Wednesday, 5 June 2024

PENANG? Pertama kali.

 WellHELLO. Assalamualaikum. 

PENEEENG??

Huarggh. Ada apa disana sih aku buntu bila mana MrDedi telah mem'Book"kn hotel disana, dalam pikiran aku NASI KANDAR? Huaaaa aku tak makan hukkhuk. Disebabkan aku isteli yang patuh pada arahan Ensuami maka daku berlapang dada.

Lokasi pertama di Batu Ferringhi kami terus cari port makan. Mukadimahnya di Pak Mid Cafe lokasi berhadapan HardRock Hotel. Overal makanan yang kami pesan semua sedap.

 Aku macam biasa always favourite321 anywhere laksa dan cendol, anak⁴ nasi tomyum, ayam goreng kunyit dan telur dadar. 




Semua makanan aku kasi rate 10/10, tapi service 6/10 service lambat aku siap berlawan mulut dgn staff disitu sbb nasi tambah lambat sampai kesian ank aku. 

Malam kami hanya dibilik. 
Esk pagi-pagi kalmi bersiap dan brekfast dikawasan hotel, masyaAllah sedap roti jala kari ayam belah 14. 
Sememangnya sarapan belah sini makan roti jala rupanya baru Kutahu hehehe. 

Usai sarapan. Kami ke muzium permainan

Abg yang "dont care" kata sibongu hahaha. 

Harus barbie i kan ungee. 



Bini siapa ni hehe. 

 
Destinasi berikutya (dingdongdindong MRT sound) ke Komtar, sepi je tidak da apa² selaku isteli misali sekali lagi daku teruskan melayan kaki suamiku kemana saja kakinya berjalan. Masuk entrance terus ke counter beli tiket. Kemana agaknya yaa layan jelah hahahahaa. 

OHH! The Top Penang. Yang ada lantai kaca² tu ka dedi yang ada dinasor yang aquarium yang ada pameran durian yang ada sains sections tu ke dedi? Ingt penang tak da apa haha. 
Marilah kita layan sesi bergambar malas nak type manjang-manjang. 

Menyempat kan. 

Goreng pun sodap sisku. 

Aquaria The Top peneng. 


Mirrors selection. 
The mirror in the wall. 
Big Sliding. Aryan, Aryash antara yang berani haha. 

Dino selections. 




Lantai berkaca tak tahu nama apa. 







Kepala durian. 


Pameran Durian. Ini budak suka durian. 

 Indoor Top Penang dalam bangunan yang sama, seronok anak-anak. Banyak game dalam tu tak padan sepi tak sangka wakakakakaa. Dari pagi sampai rapat maghrib kami berkampung dalam Komtar.

 OnTheWay balik ke hotel En aidil ajak makan nasi kandar selaku isteri yang taat kita layannnn walau tekak tak nampu nak lalu tengok kuah campur banjir macam tu.

Zupzapzupzap laju benar laki aku orderkan nasi kandar untuk aku dan anak²(anak pn tak pandai makan nasi kandar) kami geng BUDU hehe. 
Sekali suapan MasyaAllah sedap rupanya seumur hidup 39tahuan pertama kali makan Nasi Kandar huiii sedappppp wei. 

Usai makan tiada agenda mata hanya mintak bantal. 
Papgi² sebelum balik kami ke pantai sambil tenangkan fikiran. Ayash Aqeeb dari hari pertama minta mandi pantai, last day baru sempat singgah walau sepanjang jalan ke hotel pemandang pantai. 


 Bersiap untuk chekout. Kami makan dan terus ke Kampung Agong serta membeli cenderahati. 







Sebelum balik ke Klantan kampungKu, kami singgah makan² Pat Mat western. 

Rupanya Penang ni banyak tempat menarik, Pasti aku merindui Penang.

Sekian. 
 cerita ringkas-ringkas hanya sekadar untuk kenangan, Terima Kasih baca. ILU. 

















 

Read More...

Wednesday, 8 May 2024

Asal Muncul.

 WellHello.


Sejak memjadi suri rumah yang terlampau sibuk drift sana sini sampaikan masa untuk tidur siang terganggu hihihi. 

Malam bila jam menuju ke jam 10 malam mula mata dh layu. Kemana sahaja aku keluar berlibur tetap juga ku ingin pulang cepat mungkin. 

