Apakah maksud narsisistik atau gangguan personaliti narsisistik?
-Gangguan personaliti narsisistik adalah sejenis gangguan personaliti di mana seseorang individu itu mempunyai rasa kepentingan terhadap dirinya sendiri.
-Mereka mahukan perhatian yang mendalam terhadap diri mereka selain kurang berasa empati terhadap diri orang lain.
-Boleh dikatakan mereka ini mempunyai sifat keyakinan yang terlalu ekstrem.
-Namun, di sebaliknya, mereka mempunyai harga diri yang sangat mudah terlerai hanya disebabkan sedikit kritikan daripada orang lain.
-Orang ramai akan melihat individu narsisistik ini seperti seorang yang mementingkan diri sendiri sahaja dan biasanya tidak ramai orang yang gemar bersama mereka.
-Individu narsisistik juga hanya mengambil tahu mengenai dirinya sahaja dan tidak jemu-jemu mahukan pujian daripada orang lain.
-Gangguan personaliti seperti ini sering menyebabkan masalah dalam hubungan bersama pasangan dan juga ahli keluarga.
Maksud narsisistik: apakah punca yang menyebabkannya?
-Tidak dapat dipastikan dengan jelas apakah yang menjadi punca sebenar kepada kewujudan gangguan ini.
-Para penyelidik percaya bahawa ia berlaku disebabkan oleh beberapa gabungan faktor-faktor di bawah ini:
-Mengalami trauma atau peristiwa silam semasa zaman kanak-kanak
-Hubungan pada peringkat awal dengan ahli keluarga, rakan dan juga saudara-mara
-Faktor genetik keluarga
-Sifat peribadi seseorang
-Kritikan secara melampau yang dilalui semasa zaman kanak-kanak
-Faktor neurobiologi
-Faktor-faktor risiko gangguan personaliti narsisistik
Terdapat beberapa faktor risiko yang membolehkan seseorang itu mengalami gangguan narsisistik.
-Kajian, orang lelaki lebih mudah mengalami gangguan personaliti ini berbanding wanita.
-Gangguan ini juga mudah berlaku seawal umur kanak-kanak.
-kanak-kanak yang mungkin menunjukkan ciri atau gaya seseorang narsisistik, namun tidak semestinya ia akan berterusan sehingga mereka dewasa.
-kadangkala adalah sifat yang biasa wujud sewaktu zaman kanak-kanak sahaja.
-Selain itu, ibu bapa yang bersifat terlalu melindungi anak-anak atau mengabaikannya juga boleh menyebabkan seseorang itu menjadi individu narsisistik.
Ciri-ciri yang menggambarkan maksud narsisistik pada seseorang individu
-Seseorang individu yang mempunyai sifat narsisistik ini amat mudah untuk dikenali. Ini kerana, terdapat beberapa perkara atau ciri yang sangat jelas, yang membezakan dirinya dengan orang lain.
-Berikut adalah beberapa ciri utama yang menunjukkan seseorang itu adalah individu narsisistik.
-Berasa diri sendiri lebih penting
-Kerap berasa bahawa diri sendiri adalah lebih baik daripada orang lain. Sebagai contoh, kerap berasa lebih pandai, lebih cantik, lebih kacak, lebih berjaya dan lebih berkuasa daripada orang lain
-Rasa bahawa diri sendiri adalah seperti golongan atasan dan hanya layak bergaul dengan golongan tersebut sahaja
-Memerlukan pujian setiap masa daripada orang lain
-Rasa mempunyai hak walaupun tidak mempunyai hak ke atas sesuatu
-Sanggup untuk mengambil kesempatan ke atas orang lain demi mencapai tujuan dan matlamat peribadi.
-Kurang memahami individu lain atau kurang bersifat empati dalam memahami perasaan atau apa yang dilalui individu lain
-Bersikap sombong atau memandang rendah kepada orang lain.
-Ingin diiktiraf atau dikenali ramai
-Kerap menyatakan mengenai pencapaian dan bakatnya kepada orang lain
-Mengawal perbualan dan seringkali perbualan tersebut hanya berkenaan pencapaian dan kehebatan dirinya
-Boleh dikatakan, segala apa yang berlaku dalam hidup individu narsisistik adalah hanya mengenai dirinya sahaja.
Kelemahan mengenai individu yang mempunyai gangguan ini. Antaranya ialah:
-Mudah berasa tersinggung jika tidak melibatkan dirinya dalam sesuatu perkara
-Sukar mengawal emosi dan perasaan
-Sukar menerima kritikan daripada orang lain mengenai dirinya.
-Kerap berasa tidak selamat atau insecure terhadap sebarang perkara yang boleh merendahkan dirinya
Kesan apabila seseorang itu mempunyai sikap narsisistik.
Antara kesan yang boleh dialami ialah:
-Kurang mendapat rakan kerana rakan-rakan akan semakin menjauh.
-Mempunyai masalah dalam perhubungan bersama pasangan
-Mengalami tekanan dan keresahan
-Mempunyai masalah di tempat kerja
-Penyalahgunaan dadah atau masalah berkaitan alkohol.
Perlukah berjumpa dengan doktor jika mengalami gangguan ini?.
-Kebanyakan individu narsisistik tidak menganggap bahawa diri mereka sedang mempunyai masalah atau gangguan.
-Dengan itu, mereka tidak mendapatkan rawatan atau pertolongan daripada pakar psikologi atau mendapatkan khidmat kaunseling.
-Jika anda mengalami gangguan ini, anda boleh mendapatkan bantuan profesional bagi mengurangkannya atau mengawalnya.
-Anda boleh mendapatkan perkhidmatan kaunseling dan juga terapi bagi membantu diri anda.
Sumber: Google.
Pernah juga jumpa orang macam ini, sakit rupanya hmm.. Moga kita semua berada dalam keadaan yang baik baik aja, diberikan kesihatan mental illness yang mantap.