Friday, 20 November 2020

nephew and motorcycle.

Assalamualaikum.

Sejak Ensuami belikan scotter untuk ku prgi pasar makin melangkah panjang skang ni hahahaha. Pergiya pasar tayar golek sampai ke eco, NSk kekeke agak jauh dari rumah.. Lesen?? Aku kenyit mata  kt abg polis yang hensem lepasssss hahaha.. Ketawa besar laki aku hahahaaa.

Aku ni jenis berani sudah lepas bertambah berani. Polis aku tak risau yang ku risau kulit ku gelap bahagian jari tang buh cincin. pedulikan aku dah suka benar merempit skng ni. 

Kisah scotter jadikan beli. Kereta aku grandlibinah laki aku izinkan anak buah aku pakai bawak poie kerja. Dia duduk dengan aku hampair enam bulan. Alhamdulillah dia membesar bagai juara aku jaga makan minum, aku tolong jadi mak dia hahaha makla kan aku makcik. Weihh tetiba ada anak perempuan besar dapat jugak merasa walau dah tua. Tatang dia bagai anak sendiri sehingga sanggup belikan motor, kereta bagi dia urmmm.. Aku ok je klo kereta ni aku prgi lagiiii jauh silap silap Sg Buloh cari nasi berlauk, Shah Alam nasi ayam lemon Paktam haihh tempat lepak aku tu.

Masuk bab tetiba ada anak perempuan besar. Shopping baju untuk diri sendiri, wajib selit untuk dia. Alhamdulillah rezeki aku tak putus, aku terpikir Allah hadirkan dia untuk aku merasakan adanya seorang anak perempuan walaupun dia sudah dewasa syukur. 

Dia seorang yang senang disuruh, senang faham dan dia senang makan tak cerewet itula dok sini berkilo kilo naik badan dia hahahahaa. Aku juga dapat teman masak, kemas pinggan, kemas rumah takdelah aku boring kerjakan rumah sorang sorang. 
Dia juga berani merempit jauh dari aku,asal cuti je merempit kami ke mana mana dia yang bawak, lesen? Jgn tya pun tak do. Wakakakaka. 
Orang sebelah. Haih hasil dia dok sini, macik reti lukis kening, makeup lawa lawa. 

Fatin Amira binti Khairuladlisyam my Nephew. Anak kakak aku yang nomber tiga nurse gigi. 

Where is the aunt where is the nephew? 
Hihihii. Tq kakak kerana sudi meneman makcik muda (kawan kawan dia pnggl aku makcik muda kahkahkah) kemana mana. 

My penetrators are times when lonely. We share knowledge of beauty knowledge and grooming. Anak muda lebih banyak pengetahuan, aku byk belajar dari dia. 
Bersama kak aizam a. K. A ummie kawan ex office RCE. 


Haih kain kayangan dh sampai aku sibuk ngelap pelusuk rumah.. Jumpa lagi korangsss dada. 

Read More...

Thursday, 19 November 2020

Manis.

 Manis

Manis mulut di bibir
Sangatlah merbahaya
Sama-sama yang menyindir
Selalunya
Janganlah terpedaya
Oleh kata-katanya
Lemah lembut bicara
Selalunya
Bukalah matamu percayalah kata ku
Janganlah dibiarkannya
Kau kan kehadapan
Setelah segalanya dikau tinggalkan
Tinggalkan yang mula
Senyum dan ketawa senantiasa
Kau manis semula
Setelah segalanya
Dikau lupakan
Tiada gunanya ia dikenang-kenangkan
Mengapa
Manis mulut di bibir
Harum manis di hati
Hinggalah ke akhir
Akhir pasti
Bukalah mata mu
Percayalah kata ku
Janganlah lali dibiarkannya
Kau, kau yang di sana
Senyumlah selalu
Tinggalkan yang mula
Senyum dan ketawa
Senantiasa
Lirik by zainal abidin my favourite artis

Moh la kita senyum walau kita tak manis janji  gembira fikir yang baik baik, yang hadir dalam hidup kita Insya-ALLAH yang baik baik, Go away negative vibes. 