Keluar malam itu seronok takala bila siang sibuk memgurus rumah tangga hantar anak sekolah kehulu kehilir. Erti katanya waktu malam juga sejuk untuk berlibur, tpi mata sudah minta disorongkan bantal hahaha. 


berhajat Aurora Sg Buloh, tapi sampainya kedai mamak. Ini klo Guru disiplin tau kene gantung skolah. (geng zumba hiking) 





Hari sebelumnya kami (geng carpool Aurora) beraya di Karaok. 
Jam 1pgi kami pulang dgn suara sekorak basah.
Nota: Aku ramai kenal tpi tak semua aku bt kawan. Klo kawan hanya biasa² sahaja. Org² dlm gmbr semua kawan² huahua tangis tawa dan riangku. 

Terima kasih baca
 Selamat hari raya maaf zahir dan batin. 



Bye². Assalamualaikum. 







Read More...

Cerita lama

Assalamualaikum.. 

Lama tidak bersiaran. 

Edisi throwback ajalah risau tkt gambar hilang. 


Tahniah! 

Tahniah! 

Tahniah! 


Pada anak² berjaya menamatkan sesi pemblajaran sesi 2021/202.











Tokoh murid

Terbaik bahasa melayu 

Terbaik matamatik

Terbaik english

Tahniah!!! 

Read More...

Sunday, 15 January 2023

Apa itu NARCISSIST.

Apakah maksud narsisistik atau gangguan personaliti narsisistik?

-Gangguan personaliti narsisistik adalah sejenis gangguan personaliti di mana seseorang individu itu mempunyai rasa kepentingan terhadap dirinya sendiri.

-Mereka mahukan perhatian yang mendalam terhadap diri mereka selain kurang berasa empati terhadap diri orang lain.

-Boleh dikatakan mereka ini mempunyai sifat keyakinan yang terlalu ekstrem.

-Namun, di sebaliknya, mereka mempunyai harga diri yang sangat mudah terlerai hanya disebabkan sedikit kritikan daripada orang lain.

-Orang ramai akan melihat individu narsisistik ini seperti seorang yang mementingkan diri sendiri sahaja dan biasanya tidak ramai orang yang gemar bersama mereka.

-Individu narsisistik juga hanya mengambil tahu mengenai dirinya sahaja dan tidak jemu-jemu mahukan pujian daripada orang lain.

-Gangguan personaliti seperti ini sering menyebabkan masalah dalam hubungan bersama pasangan dan juga ahli keluarga. 


Maksud narsisistik: apakah punca yang menyebabkannya?

-Tidak dapat dipastikan dengan jelas apakah yang menjadi punca sebenar kepada kewujudan gangguan ini.

-Para penyelidik percaya bahawa ia berlaku disebabkan oleh beberapa gabungan faktor-faktor di bawah ini:

-Mengalami trauma atau peristiwa silam semasa zaman kanak-kanak

-Hubungan pada peringkat awal dengan ahli keluarga, rakan dan juga saudara-mara

-Faktor genetik keluarga

-Sifat peribadi seseorang

-Kritikan secara melampau yang dilalui semasa zaman kanak-kanak

-Faktor neurobiologi

-Faktor-faktor risiko gangguan personaliti narsisistik

Terdapat beberapa faktor risiko yang membolehkan seseorang itu mengalami gangguan narsisistik.

-Kajian, orang lelaki lebih mudah mengalami gangguan personaliti ini berbanding wanita.

-Gangguan ini juga mudah berlaku seawal umur kanak-kanak.

-kanak-kanak yang mungkin menunjukkan ciri atau gaya seseorang narsisistik, namun tidak semestinya ia akan berterusan sehingga mereka dewasa.

-kadangkala adalah sifat yang biasa wujud sewaktu zaman kanak-kanak sahaja.

-Selain itu, ibu bapa yang bersifat terlalu melindungi anak-anak atau mengabaikannya juga boleh menyebabkan seseorang itu menjadi individu narsisistik.

Ciri-ciri yang menggambarkan maksud narsisistik pada seseorang individu

-Seseorang individu yang mempunyai sifat narsisistik ini amat mudah untuk dikenali. Ini kerana, terdapat beberapa perkara atau ciri yang sangat jelas, yang membezakan dirinya dengan orang lain.

-Berikut adalah beberapa ciri utama yang menunjukkan seseorang itu adalah individu narsisistik.

-Berasa diri sendiri lebih penting

-Kerap berasa bahawa diri sendiri adalah lebih baik daripada orang lain. Sebagai contoh, kerap berasa lebih pandai, lebih cantik, lebih kacak, lebih berjaya dan lebih berkuasa daripada orang lain

-Rasa bahawa diri sendiri adalah seperti golongan atasan dan hanya layak bergaul dengan golongan tersebut sahaja

-Memerlukan pujian setiap masa daripada orang lain

-Rasa mempunyai hak walaupun tidak mempunyai hak ke atas sesuatu

-Sanggup untuk mengambil kesempatan ke atas orang lain demi mencapai tujuan dan matlamat peribadi. 

