Tuesday 14 February 2017

schedule.

Asaalamualaikum.

Bersawang terus blog ni akibat mak sibuk manjang dan my red lappy dalam pembaikinan, telah restkan oleh SengHeng dicover warranty hahahaaa.

Aku disini sihat bahagia, walau kadangkala mood swingswing dan waktu tidur makin pendek mau jadi burung hantu waktu malam, siang jadi panda. Entah mengapa mata ini tidak memgantuk akibat ketagih kopi rogi gamaknyalaaa.

Rutin setiap hari sekolah, setiap pagi harusla dedinya menghantar depan pagar alang-alang ke tempat kerja tu.

Bermula rutin harian aku Kemas rumah, masak, sapu, mop kerjaan suri rumah yang tidak pernah habis.

Jemput Aqilaryan skola, layan makan mimum. Sesi drma king membahanakan mood aku. Mana tidaknya setengah hari tidak berjumpa bergurau bawak ke perang. Hahaaa, aku  perhambatkan aja Aqil ke skola agama cepat.

Selepas antar Aqil skola agama aku pecut ke rumah kawan, cikgu ngaji. Memang mengcabar jgkla hendak menempuh jammed sarat barat pergi dan balik dengan ratusan kenderaan, hampir satu jam aku berada diatas jalan raya berpanas dek kerna Air cond tidak berfungi. Melayan Ayash dalam ribaan aku walhal mata membulat. Aku fobia weih selepas kepalanya sangkut seat balt- seat car ritu naik pitams aku tengok mukanya biruan suaranya tenggelam timbul. Nasib baik Aryan yang mengjerit-jerit, fobia serta merta abam sado aku sorsng tu ngan seat car apatahlagi den nak-nak terpaksa berhentikan kereta emergency waktu itu.

Tepat jam 5.00ptg guru ngaji aku sekan memahami melepaskan aku pulang.
pemecutla kuda putih menuju ke skola agam. Ngam² sampai pintu pagar skola 5.30ptg paling awal, Biasa jam 5.40ptg sesedang Aqil keluar dari pintu pagar aku sudah menunggu sambil muka kitorg peluh lecun.

Penat??? jangan dikata setiap kali aku hadir tiap-tiap hari kakak erna( cikgu ngaji, biasa pangil akk jer kenal dh lama) mesti kesian tengok aku, sampaikn Ayash dijagakan oleh anak-anak dia sewaktu aku mengaji. Aryan mmg aku tak kesah sngt dh boleh bawak diri kayuh basikal dari hujung jalan, ada kelebihannya  jalan depan rumah kak erna jalan mati memang bebas, Jangan cakapla kulit pn dh bertukar warna. Hangus.

Terima kasih aryan snap gambar mami and the sado boy huahahaa. 






Setakat ini sahaja. Jumpa lagi  dilain bulan ke lain tahun.. hehee dada, jemur baju skola agama sat..tata




No comments:

Post a Comment

Tutup Lagu