Terima kasih kawan kawan berada disamping aku ketika diperlukan dan refreshing my Mind. Alhandulillah dikelilingi kawan Kawan yang baik hati minda yang cemerlang serta positive sebab itu masing masing awet muda kekekekekee. 

Read More...

Thursday, 12 November 2020

Aku yang terkini.

 Assalamualaikum. Salam PKPB.


Sejak dua tahun lalu ku mengidam memperbetul kan gigiku yang tidak rata belah bawah ini. Suami tidak ijin kan. Sedia maklum gigi aku ni byk masalhnya, gigi missing udah dua batang belah bawah dengan tampalan hampir reput dan jugak  seringkali menghimpit pipi ketika tidur, naik mata ikan atau ulser dipipi kiri dan kanan. ku rimas mengganggu ketika ingin mengunyah makanan. Kalau sudah berusia udah beranak pinak  kalsium sudah brkurang, dan ku sangat risau jika gigi  ronggak. Sebelum punyai masalah lagi besar kita elak dulu. 

Masih lagi proses memujuk dan merenggek merenggek bagai anak kecil, ketika hendak makan mungkin ketika itu suamiku baru memahami alhamdulillah. Permohonan diluluskan tampa syarat dan dia telah berjanji ingin sponsore sehingga selesai tempoh ber 'breses'. Huyeehuyee. 

Aku dengan gigihnya explore klink yang terdekat tetapi hampa. Lecehnya bila ada klink yang terdekat tidak ada mesen xtray gigi, Kene refer klinik gigi kerajaan dan datang semula ke klinik tersebut. Argghh! ku mls, ku nak kerja mudah. 

IG ku bukak dan ku survay  terbaca Promosi deposit serendah 1k tetapi klinknya berada diSentul KualaLumpur. Aku dapatkan nomber Phone dan terus contac. Promo masih ada, rejeki. 

Bermula sebelum PKP aku telah set appointment dengan dokterLaila tertunda dan tertunda sehingga PKPB yang pertama baru ada kekuatan. Klink gigi? Siapa yang tak takutkan rata-rata memang begitu. Aku gigil bab gigi gigi ni dupdapdupdap. Tapi now ku sudah terbiasa tiada lagi nervous seperti pertama kali appointment hari tu. 

Gigi dicek satu persatu. Dibuat acuan gigi macam tanah liat terus masuk dalam mulut sehingga ke hujung lidah, ku hampir termuntah hahahahaaa sangkaan ku sorang je mcm ni rupaya dalam group breses ada yang muntah terus lawak weii hahaahahaa. 

Rekod Kad pink dicatit dan terus ke bilik sebelah untuk mengambil xtray gigi. Baru faham gigi kalau sudah rosak bukan bermakna akar turut rosak, gigi tersebut boleh diselamatkan selagi akar belum rosak. Sayangnya gigi ku dua batang sudah pun missing semasa mengandungkan Aqil dan Aryan. ku tidak tahu hospital government hanya tahu cabut tampa periksa akar gigi terlebih dahulu. Pengalaman ni. 

Setelah dokter Laila yang cantik aku suka tengok skin dia gebuu, ada mengatakan bahawa gigi harus pembaikan terdahulu sebelum memasang pendakap gigi. Maksudnya kene tampal gigi, cabut gigi huaaaa sooo scaryyyyy. 

Bermula dugaan ku yang pertama pabila dokter Laila gantikan tampalan lama ke tampalan baru sakit namatey bila tampalan baru yang dokter buat punyai masalah, Sakit mcm kepalang selepas menukar tampalan sampai aku tidak boleh lelap, esoknya suamiku gegas hantarkn ke klinik, katanya dokter Laila gigi ku masih boleh diguna tetapi tampalan yang bru dipasang terkena gusi bahagian dalam, dokter pakai kan tampalan sementara. Saki hebat juga pabila cabut gigi yang patah(ada serpihan gigi). Aku tak boleh gambarkan sakit yang hamattt. Gigi tu tak boleh diselamatkan dah beserpihan tahan gitu jela, meleleh air mata tika tu memahan sakit.