-Kurang memahami individu lain atau kurang bersifat empati dalam memahami perasaan atau apa yang dilalui individu lain

-Bersikap sombong atau memandang rendah kepada orang lain. 

-Ingin diiktiraf atau dikenali ramai

-Kerap menyatakan mengenai pencapaian dan bakatnya kepada orang lain

-Mengawal perbualan dan seringkali perbualan tersebut hanya berkenaan pencapaian dan kehebatan dirinya

-Boleh dikatakan, segala apa yang berlaku dalam hidup individu narsisistik adalah hanya mengenai dirinya sahaja.

 Kelemahan mengenai individu yang mempunyai gangguan ini. Antaranya ialah:

-Mudah berasa tersinggung jika tidak melibatkan dirinya dalam sesuatu perkara

-Sukar mengawal emosi dan perasaan

-Sukar menerima kritikan daripada orang lain mengenai dirinya. 

-Kerap berasa tidak selamat atau insecure terhadap sebarang perkara yang boleh merendahkan dirinya

Kesan apabila seseorang itu mempunyai sikap narsisistik. 

Antara kesan yang boleh dialami ialah:

-Kurang mendapat rakan kerana rakan-rakan akan semakin menjauh. 

-Mempunyai masalah dalam perhubungan bersama pasangan

-Mengalami tekanan dan keresahan

-Mempunyai masalah di tempat kerja

-Penyalahgunaan dadah atau masalah berkaitan alkohol.

Perlukah berjumpa dengan doktor jika mengalami gangguan ini?.

-Kebanyakan individu narsisistik tidak menganggap bahawa diri mereka sedang mempunyai masalah atau gangguan.

-Dengan itu, mereka tidak mendapatkan rawatan atau pertolongan daripada pakar psikologi atau mendapatkan khidmat kaunseling.

-Jika anda mengalami gangguan ini, anda boleh mendapatkan bantuan profesional bagi mengurangkannya atau mengawalnya.

-Anda boleh mendapatkan perkhidmatan kaunseling dan juga terapi bagi membantu diri anda.

Sumber: Google.

Pernah juga jumpa orang macam ini, sakit rupanya hmm.. Moga kita semua berada dalam keadaan yang baik baik aja, diberikan kesihatan mental illness yang mantap. 

Read More...

Friday, 6 January 2023

Anak lelaki sungguh.

 Rokiah gojeng kembali.

Soalan selalu ditanya 

'Mami ada card credit tak?'

'Mami can tu get something fun for me,

I need fun.. Just fun'.

Mami, Why fluffy (kucing) Male?

'Mami kenapa baby kecik tu dia minum susu saja tapi dia berak, berak kan untuk makan?'

'jauhnya rumah ma tok ni, dah tidur dah makan pun tak sampai² lagi'. 

Hitu solan KBAT anak kiah yang paling kecik sorang 6tahun(2017) yang sederhana besar 7tahun (2018). Rasa dua ini paling kecik dah, yang dua lagi paling besar pasal dah macam-macam kerja dorang boleh buat maka kiah kategorikan besar dah bersunat kira bujang la tu. 

Kemana-mana sekali pun dua orang ni tidak ditinggal, hat besar tu dah pandai brdikari takde dahla nk kepit celah tiak mak lg. Tinggal kat rumah dorg boleh masak-masak tak heran dah maknya kemana-mana. 

Kiah memang training dorg buat kerja rumah. Semua... semua dgn Appak dorg sama kene buat nk harap kiah sorang ja perempuan boleh mati kantak(frog) kiah kerjakan sorang. Sendiri makan, sendiri basuh. Sendiri baju, sendiri cucun cucun. Sendiri buku, sendiri kemas haa gitu. Begitu jua dgn kecik duo orang tu kene jgk tak boleh lari kiah kejar hahaha. 

Pada pandangan kiah lah apa yang kiah nampak dan belajar dari didikan mak rokiah. Anak anak yang pandai buat kerja rumah ni disebabkab ibu bapanya rajin kerah bkerja auto mereka rajin. Tak caya cuba mendidik ajaran Rasulullah, Kiah tak pandai pun masih belajar kita sama-sama belajar ok.

