Tuesday 10 January 2017

Terpuji Harta Kehidupan.


Hi Apa khabar semua.

Pejam celik pejam celik Aryash Daryan sudah satu tahun cepatnya besar nak!!. mami masih terkenang kamu dalam rahim, masih lagi terbayang wajah ketakutan kerisauan dan kepiluan dedi semasa mami berada dalam bilik pembedahan. Tak akan hilang ingatan mami seperti parut yang bertanda diperut ni.

Seawal 6bulan kamu sudah pandai mengengsot, memberontak sambil terkutik kutik kaki bila susu lambat disua, mengcapai makanan, tepuk amai amai dan paling mami suka tengok kamu pandai melambai lambai bila dedi dan abang keluar dari pintu pagar..impressed!!.

Waktu abang-abang kamu asyik berlari keliling ruang tamu kamu mengejar dengan walker berpeluhpeluh basah lencun baju. Bila abang-abang kamu bergaduh, kamu menyorok belakang langsir dan menangis terdengar jeritan suara garau mami keluar ketika meleraikan bergaduhan. Waktu gembira sehari mu adalah sewaktu mami suap makan dan pisang paling kamu suka.

7bulan. Kamu belajar benda baru pandai minta dukung, menangis bila kamu nampak kelibat mami mundar mandir disudut dapur, mami tak keharuan sayang. Mami tak berdaya mengdengar tangisan keramat seolah olah dicubit oleh abang.

Mami paling happy melihat kamu mimum air pakai straw, seingat mami abang AQil ajar hanya sekali. Asal saja kamu makan botol air kamu capai, 3sudu nasi satu sedutan air kamu sedut.

Hadir kamu dalam kelaurga kecil ini memberikan dedi lebih kasih sayang pada anak-anak. Hadir mu memberikan mami sesuatu berharga, melayan anak-anak dengan cara yang lemah lembut.

8bulan langkah pertama kamu, jatuh dan bangun semula. Terhantuk tersadong kamu tetap gigih berjalan. AbangAqil abangNgah teruja melihat yash masa tu, tidak cukup dgn itu lebih mengterujakan kami kamu pandai menolak kereta menan sambil mulut berbunyi bunyii vvrooooomm vvroomm.

Satu tahun. Kamu faham buka baju tarik baju dan tarik tangan mami ke tandas, buka pempers. kamu suka betul bila air paip keluar.

Terima Kasih Aryash hadir mu membuatkan mami penuhi kasih dan sayang pada herohero mami. Hadir mu membuatkan mami mempunyai kekuatan untuk berjuang demi anak-anak, hadir mu menyedarkan mami tentang sebuah nilai kehidupan antara kerjaya dan keluarga.

Selamat Hari Jadi Muhammad Aryash Daryan Satu Tahun( Terpuji harta kehidupan).

Mami doakan aryash jadi anak yang berguna, anak yang mengdengar kata, anak yang berjaya. InsyaAllah amin



Happpy Birthday My lil Boy.
08Januari2016-08Januari2017


nota jejari, update blog pakai oppo f1s aja terasa membulat aja mata kita.
Lalui hari yang indah saja, syukur. 

No comments:

Post a Comment

Tutup Lagu