Setelah dua tiga kali review gigi. Dokter Laila sudah berpuas hati baru pemasangan pendakap gigi dipasang. Setakat hari ni aku baik baik aja makan mudah gigi aku dah mula menunjukan kearah positif, i pakai self lighting cepat brgerak kurang kesakitan dan ianya mahal sedikit dari yang lain. 

Ku share harga. 

Downpayment : RM2000 termasud cuci gigi, acuan gigi, konsultasi dokter gigi dan pakar ortodontik dan OPG x-try. 

Cas lain dikenakan :

 Tampalan : RM80-RM120 mengikut keluasan lubangan gigi. 

cabut : RM120 satu batang gigi

braket tercabut : RM50 satu batang

Total self lighting brases : RM7000. RM250 per month. 

Harga masuk akal dengan keadaan dokter yang berkemahiran tinggi serta menyakinkan ku dan keadaan dalam klinik memang best like hotel 5star. 

29ogos2020-29november2020 cukup tiga bulan.  byk perubahan. 
Bye bye gigi masalah. 
Terimakasih klinik pergigian Awani dental
G-22, sky Awani commercial, Jalan Sentul perdana, KL. 

Us. 

Happy bufday Aryan Daries 1211. Jap lagi dady bawa balik kek dan mami masak makan favourite awk, chicken chop entah jadi ke idok kita tengok la nnti. 

P/s macam biasa pakai phone malas nk edit. Form senget pun korang terima ya. Terimakasih membaca. 



Read More...

Thursday, 15 October 2020

Terima kasih kekasihku.

 Assalamualaikum salam PKPB buat semua.

Walau PKPB sekali pun tetap boleh keluar rumah tetapi bersyarat dan wajib patuh SOP. Insyaallah, semoga kita semua dilindungi dari wabak jahat yang tidak nampak. 

Terima kasih tak terhingga buat suami pemberian 916 untuk ku. Dia hargai aku dengan cara begini tersentuh hatiku.

Terbutang biji mataku bila hendak membuat bayaran semalam. Boleh down-payment kereta sebiji kekekeke. 


Mujur ku tidak lupa daratan dikala debit card diserahkan aku sepenuhnya hahahaa. 
Dia?? Hanya dirumah mengasuh nak. Ku? 
 sedar sedar jam4 petang, terasa keluar rumah ngam ngam kedengaran azan zuhur Perempuan perempuan. 

Tidak ku minta tapi katanya untuk kebaikan kita semua dijadikan sebagai asset harta duniawi sementara masih bernyawa ni. 

Aku sebenarnya more tu saving but akur dengan ideanya. Moga dimurahkn rezeki selalu. 

Untuk kekasihku:
Terima kasih kekasihku, Syelalu menyempurnakan janjimu syelalu  mencapaikan impianku, syelalu manjakanku selaku wanita tunggal dalam hidupmu. Sentiasa ada sewaktu aku perlukan mu, memahami hatiku. Pintaku hanya mu kekal bersamaku
Selagi nyawa dikandung badan,
Selagi itu ku mengharapkan kesetiaanmu. 

Alhamdulillah. 

Selfie dgn laki port macam biasa dalam kereta wakakaakkaka. 


Syukur pemberian Tuhan. 
Rezeki segenap alam, 
Ku hanya berkongsi bukan meriak bukan membanggakan bukan berlawan, tetapi dijadikan satu kenangan.

Aku doakan kalian diberikan rezeki yang mencurah, kesihatan yang berpanjangan serta berbahagia selamanya. AMMIIN! 





Read More...

Wednesday, 9 September 2020

Bongsu.

 Assalamualaikum.


Betul org cakap sibongsu dilayan lebih dari yang lain. Lagi lagi tuan badan manja yang hamat sampai aku  sudah letih dengan peel entah hapa hapa. 

Habak mai Muhammed Aqeeb Raaqin siapa tidak kenal dalam kaum keluarga memang terkenal dengan rambut megie ala ala megie extra hot. Curly, colour rambutnya mengalahkan emak sendiri originally. Dari mana terkenan pun aku tak tahu.

Rambut dia. 


Susuk tubuh yang halus, ragam maja maja seringkali bapaknya lembut hati dan keutamaan diberikan kepada dia, bongsu anak last katakan mujur yang lain memahami mengalah dan pandai pula memujuk ikut rentak mood dia.  Aku? Memang tak layan hahahahaa.

