Thursday, 25 March 2021

Kawan or sahabat.

Kau nak meluahkan serba tak kena. Tidak meluah rasa kau beku dihati, Termeluah ada yang mencari salah. Heard broken. 

Proveke, sakit hati dan menyakitkan hati, mencari pasal dgn org bkn sikap aku. 
Aku lebih suka sikap membawa diri diam dan merap dalam rmh dgn keluarga dari melayan perihal orang. 

Benda lepas dan terlepas dah pun tak perlu nak jadikan satu benda yang nak buat orang lagi nampak aib sendiri. Silap haribulan semua kerja tak jadi dengan rezeki pun susah nak melekat atas tindakkn sendiri. Allah membuka aib tampa sedar menyebabkan lagi ramai orang tak suka. Allah Maha Adil. 

 Salah sendiri - ego angkuh besar kepala cari pengaruh bkn benda kekal.Dah tau salah  cepat mintak maaf benda simple. Aku takde apa pun just perati perangai kau tu je.. Dah tau dan faham tu aku dendiam. 

'Angkat kaki'  bukan benda mudah oi. Tetapi banyak benda yang aku perhati iffek yang negetif paling ketara. Aku rela hilang kawan hilang tmpt gembira. But it's ok for me dari macam macam akan berlaku better aku ambik jalan yang sangat mudah.

 Tidak sekali aku lupa jasa kawan yang banyak membantu aku. But life must be go on. Jangan  sampai ramai musuh dari kawan maka aku relakan semua pergi.

Hidup ramai kawan pn banyak masalah, tak semua kawan yang boleh menerima sikap kita. Dan kadangkala kawan juga boleh menjadi racun. 

Apa aku buat, aku kecikkan circle memilih kawan jalan terbaik. Dulu semua orang aku berkawan tak kira dari mana latar belakang. Sekarang aku lebih memilih dan kepada perangai bukan pada harta. Dan aku berkawan bukan hanya untuk gembira sahaja. Aku  berkawan untuk bawa aku kearah lebih baik. Hidup tidak lama maka aku nak segala terisi dengan benda yang manfaat.

Aku tidak berasa sunyi walau kawan aku tidak seramai dulu.  Kawan? Datang dan pergi its normal. But trust me bila berumur secara tidak langsung kau jadi matang, pasti kau ingin sebuah keikhlasan dari sebuah persahabatan. Dan kawan hargai kau, Kawanmemahami kau. Sama sama faham. Kawan ketawa, kawan tikam kawan ramai tapi sahabat susah dicari.
Maka struggle aku memilih sahabat bukan kawan.

Jangan cari kawan seperti duit syilling, depan lain belakang lain. 

Read More...

Friday, 5 March 2021

Bersiaran.

Keadaan aku sungguh baik tiada apa apa yang berlaku kehidupan yang sangat sempurna. Dikelilingi  orang orang yang sangat baik, sangat prihatin dan sangat sayangkan aku. Aku akan sentiasa buat mereka berada dikelilingi aku bahagia bersamaku cewah haha. Sungguh! 

Apa jua keadaan sentiasa positive InshaAllah yang datang akan positive yang baik yang helok yang cantik. Buang segala fikiran buruk pasal orang, buang segala masalah anggap saja itu ikhmah yang indah. Kehidupan harus diteruskan jangan pandang pada kejadian semalam jika ianya buat mu rasa sedih, belajar dari kisah semalam InshaAllah kita lebih matang. 

Hipokrit? Munafik? belajar jadi diri sendiri tanpa rasa takut pada sekeliling, berani mencabar diri dengan apa jua keadaan orang keliling. Tambah lagi secukup rasa 'jujur' dalam hidup masti ramai yang sayang kita kerna Allah. 

Sentiasa ikhlas buat org bahagia itu adalah kebahagiaan. 

Dan petua yang amat penting dalam hidup 'carilah Allah dahulu InsyAllah kita diaturkan kehidupan yang lebih sempurna

Laluilah kehidupan ini dengan gembira❤️




Read More...

Tuesday, 15 December 2020

Anak anak.

And Now 
Muhammad Aqil Ryan.  Budak yang banyak rahsia, banyak bawak diri minta bantuan urusan adik laju sekali. Sayang adik adik cara dia yang tersendiri.

and now 
Orang kanan mak. Banyak membantu uruskan rumah. Sayang abang adik adik dengan banyak mengalah. Anak kedua memang macam tu kot. Disuruh pape bedesup perginya, banyak rahsia suka berkawan. This is my Aryan Daris.