Selasak lasak anak orang lasak lagi anak kiah. Alhamdulillah tanda ank-anak sihat otak cergas, buat lah apa kt rumah jangan sampai mengundang bahaya ja . Lama dah jadi telinga kebal.. Mulut pn dh penat nak berleter. Tahun dua ribu dua puloh tiga ni sudah surrender mulut nak bising- berbisa anak-anak pun dah boringg dengar ayat sama tiap hari. Lani kita main jari je, tunjuk je terus dorng buat haha.. Paling mudah dan berkesan orang kata wahahaaaaa.

Strugglenya menjaga anak laki ni. Apa yang kiah nampak tak sama langsung discipline dgn anak perempuan. Perempuan ni ckup tiga kali ingatkan mereka sudah ingat dan buat, klo lelaki selagi tak ckp sejuta belum tentu dia buat haha. Eh yeke? Anak kiah begitu lah. Anak orang lain rokiah tak tahu eh. 


 






Ada anak lelaki senang juga blh passing kerja berat. Tidak kecuali la anak perempuan juga, harusla menggurus dapur korangkan.. Kiah tak tahu juga pasal tkde anak perempuan. Tapi kisah dorg ni sama je laki ka perempuan realitynya mendidik anak zaman Now² ni sangat tercabarnya hmm..

Semoga anak-anak kita berada dalam lindungan Allah swt..dijauhi perbuatan yang tidak baik ameen.

Kla rokiah out dulu, En somi ajak dating makan makan.. Dadaaaa.. 

Assalamualaikum. 

Tetiba rokiah pulak eh.. Terjebak². 

Read More...

Tuesday, 3 January 2023

2023.

 Assalamualaikum.

Sebelum i membuat sebarang karangan panjang lebarnya. Ingin diucapkan :

Selamat menyambut tahun baru 2023
Semoga tahun baru memberi semangat baru, lembaran baru, kehidupan yang lebih baik pada semua dan ampun maaf dipinta jika ku berlantang suara, tercerita, terngumpat, tergigit, termakan tau apa apa sahaja membuat hati korang terasa hati tiada manusia yang sempurna. I hanya manusia biasa haa gitu. Selamat hari Raya hahahaa. 

Well. I doakan semoga korang dipanjangkan usia makin brusia hidup makin manfaat, diberikan kesihatan yang baik, brkasih sayang, dipermudahkan segala urusan dipemudahkan segala keshulitan. Aaminn. 

Terimalah dari Rokiah gogeng untuk mu hahaha.. 




Setiap ujian Allah bgi semua berbeza-beza
Dan setiap ujian itu ada ikhmahnya. 
Kalau orang lain diuji dengan  kesusahan 
Diuji dgn kemewahan
Diuji dengan cinta
Diuji dengan perpisahan dan KAMU Allah pilih untuk diuji dengan datangkan manusia yang bermacam macam karenah. Dan semua diuji yang Dia beri atas satu asbab yang sama Allah nak kamu kuat. 

Salam 2023.


Read More...

Thursday, 1 December 2022

Terima kasih gembirakan hatiku.

Assalamualaikum. 
Siapa lagi yang boleh gembirakan hati kita selain diri sendiri??. Jawapan diaaaa org keliling kita Keluarga, dan kawan². 
Terima kasih diatas ingatan pada hari lahir Aku pada tahun ini. Simpan sajalah disini untuk tatapan sendiri biasa aku akan baca bila ada kelapangan. 

Dari Kawan ILPKL. Marina Ramli thanks ina. 
Suami tercintah.
From ito with love katanya. My BFF poreber, terima kasih dear.
Nazirah Nasarudin num jauh di payrok. Tq beb. 
Mama angkat anak anak, tq Yani. 

Kek dari kakak kandung manakala coklat dari suami sajee je tau. Terima kasih. 

From kak lyn mama Sarah. TQ mykakak. 

From sidia lagi. Terima kasih my husband. 

Dari abang kandung. 


Old stories, sorry bt masa ni byk story nk cerita sampai tak thu mna satu nk cerita dulu. 

'Jangan pernah kesal berbuat baik walaupun tidak dihargai. Yakinlah satu masa segala kebaikan yang dilakukan akan dibalas kelak'. 




Read More...

Tuesday, 28 June 2022

cerita kosong

Assalamualaikum selamat pagi.

Bila dia merajuk. 
Keningnya berkerut kerut. 

Bila dia sedang gembira

Bila dia sedang tidur. 

Bila dia snng makan



This is My bongshu. Muhammad Aqeeb RaaQin B. Aidil Norhadi. 
Read More...
Tutup Lagu