Bongsu dikatakan anak kesayangan. Bukan yang lain tidak sayang, sayang yang sama ratanya tetapi yang paling terakhir ni feel dia ni lain sikit. Laki aku suka guna perkataan ini 'adeeek manja' memang dibuat mcm teddy bear tinggal bini dia selagi teddy bear dia belum lelap kan mata.

Dilahirkan 20April  2017 genap tiga tahun 5bulan. Jangan terkejut belum cerai pempers  tidak seperti Abang Ayash genap dua tahun pempers susu sudah diceraikan. Bila popo rau syusyu cepat cepat dia datang kat aku menerangkan begitu begini sakit eyut minum banyak air. Mungkin asbab perkataan bongsu membuatkan aku lengah-lengahkan yelahkan selepas ini tidak la kami memborong pempers lagi, tunggu cucu cucu la pulak kan hahahaa. 

Kerana dia juga aku belajar jdi super duper sabar karena peel dia manja yang amat tidur wajib dilengan aku, bangun tidur wajib aku ada dalam rumah jika ketiadaan aku tau dia tercari segenap rumah, walau aku sesaja nyorok tepi mesen kering baju. Saja nak bagi kecoh hahahaa. Nangis dia bisa gemakan rumah.

Bongsu aku. 









Read More...

Saturday, 22 August 2020

8ogos Me time & Anniversary!

Assalamualaikum guys!

Dirancang sudah lama dan  Kerana berjumpanya dalam kelas hanya seminggu dua kali, melepak mamak selepas kelas hanya sejam. Belum cukup puas bergelak tawa.

8ogos my wedding anniversary tapi aku ber outting bersama geng zumba. Terima kasihku Norhadi atas keizinan mu, I love you so much sayangku. Satu hari tidak mengganggu aku langsung. 

Pada pagi hari kejadian aku bermurah hati pickup isma, wahida untuk dibawa ke tempat berkumpul kami menuju ke Selayang Mall. Aku, isma, wahida satu kereta. Kak Lin, una dan Dayah satu kereta.

Masing masing parking kereta. keluar aja dari perut kereta bergema habis dengan gelak kan kitaorang melawak tak kira tempat. Dengan macam macam perangai macam macam ragam hahahahaa. 

Me time. It's my day!!! Yeeayy!. Main bowling, karaoke, makan makan tujuan utama kami. Dalam group wastup tak habis melawak jumpa kat luar pun begitu, tak hairan kt class geng kami dipandang slek je tapi kami bukan kaki kesah pun. Tujuan hidup untuk gembira sahaja. 

Sesampai wangsa bowl. Pakai kasut pun kecoh dgn perangai entah apa apa buat perangai masing masing melawak. Itu tidak cerita sorang campak bola masuk longkang, lima jahanam tukang gelak hahahahaa. Semua tak pernah main kecuali Una mak Yong 7bulan dok bagi skil kt kami, kalo tidak ratu longkang memanjang hahahahaa. 

Penat berhampas campak dengan bola perut mintak nasi, restaurant Johnny Steamboat kami melantak. Setting meja baaeekk punya dihujung hujung menyorok la katakan tetapi suara tetap jugak bergema,sekali gelak sekali kene pandang dengan meja meja sebelah, hahaahhaaa!. Bak kata orang letak la dimana mana kalau dah perangai macam tu tetap jugak macam tu hahahhahahhahaa.. Lawak weii. 

 Destinasi seterusnya untuk kami kaki karaoke (aku, wahieda, adik is, Dan Kak Lin) kami melangkah keluar selayangmall menuju ke port karaoke. Semua naik shaikh yang malu malu semua keluar suara jantan hahahahahaa. 

Berjoget menari berzuma ketawa terbahak bahak sampai sakit perut dengan perangai masing masing. ahahahahaahhahahaaa!. 

Sebelum balik dorg ajak Ke Sate Hut meraikan My Anniversary katanya. TQ korang. 
 
Dari kiri tudung blue(Kak lyn a. K. A mama Sarah suhaili, Husna a. K. A una kawan ILPKL, fiey, wahieda, Dayah dan adik is) 

Terpakse mem mosaic kan nick names kot ada yang add frend lak. Bluweek! 