And now 
Big brother to Adik dia. Sayang sangat kt adik sehingga pinggan makanan adik bawak kedapur terus tolong ambikan air, tolong basuhkan tangan adik. Pelapor bila adik membuang. Mainan baru  dikumpul tak sentuh sehingga esok pagi adik bangun. Banyak mengalah kalau dengan adik, pemalu.

Always my bongsu
Dan sekarang.... 
Budak paling manja, kuat merajuk, cepat sentap tetapi dia paling faham bila mak dia nak tinggal kan dia kt rumah 'mami belii gula gula' pesan dia kt mak sebelum keluar rumah.. Jangan tanya pasal pempers dia masih lagi nak pakai 3y dikk huu...

Rindu zaman kecik dorg, rindu bau masam masam dorg. Takkan sesekali mak persiakan zaman pembesaran dorg. Paling seronok masak wajib habis walau masak banyak lauk, puas hati tengok dorg makan. Syukur dorg membesar dengan sihat depan mata, syukur.
kesayangan 2019 cepat masa berlalu, sekejap sangat dorg besar.

Anugerah hidup paling luar biasa adalah ketika cinta hadir dalam sebuah keluarga yang bahagia.
Read More...

Friday, 11 December 2020

Birthday party November.

Assalamualaikum.
12 November, 24 November lahir dua ketui kembar berlainan tahun, bulan yang sama dan sembutan dua kali satu bulan. Rezeki anak anak.
menu : Chicken chop Potato with black paperback Sauce By me haha menjadi jugak.  Nnti aku share resepi mudah k.
Happy birthday My dear Aryan Daries. 12/11/20

Menu: meatball with black paper spice souce. Happy birthday My first son Aqil Ryan. 24/11/20

and small suprise party to kak lyn aka mama sarah suhairi. 28/11/20 

Alhamdulillah tiga kali makan kek bulan lepas. Moh la kita diet rasa dh temok ni. 

Happy birthday semua, semoga kita dibawah lindungan Allah. 

Jadi seperti lebah matanya hanya nampak bunga yang cantik. Jangan seperti lalat yang matanya mencari sampah. 

Read More...

Friday, 20 November 2020

nephew and motorcycle.

Assalamualaikum.

Sejak Ensuami belikan scotter untuk ku prgi pasar makin melangkah panjang skang ni hahahaha. Pergiya pasar tayar golek sampai ke eco, NSk kekeke agak jauh dari rumah.. Lesen?? Aku kenyit mata  kt abg polis yang hensem lepasssss hahaha.. Ketawa besar laki aku hahahaaa.

Aku ni jenis berani sudah lepas bertambah berani. Polis aku tak risau yang ku risau kulit ku gelap bahagian jari tang buh cincin. pedulikan aku dah suka benar merempit skng ni. 

Kisah scotter jadikan beli. Kereta aku grandlibinah laki aku izinkan anak buah aku pakai bawak poie kerja. Dia duduk dengan aku hampair enam bulan. Alhamdulillah dia membesar bagai juara aku jaga makan minum, aku tolong jadi mak dia hahaha makla kan aku makcik. Weihh tetiba ada anak perempuan besar dapat jugak merasa walau dah tua. Tatang dia bagai anak sendiri sehingga sanggup belikan motor, kereta bagi dia urmmm.. Aku ok je klo kereta ni aku prgi lagiiii jauh silap silap Sg Buloh cari nasi berlauk, Shah Alam nasi ayam lemon Paktam haihh tempat lepak aku tu.

Masuk bab tetiba ada anak perempuan besar. Shopping baju untuk diri sendiri, wajib selit untuk dia. Alhamdulillah rezeki aku tak putus, aku terpikir Allah hadirkan dia untuk aku merasakan adanya seorang anak perempuan walaupun dia sudah dewasa syukur. 

Dia seorang yang senang disuruh, senang faham dan dia senang makan tak cerewet itula dok sini berkilo kilo naik badan dia hahahahaa. Aku juga dapat teman masak, kemas pinggan, kemas rumah takdelah aku boring kerjakan rumah sorang sorang. 
Dia juga berani merempit jauh dari aku,asal cuti je merempit kami ke mana mana dia yang bawak, lesen? Jgn tya pun tak do. Wakakakaka. 
Orang sebelah. Haih hasil dia dok sini, macik reti lukis kening, makeup lawa lawa. 

Fatin Amira binti Khairuladlisyam my Nephew. Anak kakak aku yang nomber tiga nurse gigi. 

Where is the aunt where is the nephew? 
Hihihii. Tq kakak kerana sudi meneman makcik muda (kawan kawan dia pnggl aku makcik muda kahkahkah) kemana mana. 

