pernah satu ketika dulu aku published pasal dia. Struggle terjah aku dikolam renang sambil nyanyi 'happy birthday' nak bagi aku happy. Aku order perfume ni dari dia alih alih dia kasi tiga ketui terus terima Kasih Mas. 


Kejutan dari kawan Exoffice MincoSult PJ. My Bff jauh nun Di Ipoh, perak. Nazirah Nasaruddin. 

Satu set lipmate, lipstik, liptint dan perfume dari Wawa cosmetics love sangat terimakasih Nazi kau tau aku suka colour macam ni. Tanjat gegirl tau tibehh posmen datang hantar haha. 
Last kami jumpa tahun 2015 aku terjah rumah dia kt Ipoh hampir 7tahun tak jumpa. 

From win, Tengs Win. 



Dia minta dikaburkan hahaa. Aku lanje dia mee celup kedai tersohor di alam ini sebagai berkongsi rezeki. Tudung terus ku pakai weii hahahaa. 

Dari elyani seorang bakers yang terkenal area Taman Pelangi. Biscoff cake sooo yummy. El.. Terima kasih selalu bagi kek percuma terharuuu, Thanks wak. 
'Happy beleted birthday' katanya lewat sehari. 


Tak expect langsung dari jauh(Jenderam Hilir) dia datang untuk aku..... terharu. TQ my darling Erniny Dzaliny sahabat susah senang gaduh merajuk bertumbuk lepas tu baik balik itu biasa,tak gaduh bukan namanya kawan janji ada yang mengalah kan babe.
Suprise balloons siap myanyi okeh hahaha, Satu kedai mamak memandang tehehehee. Dalam paperbeg ada baju pink seperti dia pakai tu, nanti aku pakai tau kitakan kembar hahaa. Tote beg and cincin emas love sangat, terima kasih dear. 
Aku Mesti berbalas walau tidak diminta tu perangai aku sejak dulu siapa lebih kenal diri aku dia akan faham. 
Terima kasih ney. 

Terima Kasih semua yang telah menjadi sahabat yang memerima baik buruk aku , semoga ikatan persahabatan ini kekal ke syurga. Orang baik ramai sayang.
Nak jadi sahabat baik bukan rumit, yang merumitkan nak jumpa sahabat yang baik.  Kita bersahabat sampai bila bila okey. 

Aku mesti berbalas walau tidak diminta tu perangai aku sejak dulu siapa lebih kenal diri aku dia akan faham. Ok next birthday tunggu aku siap siaga nak suprisekan korangss. Bye bye muuuahh. 
Read More...

Saturday, 3 April 2021

Birthday Girl.

Alhamdulillah masih ada yang sayang. Terima kasih yang mendoakan keluarga sahabat yang mengenali.

Wish paling meruntun jiwa. Tq mybff

Sampai rumah terus potong cake.

Terima kasih En suami bawak jalan jalan chekin hotel satu malam sempena besday bunga sekumtum ni. 
Zarith Hotel Putrajaya 020421. View dari kamar tingkat 3 bilik 308.

Bersiaran dari Mitsui. En suami kasi green light shopping apa yang nak. Sempat sambar blouse tiga helai, skirt jeans sehelai belum claim kasut pink saiz hbis. Dan terima kasih my love beli kan cake, wish and Singing songs 'happy birthday' and i got it morning kiss. 

Kek ice cream yang sangat sedap, 5 Flavour in one cake. 

:::::::Ucapan buat diriku:::
Semoga pertambahan usia ini aku terus kekal positif tidak memikirkan hal yang remeh. Tidak teragak lagi membuang orang bersifat toxic, tidak takut dek kerana mulut orang. Teruskan beribadat dengan lebih fokus dan sentiasa memberi kerana Allah. Kekalkan kerajinan dan kekalkan matlamat hidup. Kuat untuk menjaga kesihatan, menjaga anak-anak suami serta rumah tangga. Tahniah diri sendiri untuk sejauh ini. Syabas!
Selamat Ulangtahun kelahiran yang ke-36 untuk diri sendiri. Alhamdulillah syukur. 
Read More...

Thursday, 25 March 2021

Kawan or sahabat.

Kau nak meluahkan serba tak kena. Tidak meluah rasa kau beku dihati, Termeluah ada yang mencari salah. Heard broken. 

Proveke, sakit hati dan menyakitkan hati, mencari pasal dgn org bkn sikap aku. 
Aku lebih suka sikap membawa diri diam dan merap dalam rmh dgn keluarga dari melayan perihal orang. 

Benda lepas dan terlepas dah pun tak perlu nak jadikan satu benda yang nak buat orang lagi nampak aib sendiri. Silap haribulan semua kerja tak jadi dengan rezeki pun susah nak melekat atas tindakkn sendiri. Allah membuka aib tampa sedar menyebabkan lagi ramai orang tak suka. Allah Maha Adil. 

 Salah sendiri - ego angkuh besar kepala cari pengaruh bkn benda kekal.Dah tau salah  cepat mintak maaf benda simple. Aku takde apa pun just perati perangai kau tu je.. Dah tau dan faham tu aku dendiam. 

'Angkat kaki'  bukan benda mudah oi. Tetapi banyak benda yang aku perhati iffek yang negetif paling ketara. Aku rela hilang kawan hilang tmpt gembira. But it's ok for me dari macam macam akan berlaku better aku ambik jalan yang sangat mudah.

 Tidak sekali aku lupa jasa kawan yang banyak membantu aku. But life must be go on. Jangan  sampai ramai musuh dari kawan maka aku relakan semua pergi.

Hidup ramai kawan pn banyak masalah, tak semua kawan yang boleh menerima sikap kita. Dan kadangkala kawan juga boleh menjadi racun. 

Apa aku buat, aku kecikkan circle memilih kawan jalan terbaik. Dulu semua orang aku berkawan tak kira dari mana latar belakang. Sekarang aku lebih memilih dan kepada perangai bukan pada harta. Dan aku berkawan bukan hanya untuk gembira sahaja. Aku  berkawan untuk bawa aku kearah lebih baik. Hidup tidak lama maka aku nak segala terisi dengan benda yang manfaat.

Aku tidak berasa sunyi walau kawan aku tidak seramai dulu.  Kawan? Datang dan pergi its normal. But trust me bila berumur secara tidak langsung kau jadi matang, pasti kau ingin sebuah keikhlasan dari sebuah persahabatan. Dan kawan hargai kau, Kawanmemahami kau. Sama sama faham. Kawan ketawa, kawan tikam kawan ramai tapi sahabat susah dicari.
Maka struggle aku memilih sahabat bukan kawan.

Jangan cari kawan seperti duit syilling, depan lain belakang lain. 

Read More...
Tutup Lagu