Layan gambar. 
Sebenarnya aku merajuk dengan laki aku, dia cakap aku gemok. 
Balik rumah dia hadiah kan Huawei sport watch sempena wedding anniversary yang ke-12tahun. hilang terus rajuk aku, Pandai kan huuu. Sebab tu aku sayang dia. hahahahaa. 
Terima kasih sayang. 

Happy Anniversary. 12tahun hidup bersama, semoga ikatan ini kekal ke syurga love u more! Terima kasih sangat faham saya selama 5+12=17tahun. Takde cake pun tak mengapa, janji ada kasih sayang. 

Aku nak tanya, aku gemok ke erk tapi dia orang cakap cutting cunn. Confused jap uurmm. 


'membawang pasal positif'- 'hempas datang lagi'.  #happycarakita. Aku happy dgn dorg, asal class msti tk sabar nak jumpa karena dorg menceriakan hari aku. 

Terimakasih membaca. 
Type dah lama save kt draf. Saya sibuk manjang, masa itu emas weih. 










Read More...

Friday, 29 May 2020

Minal 'Aidin wal-Faizin

Assalamualaikum.

Amacam raya tahun ni? Aku?aku? tidak seperti tahun sudah, lebih banyak fokus beribadat, decorations rumah dan biskut raya sahaja. Korang dapat bayangkan tak duit raya pn lupa nak tukar kami hanya transfer tranfer sahaja untuk keluarga yang Tersayang. Dan dalam sejarah Baju melayu All my hero hanyalah brbaju kemeja jeans hahaa. Aku? Aci dak?? Hahahaha Tema kuning tenun songket beli kt pasar Siti khadijah, Kota Bharu bulan 12 tahun lepas. Aku tempah jahit jadikan baju kurung moden kain ala ala skirt kembang. Aku suka tenun aku suka batik chanting aku suka traditional, tua tua ni aku lebih pada klasik. Aku tak minat baju yang brand gah lagi kegilaan ramai, tak minat langsung dari dulu tak tahu mengapa mungkin aku simple simple aja tidak memandang pada jenama dan ada saja tak kene dgn jiwa aku yang cerewet kekekeke. 


Persiapan biskut raya aku buat sendiri kali ini. Aku cuba berani kan diri mengadun sendiri, beli pun ada. Cheer up lain macam nak nak anak anak membantu terhasil berapa jenis coklat chips versi famous Amos kata adik aku, almonds cluster, bubble rice choc, Chopped almonds choc, kuih ros, almond landon, cis tart filling blueberries dan nutella. Now dah 6syawal sudah licin yang dari tangan kami. Anak anak seronok kalau ikut kan hati mau saja aku beli macam biasa. Tapi berkat aku ambik semangat hilang rasa letih. Pukul tiga pagi aku dah bangkit buat apa yang patut dan terus ke dapur usai sahur sambung buat biskut dengan anak anak. Tapi berbaloi kami sasama kerjakn dapur. 

Dan lepas waktu berbuka part kami laki bini pula mendeco rumah cat, panelling waincoting, batten hampir jam satu atau dua pagi aku baru lelap mata selama tiga hari untuk siapkan doco rumah, maka dalam tiga hari itu aku hanya tidur sejam dua sahaja. Memang busy sangat wakkkk.. dan juadah berbuka tiga kali aku off dapur. 