My penetrators are times when lonely. We share knowledge of beauty knowledge and grooming. Anak muda lebih banyak pengetahuan, aku byk belajar dari dia. 
Bersama kak aizam a. K. A ummie kawan ex office RCE. 


Haih kain kayangan dh sampai aku sibuk ngelap pelusuk rumah.. Jumpa lagi korangsss dada. 

Read More...

Thursday, 19 November 2020

Manis.

 Manis

Manis mulut di bibir
Sangatlah merbahaya
Sama-sama yang menyindir
Selalunya
Janganlah terpedaya
Oleh kata-katanya
Lemah lembut bicara
Selalunya
Bukalah matamu percayalah kata ku
Janganlah dibiarkannya
Kau kan kehadapan
Setelah segalanya dikau tinggalkan
Tinggalkan yang mula
Senyum dan ketawa senantiasa
Kau manis semula
Setelah segalanya
Dikau lupakan
Tiada gunanya ia dikenang-kenangkan
Mengapa
Manis mulut di bibir
Harum manis di hati
Hinggalah ke akhir
Akhir pasti
Bukalah mata mu
Percayalah kata ku
Janganlah lali dibiarkannya
Kau, kau yang di sana
Senyumlah selalu
Tinggalkan yang mula
Senyum dan ketawa
Senantiasa
Lirik by zainal abidin my favourite artis

Moh la kita senyum walau kita tak manis janji  gembira fikir yang baik baik, yang hadir dalam hidup kita Insya-ALLAH yang baik baik, Go away negative vibes. 

Terima kasih kawan kawan berada disamping aku ketika diperlukan dan refreshing my Mind. Alhandulillah dikelilingi kawan Kawan yang baik hati minda yang cemerlang serta positive sebab itu masing masing awet muda kekekekekee. 

Read More...

Thursday, 12 November 2020

Aku yang terkini.

 Assalamualaikum. Salam PKPB.


Sejak dua tahun lalu ku mengidam memperbetul kan gigiku yang tidak rata belah bawah ini. Suami tidak ijin kan. Sedia maklum gigi aku ni byk masalhnya, gigi missing udah dua batang belah bawah dengan tampalan hampir reput dan jugak  seringkali menghimpit pipi ketika tidur, naik mata ikan atau ulser dipipi kiri dan kanan. ku rimas mengganggu ketika ingin mengunyah makanan. Kalau sudah berusia udah beranak pinak  kalsium sudah brkurang, dan ku sangat risau jika gigi  ronggak. Sebelum punyai masalah lagi besar kita elak dulu. 

Masih lagi proses memujuk dan merenggek merenggek bagai anak kecil, ketika hendak makan mungkin ketika itu suamiku baru memahami alhamdulillah. Permohonan diluluskan tampa syarat dan dia telah berjanji ingin sponsore sehingga selesai tempoh ber 'breses'. Huyeehuyee. 

Aku dengan gigihnya explore klink yang terdekat tetapi hampa. Lecehnya bila ada klink yang terdekat tidak ada mesen xtray gigi, Kene refer klinik gigi kerajaan dan datang semula ke klinik tersebut. Argghh! ku mls, ku nak kerja mudah. 

IG ku bukak dan ku survay  terbaca Promosi deposit serendah 1k tetapi klinknya berada diSentul KualaLumpur. Aku dapatkan nomber Phone dan terus contac. Promo masih ada, rejeki. 

Bermula sebelum PKP aku telah set appointment dengan dokterLaila tertunda dan tertunda sehingga PKPB yang pertama baru ada kekuatan. Klink gigi? Siapa yang tak takutkan rata-rata memang begitu. Aku gigil bab gigi gigi ni dupdapdupdap. Tapi now ku sudah terbiasa tiada lagi nervous seperti pertama kali appointment hari tu. 

Gigi dicek satu persatu. Dibuat acuan gigi macam tanah liat terus masuk dalam mulut sehingga ke hujung lidah, ku hampir termuntah hahahahaaa sangkaan ku sorang je mcm ni rupaya dalam group breses ada yang muntah terus lawak weii hahaahahaa. 

Rekod Kad pink dicatit dan terus ke bilik sebelah untuk mengambil xtray gigi. Baru faham gigi kalau sudah rosak bukan bermakna akar turut rosak, gigi tersebut boleh diselamatkan selagi akar belum rosak. Sayangnya gigi ku dua batang sudah pun missing semasa mengandungkan Aqil dan Aryan. ku tidak tahu hospital government hanya tahu cabut tampa periksa akar gigi terlebih dahulu. Pengalaman ni. 

