Saturday 14 March 2015

Aku

Asslamualaikum Salam Jumaat Penghulu Segala hari.

Sejak kebelakangan ini aku asik makan makan makan saja. Alhamdulillah rezeki boleh lagi menikmati kelazatan makanan.. Tpi kalo sudah makan tidak terjaga penyakit pula yang datang.   Oh!! jangan.....


Sibuk-sibuk tengok kawan sekolah post gambar melalui aplikasi wasap, mula la aku yang paling teruja lebih mengodek nak-nak gambar makanan hihii. Tu yang perot aku tidak tahan terus lapar automatik. Maka aku membedal nasi 3pinggan berulam, budu, dan ikan bakar Done! sehinggakan kawan aku terkejut memberikan emoji terkejut haahaha.


Siapa kata aku kurus??? berat asal aku 55kg, kini tidak lagi sehingga aku lost untuk kembali diet seperti sediakala, tidak tahu kenapa. 'Adakah aku berisi'?? mungkin jgk sebab kedatangan bulan belum lg, dari hari ke hari aku sambut tidak jgk kunjung tiba hahahaa. Atau disebabakn hormon berubah?? yelah sejak berusia 30thn ni aku tidak selincah sewaktu aku berumur 20than lalu. 


Maka aku terpedaya dengan salah sorang kawan grop wasap mem'promote'kn utk aku beli ini 


Gurdian Rm28.90, 2botol.



KHASIAT BAWANG PUTIH 
1. Menggelakkan pertumbuhan sel kanser.
2. Melambatkan proses penuaan.
3. Menurunkan kadar kolestrol dan meredakan stess.
4. Menghilangkan tekanan darah tinggi.
5. Meningkatkan insulin darah bagi penghidap Diabetes.
6. Melumpuhkan radikal bebas yang mengganggu sistem kekebalan tubuh.
7. Bermanfaat sebagai penawar racun (detoxifier) yang melindungi tubuh daripada pelbagai penyakit.
8. Menjaga stamina tubuh badan manusia.
9. Merawat angin,gastrik, astma, batuk dan selsema.
10. Mengatasi dan melegakan sengugut.
11.  Mengubati luka.
12. Mengandungi vitamin A, B, C, potassium dan kalsium.

Sumber: Khasiat Bawang Putih Dalam Perubatan Tradisional - Fuh.My 








Cntik tak kad ni?? HandmadbySyasya[biras aku] aku suka hasil kerja dia, tapi kad ini bt aku lupa hendak kasi kat tuan punya badan [HannyHussin] setelah majlis perkahwinannya berlalu baru aku teringat, aku ada menempah kad untknya. Majlis perkahwinanya berlangsung pada 15/2 [tidak silap], dan tika tu aku diLangkawi hahaha... Adeh! faktor umur banyak benda boleh lupa..


Nota Kaki; Sebernya aku frust, dah lama aku menaip satu entry khas bt Arjuna, Tapi desebabkn pandrive rosak dan CPu komputer kt rmh aku tu wwengwengweng, tak ada gambar untk dijadikan kenangan. so aku simpan dulu kt draf. isnin la aku publish kalo ada gambar.[ beginilah kalo tidak pernah nk cuci gambar ank-anak sejak lahir] 



Jumpa lagi taaaataa..




No comments:

Post a Comment

Tutup Lagu