Syukur sangat tahun ni dalam keadaan negara kita belum pulih dek cik cona, (corona) kita msih lagi diberi peluang untuk meraikan hari raya walau tidak macam tahun sudah. Tiada yang cacat celanya. Raya bukan terletak pada baju raya, handbeg raya, kasut raya, tudung raya, makeup raya, tudung raya, biskut raya. Yang penting contance sebenar raya itu 'mengerat kan jalinan silaturahim' tu yang sebenar meraikan. Walau tidak dapat pulang ke kampung seperti sediakala tapi aku masih lagi bersama keluarga belah suami aku yang tercinta. Ikhlas jujur aku katakan aku mahu satu ikatan silaturahim yang erat itu sahaja. Alhamdulillah keluarga belah suami aku tidak ada yang kurang semua baik baik belaka. Syukur pada Mu Yaallah. Rezeki aku dikelilingi kedua dua belah keluarga, aku dan keluarga belah suami yang saling sayang menyanyangi satu sama lain. OK sebak sebab aku sangat rindu pada mereka semua. Belum puas aku bersembang semasa hari raya pertama suami aku dah ajak balik atas untutan kerjanya huuu. Mintak maaf aku tidak dapat bersama korang lama lama teringin nk sembang gurau senda gelak tawa, bergambar raya bersama apakan daya  aku hanya menurut arahan. Agak masam muka aku tika itu. Maafla aku tidak dapat mengawal.. kesuntukan masa nak nak pada aku awl awl jumpa 'lambat panas' malu malu dan terfikir nak sembang apa, nk mencelah apa so situ aku dah buang banyak masa!. 

Ok Sebelum sampai ke rumah selepas pulang dari hulu langat kampung suami aku. Misi mencari ayam bermula. Sudah tiga hari aku mencari ayam tidak jua ketemu. Niat dihati ingin menikmati  juadah dipagi raya bersama  nasi hujan panas, ayam masak merah bulu ayam pun aku tak nampak apatah lagi seko ayam penangan panic buying musim syawal,tak pasal menu hari raya nasi goreng planta je dan ada la sedikit menu lain yang aku tempah. Its OK nasi goreng pn sodap hehehe. 

Juadah raya kedua soto ayam anak dan suami suka, masak satu periuk besar pun laju habis aku goreng soun lagi macam keretapi. Tetamu aku selaku adik aku pun suka, masak dengan kasih sayang katokan.

Juadah raya kedua aku Sempat melaksa kali ini kegemaran aku dan anak anak tpi tidak pada suami aku kekeke. Tapi jamah jgk la dia walau sedikit. Raya ketiga empat Lima dan hari ini off dapur aku nk rest puas puas. Dan aku dh mula berpuasa dua niat jadi makan seadanya.. Tu saje la nk cerita, terima kasih baca.. Macam malas pulak letak gambar boleh tk?. 

Dikesempatan ini aku ingin menaipkan

 selamat hari raya maaf zahir Dan batin buat kenalan. Maaf sekiranya andai aku melukakan hati korang semua, Aku manusia yang lemah manusia yang tidak sempurna tetapi belajar menjadi sempurna. Aku hanya mahkluk Allah dan Allah sebaik baik kebesaranNya. 

Assalamualaikum. 
Salam 6syawal 
Love fiey. 


Read More...

Wednesday, 22 April 2020

Hari Lahir siBongsu(200420)

Pebeday atek intan payung pasar tani, emas permata busuk masam ank manja bongsu En @aidilnorhadi. .

Moga kurangkan manja ngempeng, merajuk dlm toilet dok dlm gelap. 3tahun dah hang, Blm free Dryperas lg ni mami rasa sayang laks kan, almaklum lps ni tk leh bli pempers lg dah kan. Tggu la hang  3tahun 3bulan, tu pun kalau mami dh bersedia hehehehe. 
.
 Pasal bongsu kut rasa nak buat lambat-lambat sebab mami rasa hang special sikit yela buat guaneeee last daaaa dedi hang kabo(yeke ke ni) kahkahkah. 
.

200420📋. 
Muhammad aqeeb Raaqin
Qeebqin, atek, budik, sishu(siBongsu) 
Budak tecek, ghambut megie(mcm mcm la buh nama kt dia sbb rasa dia cm baby) . 
.
Kek from @elyanimohd Elyani Mohd Tajar soo sedap TQ my bff foreber, terima kasih gak bagi Kek free walaweehh.. Murah rezeki I, Alhamdulillah.

Yaaaayy mami ada geng kaki ayamm. 

Nak potong sendiri daaa, udah besyar kan.. 
Auntie EL. terima kasih Kek ini. Kek sedap sungguh tak muak langsung walau ada keju selambak yummmmy. 
Macam macam rupa la haii klo muka dh tak zavar nk potong Kek. 

Hari ni mami msk kari ayam daaa. 
Staysave All. 
Read More...
Tutup Lagu