Setelah dokter Laila yang cantik aku suka tengok skin dia gebuu, ada mengatakan bahawa gigi harus pembaikan terdahulu sebelum memasang pendakap gigi. Maksudnya kene tampal gigi, cabut gigi huaaaa sooo scaryyyyy. 

Bermula dugaan ku yang pertama pabila dokter Laila gantikan tampalan lama ke tampalan baru sakit namatey bila tampalan baru yang dokter buat punyai masalah, Sakit mcm kepalang selepas menukar tampalan sampai aku tidak boleh lelap, esoknya suamiku gegas hantarkn ke klinik, katanya dokter Laila gigi ku masih boleh diguna tetapi tampalan yang bru dipasang terkena gusi bahagian dalam, dokter pakai kan tampalan sementara. Saki hebat juga pabila cabut gigi yang patah(ada serpihan gigi). Aku tak boleh gambarkan sakit yang hamattt. Gigi tu tak boleh diselamatkan dah beserpihan tahan gitu jela, meleleh air mata tika tu memahan sakit.

Setelah dua tiga kali review gigi. Dokter Laila sudah berpuas hati baru pemasangan pendakap gigi dipasang. Setakat hari ni aku baik baik aja makan mudah gigi aku dah mula menunjukan kearah positif, i pakai self lighting cepat brgerak kurang kesakitan dan ianya mahal sedikit dari yang lain. 

Ku share harga. 

Downpayment : RM2000 termasud cuci gigi, acuan gigi, konsultasi dokter gigi dan pakar ortodontik dan OPG x-try. 

Cas lain dikenakan :

 Tampalan : RM80-RM120 mengikut keluasan lubangan gigi. 

cabut : RM120 satu batang gigi

braket tercabut : RM50 satu batang

Total self lighting brases : RM7000. RM250 per month. 

Harga masuk akal dengan keadaan dokter yang berkemahiran tinggi serta menyakinkan ku dan keadaan dalam klinik memang best like hotel 5star. 

29ogos2020-29november2020 cukup tiga bulan.  byk perubahan. 
Bye bye gigi masalah. 
Terimakasih klinik pergigian Awani dental
G-22, sky Awani commercial, Jalan Sentul perdana, KL. 

Us. 

Happy bufday Aryan Daries 1211. Jap lagi dady bawa balik kek dan mami masak makan favourite awk, chicken chop entah jadi ke idok kita tengok la nnti. 

P/s macam biasa pakai phone malas nk edit. Form senget pun korang terima ya. Terimakasih membaca. 



Read More...

Thursday, 15 October 2020

Terima kasih kekasihku.

 Assalamualaikum salam PKPB buat semua.

Walau PKPB sekali pun tetap boleh keluar rumah tetapi bersyarat dan wajib patuh SOP. Insyaallah, semoga kita semua dilindungi dari wabak jahat yang tidak nampak. 

Terima kasih tak terhingga buat suami pemberian 916 untuk ku. Dia hargai aku dengan cara begini tersentuh hatiku.

Terbutang biji mataku bila hendak membuat bayaran semalam. Boleh down-payment kereta sebiji kekekeke. 


Mujur ku tidak lupa daratan dikala debit card diserahkan aku sepenuhnya hahahaa. 
Dia?? Hanya dirumah mengasuh nak. Ku? 
 sedar sedar jam4 petang, terasa keluar rumah ngam ngam kedengaran azan zuhur Perempuan perempuan. 

Tidak ku minta tapi katanya untuk kebaikan kita semua dijadikan sebagai asset harta duniawi sementara masih bernyawa ni. 

Aku sebenarnya more tu saving but akur dengan ideanya. Moga dimurahkn rezeki selalu. 

Untuk kekasihku:
Terima kasih kekasihku, Syelalu menyempurnakan janjimu syelalu  mencapaikan impianku, syelalu manjakanku selaku wanita tunggal dalam hidupmu. Sentiasa ada sewaktu aku perlukan mu, memahami hatiku. Pintaku hanya mu kekal bersamaku
Selagi nyawa dikandung badan,
Selagi itu ku mengharapkan kesetiaanmu. 

Alhamdulillah. 

Selfie dgn laki port macam biasa dalam kereta wakakaakkaka. 


Syukur pemberian Tuhan. 
Rezeki segenap alam, 
Ku hanya berkongsi bukan meriak bukan membanggakan bukan berlawan, tetapi dijadikan satu kenangan.

Aku doakan kalian diberikan rezeki yang mencurah, kesihatan yang berpanjangan serta berbahagia selamanya. AMMIIN! 





Read More...
Tutup Lagu